Tuesday, July 31, 2012

Apa kah Projek Ramadhan Anda ?

Saya ingin panjang-panjang hajat anak-anak kecil ini, dan projek di bawah adalah hasil inisiatif rakan facebook dan blog saya di http://knvogue.blogspot.com/2012/07/raising-fund-for-rumah-amal-kasih.html. 

Assalammualaikum dan salam sejahtera all my facebook friends.
Details about Raising Fund For Rumah Amal Kasih (RAKS) Keningau Sabah
May Ramadhan finds you in the best of health and prosperity.

I’ve been contacted by Pn. Saadah of RAKS asking if we can help to raise fund for the 52 kids there in conjunction with the Eid Celebration.

Mereka mencari penaja2 yang sudi untuk menghulurkan bantuan untuk membeli kasut dan tudung baru untuk anak2 RAKS.

The breakdowns as given by Pn Saadah is as below:

Kasut:
48 orang kanak2 (umur 2 tahun ke atas) = RM30 x 48 = RM1440
4 orang bayi (2 tahun ke bawah) = RM20 x 4 = RM80

Songkok/tudung:
28 kanak2 lelaki = RM30 x 28 = RM840
18 kanak2 perempuan (7 tahun ke atas) = RM30 x 18 = RM540
7 kanak2 perempuan (7 tahun ke bawah) = RM15 x 7 = RM105

Approximate total to raise = RM3005

Sebarang sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam account seperti berikut:

MBB Rumah Amal Kasih Sayang 5100 954 17228 (Pn Saadah 0134028820)

atau

MBB Ana Miraa Mohd Yusof 5624 78101 2601 (Ana 0132799488)

Resit akan dikeluarkan atas permintaan para dermawan sekalian.


 Again details tentang RAKS boleh didapati disini:

http://www.facebook.com/#!/rumah.amal.92

Semoga dengan setiap sumbangan kita ini, ada pahala2 yang dicatat of Allah swt. Semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat serta pengampunan Allah dibulan Ramadhan yang mulia ini.

Thanks friends, lets start beating those doors!!!

Syukran jazillan.

Monday, July 30, 2012

Apa Lagi Istimewanya Vitamin C Shaklee ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Mahu ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, July 29, 2012

Best Ke Sertai Kumpulan Shaklee Awak tu ?


Bila ada pertanyaan best ke menjadi ahli Shaklee bawah kumpulan yang saya sertai tu, cuba cerita sikit ? Saya sertai kumpulan ini pada 2009. Saya tidak di ajar beli barang banyak-banyak lalu 'sumbat' bawah katil. Tapi saya di diajar tentang vitamin itu. Tidaklah jika seseorang itu datang kepada saya contohnya untuk 'maintain' cergas saya suakan dengan deretan suplemen walau itu bukan fungsi utamanya untuk 'maintain' cergas. 

Pada permulaan jadi pengedar saya harus mengakui yang saya memang tiada apa-apa stok yang saya beli kecuali untuk saya makan sendiri sahaja. Jika orang nak baru saya order dari Shaklee. Sehingga hari ini jika saya tidak ada stok untuk sesiatu vitamin atau tak sempat untuk pos saya minta sahaja jasa baik Shaklee untuk pos ke mana saja destinasi pembeli.

Paling seronok saya di ajar tentang kesihatan walau saya bukan doktor, hanya berlatar belakangkan Pengurusan Kerja Sosial dan bekerja dalam bidang berkaitan perniagaan dan perakaunan. Sebab kesihatan bukan milik sesuatu kelompok sahaja, tapi semua orang kena tahu.

Terlibat dalam kumpulan ini menemukan saya dengan pelbagai kelompok kerjaya pembeli yang sebelumnya saya pun tak tahu kewujudan bidang pekerjaan itu. Paling menarik jika ada sebahagian kelompok pembeli penyamar menjadi orang lain. Contohnya mengatakan mereka bekerja sebagai tukang sapu, pembancuh air, tukang masak dan sebagainya, padahal mereka bukan bekerja seperti yang tercatat di atas. Saya melayan pembeli sama sahaja, tak kira anda kerja apa waima pembantu kedai sekalipun. Cuma kadang-kadang terlambat balas email atau sms. Sebab kadang-kadang kena ikut 'turn'. Malah sesetengah email mengambil masa untuk saya jawab.

