Wednesday, June 6, 2012

Mengapa Antioksidan Dikaitkan Dengan Awet Muda ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Dialog pertama
"Cik nak minum apa, err... cik kan ?"
 Dialog kedua
"You buat apa dengan muka you ni, nampak awet muda betul la ! Share la sikit "

Lalu di jawab begini oleh si pulan.

Jawapan untuk dialog pertama :-
"Bukan cik, tapi mak cik! Saya nampak awet muda ke ?"

Jawapan untuk dialog kedua :-
"Ai makan vitamin antioksidan aje !"

Biasa tak dengar ayat begitu ? Atau kita pernah menuturkan salah satu dari ayat tersebut !?

Apamenda  vitamin antioksida tu ? Vitamin antioksida itu terdiri daripada vitamin E, C, A dan Selenium.

Apa kaitan antioksidan dengan awet muda ?

Mula-mula kena kena tengok apa itu radikal bebas, yang terjadi melalui sumber dalaman iaitu yang dihasilkan oleh tubuh ketika proses metabolisme biasa, ada kalanya sel sistem imun tubuh secara sengaja mewujudkan radikal bebas untuk meneutralkan virus dan bakteria. Sumber luaran pula contohnya faktor alam sekitar yang tidak bersih, asap rokok, makanan yang tidak sihat dan pendedahan terlalu lama kepada matahari.an cepat diubah menjadi sumber yang tidak lagi membahayakan tubuh. Sebenarnya ia tidak berbahaya tetapi, apabila radikal bebas sempat bertemu dengan enzim atau asid lemak tak tepu, ia merupakan petanda awal kerosakan sel lain dan menjemput pelbagai jenis penyakit sama.

Tengok pula antioksida ? Antioksida ini bertindak menuetralkan radikal bebas dengan 'mendermakan' salah satu elektronnya dan menamatkan tindak balas 'mencuri' elektron. Iyela dari biar orang mencuri, baik kita derma kan ? Jadi kesan 'pendermaan' ini tidak akan jadi radikal bebas kerana keadaannya begitu stabil dalam apa jua bentuk.

Shaklee di muar Azrinna-kiosk
Selain itu, Antioksida bertindak sebagai 'pemburu', membantu mencegah kerosakan selular dan tisu yang boleh membawa kerosakan sel dan penyakit. Ia juga menggalakkan pertahanan semulajadi melawan proses penuaan pra matang dan melanjutkan hayat.

Kat situ kita boleh kaitan dengan proses penuaan dan awet muda, proses penuaan ini adalah seperti kulit tidak lagi anjal, berkedut dan bintik-bintik pigmen kecoklatan di kulit. Secara semulajadinya manusia mengalami penurunan seiring dengan peningkatan usia akibat radikal bebas itu sendiri, ia tetap akan berlaku walau anda ambil vitamin antioksida, tetapi bezanya ia akan berlaku perlahan-lahan dan tidak secara drastik. Itulah yang dinamakan awet muda. Bukan bererti kita tak tua langsung dengan ambil vitamin antioksidan. Salah tu!


Vitamin antioksidan yang saya maksudkan adalah :-

Vitamin E & Selenium
Vitamin C
Corotomax @ Vitamin A
Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...