Tuesday, June 26, 2012

Apa Ada Dalam Set D

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set paling popular selain Set Breastfeeding adalah Set Kecantikan atau Set D yang mengandungi vitamin B, vitamin C dan vitamin E. Bila sebut Set D ada yang beranggapan ia hanya untuk mereka yang mementingkan kecantikan sahaja. Tetapi sebenarnya sesuai untuk sesiapa sahaja, kecuali mereka yang tertentu (ini kena tanya dealer ye!).

Jadi saya mahu berkongsi sebahagian tentang apa istimewanya vitamin dalam Set D ini pada kulit dan kesihatan. Jom tengok!

Vitamin B bererti 'B' for beautiful kerana ia memelihara kulit dari dalam, contohnya B5 dalam keluaga B complex ini berfungsi meningkatkan asid lemak pada kulit, merangsang eksfoliasi (pengelupasan kulit mati) dan membuatkan kulit kenyal. Manakala B5 dan B9 berfungsi mengatasi masalah jerawat dan iritasi atau alahan pada kulit.
Vitamin B juga adalah vitamin yang menenangkan kerana sifatnya yang mencegah kemurungan dan stress sebab itu ia dikenali sebagai vitamin "Morale" kerana tekanan boleh beri kesan kepada kulit dan kesihatan tubuh badan.
Fungsi lain vitamin B pula adalah membantu dalam proses metabolik dengan menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga. Jadi ia dapat mengatasi masalah keletihan. Ketika rasa mengantuk, letih dan stress datang bertamu, saya memang ambil vitamin B lebih dari sebiji sehari.

Vitamin C mampu mengaktifkan fibroblast iaitu sejenis sel yang menghasilkan kologen, jadi semakin bagus kologen yang dihasilkan dalam tubuh maka semakin anjal dan serahlah warna kulit. Kologen bukan sahaja penting untuk kulit, tetapi ia penting untuk menyambungkan struktur otot, tisu, tulang dan cartilage atau bahan yang menyelaputi sendi dalam tubuh.
Vitamin C juga yang dikenali sebagai antioksida yang larut dalam air ini juga dikenali sebagai kuasa penyembuh atau mengurangkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan seperti selsema dan sebagainya.

Vitamin E pula juga dikenali sebagai vitamin antioksida ini mempunyai kesan 'penenag' kepada kulit. Ia juga mampu membantu mencegah keradangan kulit yang sering mencetuskan jerawat. Ia juga berkuasa dalam melindungi kulit dari kesan radikal bebas jadi wajah jadi awet muda, apatah lagi hasil gabungan dengan selenium makan kesannya akan jadi dua kali lebih hebat. Tapi jangan dilupa yang vitamin E bukan sekadar di wajah, ia juga baik untuk kesihatan tubuh badan seperti otot, jantung dan prostat bagi lelaki.


Jadi Set D bukan untuk kecantikan wajah, tetapi kecantikan dalaman juga. Hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...