Okeylah! Salam Ramadhan dan selamat berpuasa. Banyakkan amalan pada bulan puasa ini termasukalah bersedekah pada yang memerlukannya.

Mahu beli suplemen Shaklee ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

 

Friday, July 27, 2012

Tentang Doa Yang Dimakbulkan

Ketika membelek-belek buku-buku lama di rak buku saya terjumpa sebuah buku kitab lama milik kami sekeluarga, sudah berwarna kuning buku ini tapi isi kandungannya tidak pernah terkurang dek zaman, sentiasa relevan.  Tajuk buku ini Kuliah Subuh Pada Membicarakan Hadis 40 oleh Syed Ahmad Semait diterbitkan pada tahun 1979 oleh Pustaka Nasional Singapura. Saya tertarik untuk berkongsi mengenai doa yang dimakbulkan, mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat agar kita tak mudah rasa kecewa dalam mencari sebait sinar dalam kehidupan.

Sabda Rasullah s.a.w "Bahawasanya Allah itu Hidup dan Murahati, Dia merasa segan terhadap hambaNYA yang mengakat kedua belah tangannya, memohon doa, kemudia ditolanya permintaan orang itu sia-sia" - riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Termizi dan Ibnu Majah.

Menurut buku ini ada beberapa syarat yang disebut oleh para ulama bagi doa yang dikabulkan oleh Allah s.w.t.
1) Hendaklah doa yang dipohon bukan dari perkara yang haram, atau mustahil bagi seorang manusia dan menyalahi adat.

2) Memohon dengan hati yang hadir, yakin doanya itu akan dimakbulkan berdasarkan hadis " Pohon doa kepada Allah sedangkan kamu menyakini pengabulannya, kerana Allah s.w.t tidak menerima doa dari hati yang lalai

3) Hendaklah sabar menunggu dan tiada bersungut jika terlalu lambat datangnya pengabulan doa itu berdasarkan hadis " Akan dikabulkan doa seseorang kamu, selagi ia tiada ingin cepat (tahan bersabar)"

4) Dalam memohon doa kepada Allah kita harus mensucikan diri kita dari segala yang haram, kerana ia menjadi punca utama terkabulnya doa. 
Sabda Nabi s.a.w yang menyebut orang itu sebagai memohon : "Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! sambil dia berdoa meminta itu dan memohon ini dengan mengangkat kedua belah tangannya ke langit, padahal makan minumnya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan perutnya kenyang dan penuh dengan yang haram, maka alangkah jauh sekali doanya akan dikabulkan oleh Tuhan yang dipohonNya".

Dan kita sebagai hambanya memang kena yakin dengan doa kita akan tertunai, jika tidak sekarang, mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin hari-hari seterusnya bahkan mungkin ia mengambil masa yang begitu lama sehingga mungkin kita terlupa bahawa suatu tika dulu kita pernah berdoa kerana ia akan hadir tepat pada waktunya bila kita perlukan. Atau jika masih tak termakbul percayalah di akhirat nanti akan diberi pilihan yang lebih baik daripada apa yang kita minta sewaktu didunia ini. Seperti janji Allah,
"Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya AKU perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-KU akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina"

Waallahualam.

Jika anda mahu membeli Shaklee sila hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
 

Wednesday, July 25, 2012

Performance Drink Untuk Seorang Yang Bergelar Ibu


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bila dikhabarkan Performance Drink telah memenuhi semula stoknya di pasaran Malaysia, rasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang bergelar ibu lebih bertenaga ketika Ramadhan ini. Tak kiralah samaada ibu itu sedang menyusukan bayi, hamil atau hanya surirumah kerana salah satu fungsi PD ini ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah, jadi jangan takut ia tidak akan menyebabkan anda kena diabetis. Mungkin ada sesetengah ibu hamil yang tak berselera untuk makan apalagi meminum minuman bersusu. Jadi PD adalah pilihan terbaik kerana ia tidak ada rasa susu tapi rasa oren yang pada saya taklah manis.   

Bagi ibu yang menyusukan bayi pula kerap rasa letih atau haus yang amat sangat sebaik sahaja selesai memerah susu atau menyusukan bayi bukan ? Terutama ketika berpuasa. Jadi amallah PD pada malam berpuasa, berbuka dan bersahur, Insyallah anda tak jadi rasa letih yang melampau. Tapi bukan bermakna anda tak lapar atau dahaga dan ia juga bukan booster penyusuan tetapi selain ciri-ciri di atas, ia juga mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration dan menjaga sistem tubuh badan kita melalui menyeimbangkan air dalam tubuh ketika berpuasa/menyusukan bayi/mengepam/bekerja.


