Saturday, June 30, 2012

Antara NutriWhite Dan Teori Punca Jerawat

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bulan lepas saya telah membeli pembersih muka NutriWhite hasil cerita teman bisness Shaklee. Sangat bagus katanya. Saya seorang yang setia pada jenama, sukar menukar jenama apa lagi bila melibatkan skincare. Tapi testimoni rakan-rakan buat saya teruja untuk mencuba, lalu pembersih muka dari rangkaian NutriWhite saya cuba.

Hasilnya ?

Kulit saya mengalami 'healling crisis' sama seperti kali pertama saya mengamalkan vitamin, 3 tahun sudah ! Terasa kulit mengelupas. Tapi saya teruskan juga hingga 2 minggu. hasilnya kulit menjadi lebih lembut dan liang roma kelihatan semakin mengecil. Walaupun ada perkataan 'white' ia tidaklah buat kulit muka putih melepak sehingga membuatkan kulit muka dan badan jauh berbeza warna.

Apa bahan-bahan yang ada dalam pembersih muka NutriWhite ini ? Ia mengandungi eksrak rumpai laut untuk menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel kulit mati dan menegangkan kulit. Ia juga mengandungi alga hijau yang menyahtoksin dan melembabkan. Bagi mencerahkan dan mengimbangkan pigmen kulit ia mengandungi strawberi Begonia. Tiada bahan-bahan terlarang dalam produk ini.

Ia juga tidak mempunyai haruman yang buat orang bertanya pada kita " you ni kata cuci muka, tapi wangi semacam, cuci muka ke pakai minyak wangi?" pembersih muka ini punya haruman yang sangat lembut, hampir tiada bau.Buih pun tak pekat yang buat 'berat' kat muka, terasa 'ringan' aje buihnya. Itu yang buat ia sesuai digunakan bagi mereka yang memiliki kulit sensitif.

Bagi anda yang punya masalah jerawat, adalah lebih baik mengatasi masalah jerawat terlebih dahulu. Cerita tentang jerawat, mengingatkan saya tentang 6 nutrisi penting menentang jerawat hasil kajian Profesor Marmur seorang Pakar Kulit di Hospital Mt. Sinai dalam Majalah Rapi keluaran 15 oktober 2011. Menurutnya, punca utama jerawat terjadi apabila proses penghasilan sel kulit baru terganggu. Masalah ini dikenali sebagai 'keratinization'. Gangguan proses ini juga akan mengakibatkan sel kulit mati gagal disingkirkan seterusnya mengakibatkan pori-pori wajah tersumbat dengan sebum. Sebab itu mengapa mereka yang punya jerawat yang serius saya galakkan mereka ambil ESP kerana ia bertindak menyingkirkan sel kulit yang rosak atau mati dengan menggalakan petumbuhan sel kulit dengan cepat.

Menurutnya lagi, faktor kekurangan nutrisi yang diperlukan untuk mengatasi jerawat. Walaupun kekurangan nutrisi hanya menyumbang 25 peratus kepada punca, tetapi ia perlu sebab tubuh memerlukan zat mineral dan nutrisi dalam menjalankan fungsinya dengan baik. Nutrisi yang diperlukan adalah Vitamin A, vitamin C, zink, omega 3, air dan vitamin E dan selenium.

Menyentuh tentang vitamin E dan selenium gabungan keduanya menjadikan ia sebagai agen antioksidan yang bekuasa dalam melindungi kulit dari kesan adikal bebas. Satu kajian yang diterbitan dalam Jurnal Klinikal & Dermalogika, United Kingdom menyatakan pengambilan selenium bersama vitamin E dapat memulihkan jerawat secara semulajadi. Gabungan hebat keduanya bukan sahaja di akui oleh Profesor Marmur, tapi turut diakui oleh Pakar Dermatologi Dr. Francesca Fusco (biasa dengarkan nama doktor ini di sebuah iklan di tv ?)

Faktor terbesar yang menyumbang kepada 75 peratus punca jerawat adalah berkait rapat dengan gangguan hormon dan kadar tekanan yang tidak terkawal. Sebab itu saya galakkan anda yang punya masalah jerawat mengamalkan vitamin B dan GLA untuk mengawal tekanan dan membantu mengatasi gangguan hormon.

