Monday, June 25, 2012

Tip Mudah Awet Muda

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya merasa kagum membaca kisah seorang selebiti wanita yang berusia 62 tahun. Masih sihat tanpa menghidap penyakit kronik. Masih bersukan. Masih bersemangat bekerja. Paling menarik perhatian masih kelihatan jelita tanpa melakukan sebarang prosedur. Bila membaca apa yang diamalkan, kelihatan amat biasa. Selalu saya dengar. Tapi tak terfikir bahawa amalan begitu yang diamal sejak muda betul-betul menjadi bila beliau berusia.Wanita mana yang tak mahu kelihatan cantik dan sihat walau usia telah dimamah waktu bukan ?

Lalu saya panjang-panjangkan tangan dan akal untuk mencari sedikit pembacaan tentang kaitan amalan kesihatan yang diamalkan dengan kesihatan dan tampak awet mudanya itu.

PERTAMA : Bersenam secara konsisten membantu buat kita awet muda. Sebab senaman dapat meningkatkan kompleksi kulit. Selain itu ia juga akan melancarkan pengaliran darah, membentuk otot dan menaikkan paras oksigen dalam tubuh, jadi ia membantu kulit kekal sihat dan cantik.

KEDUA : Pastikan berat badan sentiasa stabil iaitu tidak turun dan naik secara mendadak. Jika anda mahu menguruskan badan perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Sebab kulit mempunyai serat elastik yang menyokong kulit. Peningkatan atau menurunan berat badan yang keterlaluan boleh merosakkan kulit sehingga menyebabkan kulit hilang keanjalan semulajadi.

KETIGA : Minum air secukupnya. Bila kita kurang minum air maka badan akan menyedut air dari sel-sel lain walau sel kulit demi mengelakkan hidrasi pada badan. Kesannya kulit akan hilang lembapan semulajadi. Pengambilan air yang cukup membantu menyingkirkan kandungan toksin berlebihan sebab toksin adalah antara punca kulit kusam dan bermasalah.

KEEMPAT : Mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut keperluan tubuh badan. Selalu pemakanan syang tepat kepada tubuh juga membantu menjana fungsi yang tepat pada kulit. Biasa bukan kita mendengar makanan yang mengandungi potein, vitamin A, B, C, E beserta selenium, omega, zink amat baik untuk kulit.

Bagaimana pula dengan suplemen ? Perlukah untuk sihat tubuh badan dan kelihatan awet muda ? Bagi selebriti berkenaan suplemen memang menjadi amalan beliau semenjak remaja. Tapi terpulang pada individu. Jika kita merasakan cara hidup kita tidak sesihat mana, apatah lagi gaya pemakanan kita terdapat kekurangan di sana sini, lalu kita mendambakan tubuh badan yang sihat dan kelihatan awet muda maka pengambilan suplemen mungkin perlu ada dalam agenda jadual harian anda. 

Bukan bermakna kita tak perlu makanan yang sihat atau cara hidup yang tidak aktif, tetapi sebagai usaha bagi menampung kekurangan dari makanan harian bagi membolehkan kita kekal aktif.

Mungkin anda mahu mencuba vitamin ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...