Mahu mencuba ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, July 23, 2012

Resepi Dari ESP

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bagaimana mahu pelbagaikan pengambilan ESP dalam bulan puasa ni ye ? Saya akan ambil ESP + PD sebelum tidur dan ketika sahur. Tapi untuk berbuka cukup sekadar PD.Saya listkan kat bawah ni. Apa-apa sahaja yang anda suka kecuali teh dan kopi serta tidak untuk air panas yang mendidih.

  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized) 
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana ESP
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + Meal Shake + Aiskrim sebagai ais krim buatan sendiri.
Mahu cuba ESP untuk suplemen bulan puasa ? Hubungi saya di talian 012-6816979

Saturday, July 21, 2012

Tentang Istiqamah

Kita biasa dengar perkataan Istiqamah, adakah sama maksud antara Istiqamah dengan konsisten ? Pendapat saya ia sama pada dasarnya iaitu usaha berterusan tetapi Istiqamah lebih mendalam kerana ia menghubungkan antara usaha manusia dan perlunya keterbergantungan manusia itu dengan Allah. Sekadar perkongsian hasil bacaan dan perbincangan saya dengan beberapa orang rakan, di haapkan dapat memberi sedikit manfaat kepada anda yang sampai ke blog ini pada 1 Ramadhan ini.

Perbincangan saya dan rakan-akan berlegar mengenai apa yang dikatakan Istiqamah Perbuatan yang bermakna, tekun bekerja atau melakukan amalan atau apa sahaja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai.

Sebahagian Ciri-ciri Istiqamah Dalam Perbuatan

1. Mempunyai Matlamat yang unggul dalam setiap perbuatan yang dilakukan  iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
 
2. Tabah dalam menghadapi cabaran serta sentiasa bersemangat dan daya juang yang tinggi untuk mencapai serta tidak mudah mengalah, kecewa atau berputus asa.  
 
3. Sentiasa berusaha besungguh-sungguh dan berterusan dengan cara :-
  • Mempunyai ilmu dan maklumat yang cukup dalam perkara yang nak kita   capai. 
  • Strategi yang kemas dalam setiap perkara yang ingin dilakukan. 
  • Sentiasa berfikir untuk memastikan bagaimana mahu berjaya dalam apa yang diusahakan
4. Banyak bersolat, mengaji, berzikir dan berdoa kepada Allah Taala.

5. Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala bahawa DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
6.Sentiasa berdoa,bertawakal dan bersyukur.

" Berdoalah dan mintalah kepada Allah dengan istiqamah dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada syirik. Mintalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh tanpa putus asa. Allah itu Maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan Maha memperkenankan doa. Dia sentiasa dekat dan memberikan pertolongan kepada hamba-hambanya yang beriman. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)

Waallahualam!

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Alhamdulillah sudah sembuh demam selsema yang buat pertama kalinya untuk 2012 ni, walau suara masih hilang ! Dari pagi tadi sibuk buka email dan baru sudah membuat pengeposan vitamin-vitamin customer. Saya mohon kemaafan atas kelewatan.

Beruntung ketika ini musim kurma di sana sini, jadi bila demam dan tak lalu makan, kurma bersama Performance Drink Shaklee sudah cukup untuk alas perut dari pagi sampai malam. Lagi satu menu yang bagus ketika demam selsema adalah SUP ! Tak kiralah sup apa. Sebab dikatakan sup mampu memberi kelegaan bila kita kena demam selsema kerana kandungan halia dan bawang putih sebagai rencah sup berkenaan. Nak sedap lagi campakkan sekali serai dan lengkuas dalam sup tu ? Ni resepi sup apa pulak saya beri ni. Serius tak tipu, tu namanya resepi soto. Nanti-nantilah kalau saya rajin saya sharing resepi soto dalam blog peribadi saya.

Nak share tentang PD ni, biasa bila kita demam kita akan kurang air, walau sering diingatkan oleh doktor sekalipun tetap sukar menelan air yang mencukupi, kesannya bibir akan pecah-pecah dan kulit disekeliling mulut akan mengelupas. Tapi bila kita atau anak-anak demam dan amalkan PD Insyallah kuranglah risiko itu! Jadi tak nampak sangatlah rupa orang demam tu !