Wah! Banyaknya vitamin kena makan bukan ? Tidak, anda jangan salah sangka. Amalkan vitamin mengikut kemampuan dan yang paling penting konsisten. Apa kata anda yang punya masalah jerawat amalkan empat suplemen dalam SET D yang mengandungi Vitamin B, Vitamin C dan Vitamin E dengan penuh konsisten dan istiqamah. Mudah-mudahan anda dapat melihat hasilnya.

Mahu cuba ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, June 29, 2012

Mengapa ESP Popular Ketika Ramadhan ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Selain Perfomance Drink, ESP juga adalah antara produk Shaklee yang popular ketika Ramadhan. Ia juga bukanlah suplemen yang boleh menghilangkan rasa lapar dan dahaga sepanjang kita berpuasa, tetapi ia buat kita bertahan sepanjang hari ketika menjalani ibadah berpuasa.

Apa yang menarik tentang ESP ni ?
Shaklee adalah syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya pada tahun 1970-an
Ujian klinikal telah dijalankan dan terbukti bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan.

Sebab apa ESP popular ketika berpuasa ?

ESP mempunyai indeks glisemik(GI) yang rendah. Apa itu GI ? Ia berkaitan tentang kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai GI yang tinggi, manakala GI yang rendah pula memecahkan karbohairat dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos dalam sistem badan kita. GI yang rendah juga penting untuk kesihatan kita dalam jangkamasa panjang.

GI yang rendah membantu kita rasa bertenaga lebih lama. Sebab ia tidak buat kita rasa bertenaga secara drastik untuk satu tempoh yang sekejap, kemudian secara drastik tenaga itu menurun secara tiba-tiba. GI yang rendah membantu tenaga akan meningkat secara perlahan-lahan dan turun juga secara perlahan-lahan. 

Sebab itu ketika bulan puasa kita digalakan mengambil makanan berprotein yang mengenyangkan berbanding karbohidrat sebab protein akan dihadamkan menjadi asid amino dan salah satu dari asid amino tersebut iaitu 'tyrosine' dapat meningkatkan tenaga dan kesegaran mental. Sebaliknya makanan yang berkanji dan punya GI yang tinggi akan mengubah tahap 'serotonin' yang akan memberikan rasa tenang dan boleh menyebabkan rasa mengantuk

Bila dah rasa letih, mengantuk sudah pasti menjejaskan produktiviti bila berpuasa. Memang bila berpuasa tak lari dari rasa letih dan mengantuk sebab jadual berubah, iyelah kena bangun awal pagi untuk bersahur sedangkan selalunya waktu itu masih dibuai mimpi indah, tetapi tidaklah sampai nak angkat telinga pun tak boleh bukan ? Bagi ibu yang menyusukan pula kadang-kadang rasa letih dan tak bertenaga itu dirasai walaupun belum tergelincir matahari bukan ?

Kurma tak cukupkah ?
Kurma memang punya kandungan protein yang tinggi selain serat dan glukosa, iaitu 1.8 hingga 2.0 peratus protein untuk setiap biji. Sebab itu sunat berbuka dengan kurma bukan ?

Hidangan kurma adalah mencukupi. Tetapi jika anda berkempuan apa salahnya menambah ESP dalam menu keluarga anda. Sebab kita ada ada 'extra' protein dalam menu keluarga kita. Pada saya gabungan hidangan ESP+Kurma juga adalah sangat sedap.

Bercerita tentang GI rendah umpama satu pertandingan lumba lari, peserta tak pecut terus pun sebaik tembak dilepaskan. Ada teknik supaya badan dan larian seimbang hingga ke garisan penamat, malah bila tiba digarisan penamat peserta digalakkan terus berlari melintasi garisan penamat dengan mendepakan tangan kebelakang dan badan digerakkan ke hadapan.

Cuba bayangkan GI yang tinggi, umpama berlari tanpa teknik, sebaik sahaja tembakan dilepaskan kita berlari laju-laju, lepas tu tiba digarisan penamat, kita duduk lalu baring. Apa jadi ?

Saya tertarik dengan ujian klinikal mengenai ESP ini. Saya kongsi dibawah :-



Itulah peranan ESP, membantu kita bertahan apabila berpuasa, bukan buat kita tak asa letih langsung tau!

