Friday, June 29, 2012

Mengapa ESP Popular Ketika Ramadhan ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Selain Perfomance Drink, ESP juga adalah antara produk Shaklee yang popular ketika Ramadhan. Ia juga bukanlah suplemen yang boleh menghilangkan rasa lapar dan dahaga sepanjang kita berpuasa, tetapi ia buat kita bertahan sepanjang hari ketika menjalani ibadah berpuasa.

Apa yang menarik tentang ESP ni ?
Shaklee adalah syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya pada tahun 1970-an
Ujian klinikal telah dijalankan dan terbukti bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan.

Sebab apa ESP popular ketika berpuasa ?

ESP mempunyai indeks glisemik(GI) yang rendah. Apa itu GI ? Ia berkaitan tentang kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai GI yang tinggi, manakala GI yang rendah pula memecahkan karbohairat dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos dalam sistem badan kita. GI yang rendah juga penting untuk kesihatan kita dalam jangkamasa panjang.

GI yang rendah membantu kita rasa bertenaga lebih lama. Sebab ia tidak buat kita rasa bertenaga secara drastik untuk satu tempoh yang sekejap, kemudian secara drastik tenaga itu menurun secara tiba-tiba. GI yang rendah membantu tenaga akan meningkat secara perlahan-lahan dan turun juga secara perlahan-lahan. 

Sebab itu ketika bulan puasa kita digalakan mengambil makanan berprotein yang mengenyangkan berbanding karbohidrat sebab protein akan dihadamkan menjadi asid amino dan salah satu dari asid amino tersebut iaitu 'tyrosine' dapat meningkatkan tenaga dan kesegaran mental. Sebaliknya makanan yang berkanji dan punya GI yang tinggi akan mengubah tahap 'serotonin' yang akan memberikan rasa tenang dan boleh menyebabkan rasa mengantuk

Bila dah rasa letih, mengantuk sudah pasti menjejaskan produktiviti bila berpuasa. Memang bila berpuasa tak lari dari rasa letih dan mengantuk sebab jadual berubah, iyelah kena bangun awal pagi untuk bersahur sedangkan selalunya waktu itu masih dibuai mimpi indah, tetapi tidaklah sampai nak angkat telinga pun tak boleh bukan ? Bagi ibu yang menyusukan pula kadang-kadang rasa letih dan tak bertenaga itu dirasai walaupun belum tergelincir matahari bukan ?

Kurma tak cukupkah ?
Kurma memang punya kandungan protein yang tinggi selain serat dan glukosa, iaitu 1.8 hingga 2.0 peratus protein untuk setiap biji. Sebab itu sunat berbuka dengan kurma bukan ?

Hidangan kurma adalah mencukupi. Tetapi jika anda berkempuan apa salahnya menambah ESP dalam menu keluarga anda. Sebab kita ada ada 'extra' protein dalam menu keluarga kita. Pada saya gabungan hidangan ESP+Kurma juga adalah sangat sedap.

Bercerita tentang GI rendah umpama satu pertandingan lumba lari, peserta tak pecut terus pun sebaik tembak dilepaskan. Ada teknik supaya badan dan larian seimbang hingga ke garisan penamat, malah bila tiba digarisan penamat peserta digalakkan terus berlari melintasi garisan penamat dengan mendepakan tangan kebelakang dan badan digerakkan ke hadapan.

Cuba bayangkan GI yang tinggi, umpama berlari tanpa teknik, sebaik sahaja tembakan dilepaskan kita berlari laju-laju, lepas tu tiba digarisan penamat, kita duduk lalu baring. Apa jadi ?

Saya tertarik dengan ujian klinikal mengenai ESP ini. Saya kongsi dibawah :-



Itulah peranan ESP, membantu kita bertahan apabila berpuasa, bukan buat kita tak asa letih langsung tau!

Mahu dapatkannya ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...