Dan Salam Ramadhan untuk semua, mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan beri lebih banyak Barakhah kepada kalian. Saya juga mohon maaf di atas segala kekhilafan yang ada. Buat customer yang belum saya sertakan cara pengambilan suplemen sila hubungi saya melalui email atau sms.

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Wednesday, July 18, 2012

Puasa Dan Gastrik

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bagi anda yang menghadapi masalah gastrik pasti rasa susah hati bila tibanya Ramadhan kerana bimbang tak dapat menyelesaikan Rukun Islam Ke 3 ini. Ada 2 pilihan. Pertama jika anda tak suka makan apa-apa suplemen yang berbentuk tablet, apa kata gabungkan antara dua ini :-

Kedua, jika anda tak kisah untuk menelan tablet apa kata cuba ini :-




Bagaimana cara pengambilannya ?
Hanya untuk yang membeli melalui saya sahaja.  Sila hubungi dealer anda !

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, July 17, 2012

Mizz Nina dan Shaklee

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ketika awal kemunculannya dalam industri seni ramai tidak menyangka penyanyi ini adalah anak Malaysia kerana kecenderungan muziknya bersifat urban dan lebih kepada gaya muzik negara barat. Itulah Mizz Nina ! Isteri Noh Hujan. Namun saya bukan mahu bercerita tentang bentuk muzik yang dibawanya, tetapi tentang cara Mizz Nina menjaga kesihatan.

Jika tahun lepas, dalam entry saya ada menulis yang Mizz Nina adalah pengguna produk kesihatan Shaklee dan mengamalkan suplemen seperti di bawah :-


Lalu pada keluaran terbaru Majalah Rapi ada lagi suplemen dari Shaklee yang Mizz Nina ambil. Mana tahu tahun hadapan Mizz Nina senaraikan suplemen Shaklee untuk ibu hamil pula kan ?!


Maka, saya senaraikan suplemen Shaklee yang Mizz Nina ambil.
  • Multivitamin/Vitalea
  • ESP
  • Vitamin B
  • Zink
  • Vivix - Mungkin
Cara Mizz Nina menjaga kesihatan
  • Tarian
  • Yoga
  • Senaman ringkas lain
Jika selalu sebahagian kita suka seseorang selebriti itu sebab grend muzik yang dibawa atau kita suka akan fesyen pakaiannya atau cara mereka bermekap, kenapa tidak kita meniru sama 'fesyen' selebriti menjaga kesihatan ? Kalau mereka mengakui ia baik untuk kesihatan mereka, mengapa kita tak mencubanya sebagaimana kita kata fesyen yang dia pakai nampak sangat cantik, bagaimana jika saya mencuba ?!

Mahu mencuba ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, July 16, 2012

Suplemen Untuk Perokok

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tahu tak anda seorang perokok dikatakan menghadapi risiko pengoksidaan dan radikal bebas yang bertrilion banyaknya dalam setiap sedutan? Malah, risiko ini lebih tinggi dihadapi oleh perokok pasif iaitu mereka yang tidak merokok tetapi tinggal serumah dengan si perokok.

Malah kajian menunjukkan sebatang rokok buat perokok tegar atau pasif kehilangan 25 hingga 30mg vitamin C dalam tubuh. Menurut kajian juga, jika perokok menghisap 20 batang rokok ia menyebabkan tiada atau hampir tiada vitamin C dalam tubuh si perokok.

Jadi antara vitamin yang perokok ini boleh ambil adalah vitamin C. Tapi adalah lebih baik juga jika mengurangkan risiko kehilangan vitamin C melalui pengurangan jumlah sedutan.

Mahu cuba ? hUbungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Saturday, July 14, 2012

Cecair Apa Anda Guna Untuk Mengemop Dan Mengelap Cermin Tingkap

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Hujung minggu mungkin adalah masa anda untuk mengemop rumah atau mengelap cermin. Takkan nak tunggu raya kot baru lap cermin ? Apa bahan yang anda gunakan untuk mengemop dan mengelap itu ? Biasa lepas mencuci bagai kesannya tangan kita jadi kasar bukan ? Maka kita pun akan sapu dengan losyen sebagai solusi.