Mahu dapatkannya ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Thursday, June 28, 2012

Minuman Popular Ketika Berpuasa


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bila dekat Ramadhan Performance Drink adalah antara yang popular. Tapi sebenarnya ia bukan minuman yang buat bila puasa tak rasa lapar dan dahaga. Jika begitu konsepnya maka larilah dari maksud asal puasa bukan ? Tetapi ia sekadar beri sedikit 'ketahanan' pada badan supaya bila kita berpuasa kurang rasa letih dan tidaklah mahu melepek atau tidur sahaja. Sebab berpuasa bukan bererti kita perlu berlemah-lemah.


Minuman berperisa oren ini bukan booster penyusuan, tetapi ia memberi ketahanan pada badan ibu yang berpuasa sebab selalu kita dengar cerita ibu bila berpuasa dan menyusukan rasa betul-betul tak larat. Selain ibu perlu mengambil makanan seimbang lagi berkhasiat ketika berbuka dan bersahu atau penambahan suplemen jika berkemampuan, pengambilan air yang mencukupi dari waktu berbuka hingga besahur juga membantu. Cara saya minum air masak di waktu tu adalah setiap 30minit saya akan minum 3 teguk air masak, dan bawa juga air masak ketika terawikh.

Apa benda sebenarnya Performance Drink ni ?

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

5. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

6. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas, aktif bersukan, yang kerja duduk dalam pendingin hawa pun boleh, siapa kata duduk di tempat dingin tak 'kering'? Untuk budak-budak yang demam pun boleh.

Saya tertarik dengan clinically proven mengenai Performance Drink ini.
  • Minimizes fluid loss for enhanced hydration
  • Maintains blood-glucose levels to sustain intense energy output and to increase stamina
  • Increases endurance for better athletic performance
  • No artificial flavors, sweeteners or added preservatives.
 Mahu dapatkan Performance Drink ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email saya di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, June 27, 2012

Tugas Vitamin E


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Apa lagi manfaat vitamin E, selain untuk bercantik-cantik ? Banyak! Saya kongsi di bawah.
  • Manfaat vitamin E adalah untuk merendahkan peluang anda untuk mendapat penyakit kanser kerana kekurangan vitamin E akan menyebabkan kita 10 kali ganda berisiko untuk mendapat kanser terutama kanser payu dara.
  • Viatamin E juga mengurangkan risiko kita untuk mendapat penyakit paru-paru kerana vitamin E membantu melindungi sistem pernafasan
  • Vitamin E juga melindungi jantung dengan mengembangkan saluran darah yang akan membolhkan darah banyak berdar ke jantung. Vitamin E juga membantu otot dan urat saraf berfungi dengan kadar oksigen yang rendah kesannya ia dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan. Terutama apabila di ambil bersama ostematrik
  • Vitamin E juga dikenali sebagai anti inflammation, jadi bila sakit gigi dengan gusi bengkak, pengambilan vitamin E membantu meredakan. Begitu juga jika ibu yang menyusu menghadapi blocked duct atau bengkak susu pengambilan vitamin E dapat membantu.
  • Bagi ibu yang baru melahirkan terutama yang menjalani proses C-section vitamin E dapat mencantikkan kesan parut pembedahan
  • Pengamalan yang berterusan juga dapat membantu menghilangkan tanda stretch mark pada bahagian perut, paha, punggung kesan ketika hamil
  • Bagi ibu yang menghadapi masalah sakit tumit terutama selpas melahirkan, pengambilan vitamin E dan kalsium dapat membnatu masalah ini. Selalu kita dengar sakit tumit dkaitkan dengan masalah dibahagian peranakan oleh itu pengambilan vitamin E dapat mengatasi dan salah satu tanda badan kekurangan vitamin adalah melalui sakit tumit, oleh sebab itu ostematrik atau kalsium diperlukan
  • Masalah 'dingin' terutama kepada ibu yang lepas melahirkan dapat dibantu dengan pengambilan vitamin E dan alfalfa.
Banyakkan manfaat vitamin E ini ? Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, June 26, 2012

Apa Ada Dalam Set D

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set paling popular selain Set Breastfeeding adalah Set Kecantikan atau Set D yang mengandungi vitamin B, vitamin C dan vitamin E. Bila sebut Set D ada yang beranggapan ia hanya untuk mereka yang mementingkan kecantikan sahaja. Tetapi sebenarnya sesuai untuk sesiapa sahaja, kecuali mereka yang tertentu (ini kena tanya dealer ye!).

Jadi saya mahu berkongsi sebahagian tentang apa istimewanya vitamin dalam Set D ini pada kulit dan kesihatan. Jom tengok!

