Monday, June 18, 2012

Tekanan Selepas Melahirkan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kisah 1
Ketika melahirkan Vivience Marcheline dan Knox Leon pada 2008 Angelina Jolie dilaporkan berada dalam keadaan tertekan dan letih sehingga sanggup menyembunyikan dirinya bersama-sama pasangannya, Brad Pitt. Beliau juga dilaporkan merasa sangat bimbang dengan kesihatan bayi kembarnya lalu sering menelefon doktor meminta kepastian.

Kisah 2
Bagi pemenang Oskar, Gywneth Paltrow pernah berkongsi pengalaman beliau menghadapi kemurungan selepas bersalin kepada pemberita tidak lama dulu."Saya berasa seperti zombie. Saya tidak tahu perasaan saya. Saya tidak faham emosi saya. Saya berasa asing. Saya rasa saya seorang ibu dan individu yang teruk,"

Pernah terbaca tak pengalaman selebriti dunia selepas melahirkan anak seperti di atas ?

Kisah-kisah di atas adalah episod-episod tentang kesan emosi yang dihadapi oleh si ibu selepas melahirkan terutama ketika dalam pantang dan selepas berpantang, dan masyarakat kita melihat ia sebagai 'meroyan'. Tapi bila sebut meroyan ia seolah-olah sesuatu yang menakutkan bukan sahaja bakal ibu tetapi juga wanita yang telah bersalin berkali-kali.  Jadi saya suka dengan term tekanan selepas melahirkan. 

Menurut pembacaan saya tekanan selepas melahirkan adalah perkara biasa terutama bagi mereka yang baru bergelar ibu, kerana secara fizikalnya ketika hamil bukan sahaja hormon estrogen dan progesteron yang berfungsi mengawal emosi dan buat ibu bahagia meningkat tetapi corticotrophin releasing hormone dan hormon kortisol yang bertindak mengawal stress juga meningkat. Walaubagaimanapun, hormon berkenaan akan turun mendadak selepas bersalin. 

Jadi ibu yang baru melahirkan bukan sahaja perlu menyesuaikan diri dengan perubahan hormon tersebut tapi dengan perubahan fizkal dan tanggungjawab. Kebanyakan tekanan tidak memerlukan rawatan cuma perlukan sokongan dari suami khasnya dan mereka yang 'hampir' dengan ibu, contohnya ahli keluarga dan teman-teman rapat.

Tetapi ia menjadi 'luar biasa' bila ibu semakin gagal mengawal emosi sehingga mahu mencederakan diri atau bayi sendiri. Jadi memang sesetengah kes memerlukan ubat dan rawatan dari doktor.

Secara peribadi perkara yang buat saya tertekan selepas bersalin bila mereka yang datang melawat memberitahu bahawa saya kelihatan begitu GEMUK! Bayangkan apa anda rasa bila yang datang berkata begitu. Padahal bukankah lumrah mereka yang baru lepas bersalin masih berisi. Sebab ketika hamil berat saya mencevah 80kg tau! Takkan lepas bersalin dua minggu terus kurus ke angka timbang bawah 60kg kan? Ditambah lagi dengan bayi yang kerap menangis malam.

Dalam bab ini memang 'salute' dengan Aishwarai Rai, beliau tak kisah pun dengan berat badannya selepas bersalin walau bekas RATU DUNIA, Malah tak kisah pun untuk berjalan di Red Carpet.Katanya, "semua orang menghadapi masalah untuk mengekalkan berat badan tak kira siapa dia, walaupun bekas Ratu Dunia sekalipun!" - Best jawapannya itu! Boleh Copy dan Paste jika orang bertanya tentang berat badan kita. He! He! He!

Sebagai seorang yang beragama Islam ibu perlu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah tak kira ketika hamil atau tidak. Berzikir, membaca Al-Quraan, memasang CD zikir-zikir dan bacaan Al-Quran wajar menjadi amalan walau bukan ketika hamil. Supaya kita dapat mendepani apa sahaja dengan jiwa penuh ketenangan. Dan pendapat peribadi saya semua ayat-ayat Al-Quraan punya mukjizat tidak tertakluk pada surah-surah tertentu untuk di amalkan ketika hamil.

Bercerita mengenai tekanan selepas bersalin ini, saya ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi mengenai kaitan antara RISIKO TEKANAN SELEPAS MELAHIRKAN dengan KEKURANGAN VITAMIN TERTENTU. Menurut kajian yang dijalankan oleh American Pregnancy Association 2011 menunjukkan bahawa risiko tekanan semasa dan selepas bersalin meningkat apabila wanita tidak mengambil kalsium, zat besi, asid folik dan asid lemak omega-3 secukupnya ketika hamil. Menurut kajian itu lagi, omega-3 bukan sahaja penting untuk penghasilan susuibu, perkembangan sistem saraf serta pengurangan risiko alahan bayi tetapi juga untuk kesihatan minda dan mood(angin) ibu.

Selama ini saya atau sebahagian dari kita hanya tahu ibu hamil perlu mengambil makanan berkhasiat dan biasanya kita dibekalkan vitamin oleh doktor bagi membantu memastikan ibu dan anak mempunyai bekalan darah yang mencukupi, manakala vitamin B dan vitamin C untuk imunisasi tubuh. Sesetengah doktor akan membekalkan Omega bagi membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan. Tak tahu pula ia baik untuk mengurangkan risiko depresi selepas bersalin.

Kerap kali saya di ajukan tentang vitamin yang boleh di ambil oleh ibu hamil, ia di terbahagi kepada 2 kumpulan mengikut usia kandungan. Pertama untuk ibu hamil termister pertama iaitu dari awal kehamilan hingga 4 bulan. Set yang dicadangkan adalah B compleks, vitamin C, multivitamin/Vitalea dan kalsium/ostematrix  :-


Kedua, bagi Termister Ke-2 iaitu kehamilan dari 4 bulan ke atas suplemen yang dicadangkan adalah sama seperti di atas cuma perlu tambahan Omega sahaja.
Dan tambahan dan sesuai diambil kedua-dua trismeter adalah :-
Apa istimewanya ESP ini ? Fungsi utamanya adalah untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protien yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. Selain itu ia juga dikatakan dapat membantu masalah hb rendah yang dihadapi sesetengah wanita hamil.

Berminat untuk mendapatkan vitamin ini ? hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...