Pernah dengar Basic H ? Ia bukan losyen tangan puan-puan dan tuan-tuan, tapi ia adalah secair yang punya 1000 kegunaan dan ia tak buat tangan kita jadi kasar. Salah satunya kegunaannya adalah untuk mengemop dan mengelap cermin. Antara ciri istimewanya adalah ia tidak bertoksik, tidak punya haruman, pH yang seimbang, lembut pada tangan, tidak memedihkan mata dan tidak mengganggu sistem air dan tanah jika dibuang ke longkang mahupun sistem septik dan pembentungan. Kiranya GO GREEN lah!

Untuk mengemop biasa saya suka berbuih-buih sedikit, jadi saya titiskan 3 titis dalam setengah baldi air dan untuk menggelap cermin tingkap saya hanya guna setitis Basic H ke dalam besen kecil, sebab tak suka berbuih-buih sangat.

Paling saya suka bila kita mengemop di tempat yang menjadi tempat laluan semut. Sebab lepas tu semut jarang mahu lalu ditempat yang kita mop guna Basic H tu! Bukan bermaksud mahu membunuh atau mengganggu habitat semut, sekadar mahu ia beralih laluan. Iyelah bila dalam rumah tempat tu jadi anak-anak kita bermain dan sebagainya.
Apa kandungan Basic H ini ? Saya petik dari blog ini  http://vitaminsemulajadi.com/what-is-basic-h/
Water, Alkyl Polyglucoside (from corn & coconut), Ethyoxylated Fatty Alcohol (from coconut), Xanthan Gum (from vegetables) and Methyl Chloro Isothiazolinone (biodegradable preservative).

Walaupun nampak ia dibuat dari sumber makanan kita, tetapi bukan bererti kita boleh makan ia seperti vitamin, ye puan-puan dan tuan-tuan. Sebab ia tidak diklasifikasikan sebagai makanan, dan hanya untuk kegunaan luaran sahaja.

Nanti saya share lagi apa yang saya buat dengan Basic H ni.

Mahu cuba puan-puan, tuan-tuan ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my








Friday, July 13, 2012

Mahu mencari Sumber Pendapatan Sampingan ?

Anda seorang yang bekerja umpama keluar bertemankan embun yang masih menitik dan pulang berpimpinan dengan bintang dan bulan. Belum kering keringat, kernah anak-anak yang pelbagai dan masih dalam kategori bayi atau kanak-kanak perlu diladeni. Belum lagi tugasan rumah pula tidak pernah selesai sehingga anda pencen sekalipun. Hujung minggu anda sepeti 'satu kewajipan' kena pulang erumah ibu bapa sendiri atau mentua. Anda selalu terfikir mahu mencari ruang pendapatan tambahan kerana selalu nipis duit sebelum waktu gaji.. Seronok dengar cerita orang membuat dan menjual kek, biskut, kuih atau menjahit baju sebagai pendapatan sampingan. Tapi anda tak tahu mana mau cari ruang masa itu bagaimana.

Mungkin dengan menjadi Independant Shaklee Distributor pilihan yang baik. Saya mahu berkongsi pengalaman selama menjadi ahli dalam kumpulan ini. Tiada kerahan untuk menjual apalagi membeli produk dan menyimpan stok bawah katil. Konsepnya mudah, jika anda peminat tegar ESP, anda cerita tentang mengapa anda jadi tegar dengan ESP kepada kawan-kawan anda. Itu sahaja. Tiada 'janji yang molek-molek' keran tanpa berusaha keras duit tak akan bergolek-golek masuk ke poket.

Mahu tahu lebih lanjut ? Mahu sertai kumpulan kami ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di nooazinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, July 12, 2012

Teknik Power Pumping

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya kongsi salah satu teknik yang dapat membantu meningkatkan penghasilan susu adalah
Power Pumping. Ia merupakan cara biasa yang semua ibu tahu iaitu mengepam tetapi dengan cara yang lebih unik kerana meniru cara bayi menyusu. Di bawah ini saya kongsikan hasil pembacaan saya dan pengalaman ketika menyusukan bayi tak lama dulu.

Macamana nak buat teknik ini ?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri pula 10 minit, tukar pula ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Bagaimana mahu mengurangkan kebosanan ketika melakukan teknik ini ? 