Vitamin B bererti 'B' for beautiful kerana ia memelihara kulit dari dalam, contohnya B5 dalam keluaga B complex ini berfungsi meningkatkan asid lemak pada kulit, merangsang eksfoliasi (pengelupasan kulit mati) dan membuatkan kulit kenyal. Manakala B5 dan B9 berfungsi mengatasi masalah jerawat dan iritasi atau alahan pada kulit.
Vitamin B juga adalah vitamin yang menenangkan kerana sifatnya yang mencegah kemurungan dan stress sebab itu ia dikenali sebagai vitamin "Morale" kerana tekanan boleh beri kesan kepada kulit dan kesihatan tubuh badan.
Fungsi lain vitamin B pula adalah membantu dalam proses metabolik dengan menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga. Jadi ia dapat mengatasi masalah keletihan. Ketika rasa mengantuk, letih dan stress datang bertamu, saya memang ambil vitamin B lebih dari sebiji sehari.

Vitamin C mampu mengaktifkan fibroblast iaitu sejenis sel yang menghasilkan kologen, jadi semakin bagus kologen yang dihasilkan dalam tubuh maka semakin anjal dan serahlah warna kulit. Kologen bukan sahaja penting untuk kulit, tetapi ia penting untuk menyambungkan struktur otot, tisu, tulang dan cartilage atau bahan yang menyelaputi sendi dalam tubuh.
Vitamin C juga yang dikenali sebagai antioksida yang larut dalam air ini juga dikenali sebagai kuasa penyembuh atau mengurangkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan seperti selsema dan sebagainya.

Vitamin E pula juga dikenali sebagai vitamin antioksida ini mempunyai kesan 'penenag' kepada kulit. Ia juga mampu membantu mencegah keradangan kulit yang sering mencetuskan jerawat. Ia juga berkuasa dalam melindungi kulit dari kesan radikal bebas jadi wajah jadi awet muda, apatah lagi hasil gabungan dengan selenium makan kesannya akan jadi dua kali lebih hebat. Tapi jangan dilupa yang vitamin E bukan sekadar di wajah, ia juga baik untuk kesihatan tubuh badan seperti otot, jantung dan prostat bagi lelaki.


Jadi Set D bukan untuk kecantikan wajah, tetapi kecantikan dalaman juga. Hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, June 25, 2012

Tip Mudah Awet Muda

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya merasa kagum membaca kisah seorang selebiti wanita yang berusia 62 tahun. Masih sihat tanpa menghidap penyakit kronik. Masih bersukan. Masih bersemangat bekerja. Paling menarik perhatian masih kelihatan jelita tanpa melakukan sebarang prosedur. Bila membaca apa yang diamalkan, kelihatan amat biasa. Selalu saya dengar. Tapi tak terfikir bahawa amalan begitu yang diamal sejak muda betul-betul menjadi bila beliau berusia.Wanita mana yang tak mahu kelihatan cantik dan sihat walau usia telah dimamah waktu bukan ?

Lalu saya panjang-panjangkan tangan dan akal untuk mencari sedikit pembacaan tentang kaitan amalan kesihatan yang diamalkan dengan kesihatan dan tampak awet mudanya itu.

PERTAMA : Bersenam secara konsisten membantu buat kita awet muda. Sebab senaman dapat meningkatkan kompleksi kulit. Selain itu ia juga akan melancarkan pengaliran darah, membentuk otot dan menaikkan paras oksigen dalam tubuh, jadi ia membantu kulit kekal sihat dan cantik.

KEDUA : Pastikan berat badan sentiasa stabil iaitu tidak turun dan naik secara mendadak. Jika anda mahu menguruskan badan perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Sebab kulit mempunyai serat elastik yang menyokong kulit. Peningkatan atau menurunan berat badan yang keterlaluan boleh merosakkan kulit sehingga menyebabkan kulit hilang keanjalan semulajadi.

KETIGA : Minum air secukupnya. Bila kita kurang minum air maka badan akan menyedut air dari sel-sel lain walau sel kulit demi mengelakkan hidrasi pada badan. Kesannya kulit akan hilang lembapan semulajadi. Pengambilan air yang cukup membantu menyingkirkan kandungan toksin berlebihan sebab toksin adalah antara punca kulit kusam dan bermasalah.