Terpulang mana yang anda selesa. Cuma pada saya, jika anda bangun tengah malam apa kata hidupkan malam anda dengan solat-solat sunat, mengaji dan berzikir sebelum melakukan sesi mengepam. Saya kongsi sebahagian pengalaman saya dan mereka.
  • Mengepam sambil makan - Itu yang saya lakukan ! Roti dan bancuhan susu dengan ESP
  • Ada sesetengah orang set masa. Selepas pam 10 minit, mereka akan set jam untuk tidur 10 minit hingga tamat tempoh 1 jam
  • Ada sesetengah orang sambil mengepam sambil menulis entry di blog
Bila nak lakukan?
Terpulang kepada ibu, pilih waktu yang tenang dan relax mungkin pada hujung minggu, dan ada baiknya dilakukan pada waktu tengah malam hingga ke Subuh kerana pada waktu itu hormon penyusuan adalah sangat tinggi. 

Bagaimana jika sedang melakukan teknik ini bayi bangun ?
Berhenti seketika, susuilah bayi anda sebelum sambung semula.


Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Biasanya ia mengambil masa sekurang-kurangnya 1 minggu. Mungkin pada permulaan anda hanya pam angin atau cuma dapat setitik dua susu. Tapi setelah beberapa kali dilakukan anda akan dapat hasil yang di mahukan.

Siapa 'Paling' Perlu Teknik Ini ?
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk merangsang   penghasilan susu selain perlu dengan doktor bagi mendapatkan rujukan dan nasihat dalam pengambilan pil hormon untuk memastikan diri ibu itu bersesuaian dengan pil hormon dan tiada komplikasi yang akan timbul.
  • Ibu yang ingin relaktasi iaitu menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.
  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu akibat daripada perubahan hormon, period, kurang waktu mengepam kerana kekekangan kerja atau sebagainya.
  • Ibu yang bayi telah berusia lebih setahun. Kadang-kadang susu semakin berkurang sebab bayi semakin kurang menyusu kerana telah menikmati solid food dan ibu tidak meningkatkan frekuensi mengepam atau masih dalam frekuensi yang sama atau semakin kurang frekuensi mengepam.
Cukupkah Sekadar Power Pumping ?
  • Selain dari Power Pumping ibu perlu meningkatkan frekuensi mengepam, sekurang-kurangnya tambahan 1 sesi. Tak kira waktu bila yang punya kesempatan. Contohnya, mengepam pada awal pagi atau mengepam sambil menyusukan anak
  • Lebihkan waktu direct feeding sebab walau secanggih mana pam dan teknik tidak dapat menandingi cara hisapan bayi untuk merangsang pengeluaran susuibu
  • Ibu juga jangan lupa untuk memasti diri mendapat makanan yang seimbang setiap hari. Contohnya pada waktu makan tengahari dan malam perlu mengambil buah-buahan,nasi, sayur dan lauk.
  • Minum banyak air masak
  • Belajar menangani stress dalam kehidupan, dekatkan diri pada Allah, mintalah kepada Dia melalui Solat, mengaji dan zikir dengan istiqamah.
Bagaimana dengan pengambilan suplemen penyusuan ?
Terpulang kepada individu, jika mereka yakin pengambilan makanan seharian menepati piramid makanan seperti dibawah :-
dan, yakin pengambilan makanan mencukupi dengan keperluan ibu yang menyusukan seperti di bawah, anda tak perlukan suplemen.
Sumber :Kementerian kesihatan Malaysia
Anda mahu cuba suplemen, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Tuesday, July 10, 2012

Suplemen Untuk Orang Bekerja Menggunakan Suara

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Shaklee Performance Drink(PD) adalah sangat popular lagi laris ketika menjelang Ramadhan hingga kerap kehabisan stok. Ia membantu tubuh supaya dapat bertahan, tetapi bukan bermakna tidak rasa lapar atau dahaga ketika berpuasa. Dari ibu sampai ke anak-anak kecil boleh menikmati. PD sama macam minuman isotonik iaitu mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration sebab ia membantu tubuh menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

Tetapi yang membezakan ia dengan minuman isotonik adalah PD mengandungi Opticarb iaitu rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga serta merta dan berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Paling penting ia no artificial flavors, sweeteners or added preservatives sebab tu sesuai walaupun untuk kanak-kanak, lagipun sesuatu yang berbentuk tiruan bukan sahaja tidak baik untuk kanak-kanak tetapi orang dewasa macam kita.

Lagi satu paling saya suka dengan PD ni, ia dapat kurangkan tekak yang rasa kering dan tidak selesa bila banyak bercakap terutama ketika berpuasa. Kadang-kadang tidak bercakap banyak pun tekak rasa tak kering dan tak selesa walau telah minum banyak air masak. Saya bukanlah dalam alam pekerjaan yang memerlukan banyak cakap. Cuma sesekali sahaja kena banyak bercakap. Jika anda antara mereka yang memerlukan suara dalam tugas harian, contohnya guru, Insyaallah PD dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan tekak terutama bila Ramadhan nanti. Bagi yang bukan guru, terutama ibu, PD juga sesuai sebab membebel kat anak pun perlukan suara bukan ?

Mahu dapatkan ?Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, July 9, 2012

Sebab Apa Makan Vitamin C Boleh Kurangkan Lesu ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Salah seorang customer awal saya dari mula pembabitan saya dalam Shaklee ni. Terima kasih ! Lalu timbul pertanyaan mengapa makan vitamin C boleh kurangkan rasa letih ? Jika vitamin B rasanya semua orang tahu bukan ? Jika tidak tahu saya terangkan semula, sebab fungsi utama vitamin B untuk menukarkan apa yang kita makan menjadi tenaga. Sebab tu bagi pengamal vitamin, perlu minum banyak air supaya proses ini lancar.

Kembali pada persoalan tentang Vitamin C, mengikut ruang lingkup pembacaan saya, vitamin C akan mensintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak ke dalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot-otot badan.

Sebab itu, dalam dalam set penyusuan bayi juga terkandung vitamin B dan C. Sebab tugas sebagai seorang ibu yang menyusukan secara eksklusif memang mencabar. Kelesuan akan mengundang aura negatif yang bukan sahaja menjejaskan pengeluaran susuibu tetapi bayi juga. Bayangkan jika ibu menyusukan anak atau mengepam sambil marah-marah atau membebel ?

Mahu dapatkan vitamin C ? hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, July 6, 2012

Mengapa Pesakit Diabetis Lambat Sembuh Bila Luka ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kita selalu dengar pesakit diabetis luka lambat sembuh dan penjagaan yang tidak rapi membuatkan luka berbau bukan ? Mengapa pesakit lambat sembuh jika luka ? 

Melalui pembacaan saya, sebenarnya kita akan kehilangan vitamin C setiap kali kita kencing, begitu juga pesakit diabetis. Tetapi  kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan vitamin C dan biasanya vitamin C 'kalah'. Sebab itu doktor meminta pesakit diabetis mengawal kandungan gula dalam darah dengan melakukan pemeriksaan selalu, bukan sahaja bagi mengelakkan menghadapi masalah kesihatan lain, tetapi untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka. 

Mengapa Vitamin C penting untuk menyembuhkan luka ? Sebab Vitamin C mampu mengaktifkan fibroblast iaitu sel yang menghasilkan kologen yang bagus dan salah satunya berfungsi untuk menyembuhkan luka dengan cepat sedangkan 'kekalahan' vitamin C dalam badan pesakit diabetis menyebabkan kandungan kologen kurang dalam badan mereka lalu luka lambat baik.

Selain itu mengambilan Vitamin C mengurangkan risiko penyakit akibat perubahan-perubahan yang terjadi pada protein dan radikal bebas yang mendedahkan pesakit kepada komplikasi penyakit lain.

Ambil vitamin C bermakna boleh berhenti ubat doktor ke ? Tidak ! Sebab kerana ia depreskripi doktor. Jangan memandai-mandai ! 

Mahu dapatkan ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, July 5, 2012

Penting Ke Zat Besi Selepas kehamilan ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Zat besi berfungsilah untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat dan ia merupakan komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen keseluruh badan untuk kelangsungan hidup. Jika tubuh kekurangannya, kita akan jadi mudah letih dan tidak bertenaga. Keadaan akan jadi bertambah rumit, jika anda hamil sebab zat besi perlu untuk anda dan bayi. Sebab itu ketika hamil wanita memerlukan tambahan 50 peratus lebih banyak zat besi iaitu15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

Tetapi, adakah ketika hamil saja wanita memerlukan zat besi ? Saya tertarik dan mahu berkongsi dengan jawapan Dr Premitha Damodaran dari Hospital Pantai Kuala Lumpur dalam artikel berkaitan zat besi yang disiarkan oleh Metro bertarikh 2 Julai 2012. Katanya, " Wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup ketika hamil, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh penyusuan bayi. Wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan jika tidak menyusukan " 