KEEMPAT : Mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut keperluan tubuh badan. Selalu pemakanan syang tepat kepada tubuh juga membantu menjana fungsi yang tepat pada kulit. Biasa bukan kita mendengar makanan yang mengandungi potein, vitamin A, B, C, E beserta selenium, omega, zink amat baik untuk kulit.

Bagaimana pula dengan suplemen ? Perlukah untuk sihat tubuh badan dan kelihatan awet muda ? Bagi selebriti berkenaan suplemen memang menjadi amalan beliau semenjak remaja. Tapi terpulang pada individu. Jika kita merasakan cara hidup kita tidak sesihat mana, apatah lagi gaya pemakanan kita terdapat kekurangan di sana sini, lalu kita mendambakan tubuh badan yang sihat dan kelihatan awet muda maka pengambilan suplemen mungkin perlu ada dalam agenda jadual harian anda. 

Bukan bermakna kita tak perlu makanan yang sihat atau cara hidup yang tidak aktif, tetapi sebagai usaha bagi menampung kekurangan dari makanan harian bagi membolehkan kita kekal aktif.

Mungkin anda mahu mencuba vitamin ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, June 22, 2012

Bangunan Kalsium Membantu Hidup lebih Sihat

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pernah tak anda bangun dari tidur tiba-tiba anda rasa kejang otot anda, rasa susah nak bangun ? Atau mungkin bila anda duduk tiba-tiba mahu bangun rasa meletup-letup bunyi tulang anda ? Lalu anda berkata
" Tulang aku patah ke apa ni ?" Lalu rakan yang duduk disebelah anda berkata "Tu la tak mahu minum susu" Bercerita tentang minum susu, berapa banyak susu kena minum ? Apa yang saya belajar, jika kita minum 4 gelas susu sehari baru mencukupi keperluan seharian kita. Apatah lagi jika anda hamil atau menyusukan bayi, adalah tidak cukup dengan segelas susu sehari.

Bagaimana pula bagi anda yang memang tak suka minum susu, atau jarang-jarang minum susu macam saya ? Sedangkan anda hamil atau menyusukan bayi. Pernah dengar tak orang-orang tua kata, " Bila mengandung, ibu kena 'beri' gigi pada anak, sebab tu setiap kali mengandung hilang sebatang gigi!" Kalau 5 kali hamil, agak-agak berapa batang gigi kita akan hilang ? Alamak!

Sebab kemalasan saya minum susu, saya jatuh cinta dengan Osteomatrix Shaklee (Osteo) atau sebenarnya ia adalah kalsium. Bagi anda yang suka minum susu bukan bererti anda tak boleh ambil Osteomatrix, sebabkan bukankah ia makanan tambahan, berfungsi menampung kekurangan vitamin yang anda ambil dari makanan seharian ?!

Apa yang saya suka dengan Osteo ni, bila saya travel yang biasanya duduk berjam-jam dalam kereta, bila bangun tidur pada keesokan paginya tiada rasa sakit belakang atau sengal-sengal badan. Bila tiada kesakitan, maka bila bangun dari tidur badan jadi lebih bertenaga, bukankah salah satu fungsi tidur adalah kita lebih bertenaga bila bangun dari tidur ? apa ertinya bila bangun dari tidur rasa sakit seluruh badan kan ? Sebab tu Osteo adalah suplemen yang memang masuk dalam list saya sebagai suplemen wajib bawa bila travel.

Biasa dari sekolah kita selalu dengar kalsium adalah untuk tulang, sebenarnya kalsium lebih dari untuk tulang, sebab kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Jadi bila kalsium mencukupi kita tak mudah rasa penat, sakit belakang, cramp, migrain, murung dan meradang tak pasal-pasal.

Osteo berbeza dengan suplemen lain yang ada dipasaran sebab ia bukan sekadar kalsium tetapi dilengkapi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan. Apa kena mengena kalsium dengan tajuk di atas tu? Cuma fahami teori begini, kalsium sahaja umpama susunan batu-bata tanpa simen.
 
Tetapi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan umpama simen yang mengukuhkan dan menguatkan batu-bata itu. 

Jadi gabungan fungsi batu-bata dan simen ini membantu penyerapan dan fungsi kalsium dengan lebih baik pada badan kita selain ia selamat dari risiko batu karang.