Secara peribadi saya tiada pengalaman kekurangan zat besi alam tubuh ketika hamil, tetapi  saya ada pengalaman mudah rasa pening-pening, lesu dan letih ketika melengkapkan tempoh penyusuan. 3 tahun membawa beg pam ? bukan 2 tahun ke ? Nanti saya akan ceritakan pada entry lain. Sudahlah masa berpantang saya langsung tak ambil vitamin walau dibekalkan oleh hospital. Sebab pada saya selepas kehamilan tidak perlu lagi sebarang suplemen, rupanya saya silap, sepatutnya teruskan pengambilan kerana ketika itu tubuh 'sedang membaikpulih'. Bila saya mengenal Shaklee ketika anak berusia setahun dua bulan dan tanda-tanda kemeruduman telah bermula baru saya tahu punca pening-pening dan keletihan saya itu.

Sebab itu suplemen pertama yang saya beli adalah Vitalea, Vitamin B, Vitamin C, dan Alfalfa diikuti kalsium pada minggu berikutnya. Saya gembira dengan hasilnya, paling utama tiada rasa pening-pening setiap kali lepas mengepam. Gabungan vitamin B dan kalsium buat rasa penat dan keletihan berkurangan. Sebagai manusia rasa penat dan letih adalah biasa, tetapi keletihan di awal pagi sebaik membuka mata, ada yang tak kena tu ! Bukankah tidur itu untuk melehatkan tubuh badan dan minda ? Paling seronok, jika sebelum itu setiap kali selsema hasil pengepaman pasti 'terkurang', tapi kali ini maintain sahaja. Seperti yang saya pernah cerita pengambilan Vitamin C dan Alfalfa dalam tempoh yang lama buat saya jarang dijangkiti selsema. Alhamdulillah!


Jadi, jika kita rasa pengambilan suplemen zat besi TAK PERLU selepas kehamilan dan hanya menumpukan kepada suplemen penyusuan, silap tu ! Nak ke nanti tiba-tiba orang menegur, " Mekap you tebal, tapi masih nampak pucat ! Sakit ke ?" Sebab zat besi digelar penyegar darah kerana fungsinya yang membantu pengedaran oksigen ke seluruh tubuh badan dan secara tak langsung ia membantu mempertingkatkan tahap kecergasan, imuniti dan kesihatan secara menyeluruh. 

Mahu cuba ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, July 3, 2012

Masa Bila Vitamin C Perlu Dipatahkan ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Keadaan cuaca yang tak menentu sekarang kerap buat kita rasa tak sihat, paling kerap adalah demam dan selsema. Selain Performance Drink, iaitu minuman yang dapat mengelakkan kita kehilangan air dengan lebih banyak dan sesuai untuk semua biarpun kanak-kanak, Vitamin C juga perlu ada dalam simpanan anda. Sebab bila demam, apa kata ambil sebiji dan patah dua kemudian telan. 

Mengapa mesti dipatahkan ? Vitamin C Shaklee dihasilkan berdasarkan sustained released iaitu ia dirembeskan secara perlahan-lahan mengikut keperluan tubuh badan kita. Jadi bila dipatahkan, kesemua vitamin C 500mg ini akan dirembeskan kesemua sekali dalam badan kita tanpa tertahan-tahan supaya demam cepat kebah. Telan sebiji pagi dan sebiji malam, kerana bila kita demam keperluan vitamin C bertambah dari biasa. Jika hari-hari biasa cukuplah sebiji.


Jika hidung gatal-gatal rasa nak selsema, cepat-cepat saya patahkan dan telan vitamin C, sebab biasanya tak jadi selsema. Jika dulu saya suka ambil ubat selsema bila rasa nak selsema. Tapi sejak temui petua ni hasil perkongsian dengan rakan bisness Shaklee maka tak perlu lagi ubat selsema. Jadi Vitamin C adalah vitamin yang memang ada dalam beg tangan sebagai usaha mengelak dari kena selsema, selebihnya tentulah tawakal pada Allah bukan ? Sebab dulu saya memang mudah kena selsema. Orang selsema bersin depan saya pun boleh buat saya ikut terjangkit sama.

Anda mahu dapatkan vitamin C hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...