Ia sesuai diambil oleh sesiapa sahaja, tak kira anda seorang lelaki atau perempuan, ibu hamil atau menyusukan bayi. Malah jika anda menyusukan bayi pengambilan kalsium diikuti prinsip utama penyusuan dilakukan mampu membantu pengeluaran susu yang lebih baik. Jika anda hamil, kalsium dikatakan mampu mengurangkan simptom alahan ketika hamil.

Mahu dapatkannya ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Thursday, June 21, 2012

Set B

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Wednesday, June 20, 2012

Tip Musim Panas!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tekak rasa sakit !
Terasa mahu demam !
Kulit terasa kering !

Itulah yang sering kira rasai terutama pada waktu sekarang ini, sebab cuaca panas terik ditambah dengan jerebu. Teringat pertanyaan sahabat baik semalam, vitamin mana yang perlu di lebihkan dos pengambilannya sambil dia 'membentangkan' jenis-jenis vitamin Shaklee yang dia ada. Lalu saya jawab Vitamin C. Ambil 2 biji lalu patahkan ia! Supaya ia dapat menyerap lebih pantas.

Cuaca yang panas terik kita perlulah minum banyak air masak, selain makanlah buah-buahan.Tak perlu buah-buahan yang mahal harganya, sebab buah-buahan tempatan juga menawarkan harga yang jauh lebih murah tak kurang khasiatnya. Bagi yang rasa tak suka minum air masak sebab ada yang kata rasanya 'pahit' mungkin idea menitiskan lemon boleh diguna pakai.

Selain itu bagus juga amalkan Performance Drink sebab ia buat kita tak mudah panas badan bila kurang air dan ulser mulut tidak mudah dapat. Sesuai untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak. Sesuai juga diambil untuk mereka yang menghidap diabetis. Jadi sesiap boleh minum !

Jika anda berminat, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my. Saya berada di Muar, tetapi saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia.

Monday, June 18, 2012

Tekanan Selepas Melahirkan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kisah 1
Ketika melahirkan Vivience Marcheline dan Knox Leon pada 2008 Angelina Jolie dilaporkan berada dalam keadaan tertekan dan letih sehingga sanggup menyembunyikan dirinya bersama-sama pasangannya, Brad Pitt. Beliau juga dilaporkan merasa sangat bimbang dengan kesihatan bayi kembarnya lalu sering menelefon doktor meminta kepastian.

Kisah 2
Bagi pemenang Oskar, Gywneth Paltrow pernah berkongsi pengalaman beliau menghadapi kemurungan selepas bersalin kepada pemberita tidak lama dulu."Saya berasa seperti zombie. Saya tidak tahu perasaan saya. Saya tidak faham emosi saya. Saya berasa asing. Saya rasa saya seorang ibu dan individu yang teruk,"

Pernah terbaca tak pengalaman selebriti dunia selepas melahirkan anak seperti di atas ?

Kisah-kisah di atas adalah episod-episod tentang kesan emosi yang dihadapi oleh si ibu selepas melahirkan terutama ketika dalam pantang dan selepas berpantang, dan masyarakat kita melihat ia sebagai 'meroyan'. Tapi bila sebut meroyan ia seolah-olah sesuatu yang menakutkan bukan sahaja bakal ibu tetapi juga wanita yang telah bersalin berkali-kali.  Jadi saya suka dengan term tekanan selepas melahirkan. 

Menurut pembacaan saya tekanan selepas melahirkan adalah perkara biasa terutama bagi mereka yang baru bergelar ibu, kerana secara fizikalnya ketika hamil bukan sahaja hormon estrogen dan progesteron yang berfungsi mengawal emosi dan buat ibu bahagia meningkat tetapi corticotrophin releasing hormone dan hormon kortisol yang bertindak mengawal stress juga meningkat. Walaubagaimanapun, hormon berkenaan akan turun mendadak selepas bersalin. 

Jadi ibu yang baru melahirkan bukan sahaja perlu menyesuaikan diri dengan perubahan hormon tersebut tapi dengan perubahan fizkal dan tanggungjawab. Kebanyakan tekanan tidak memerlukan rawatan cuma perlukan sokongan dari suami khasnya dan mereka yang 'hampir' dengan ibu, contohnya ahli keluarga dan teman-teman rapat.

Tetapi ia menjadi 'luar biasa' bila ibu semakin gagal mengawal emosi sehingga mahu mencederakan diri atau bayi sendiri. Jadi memang sesetengah kes memerlukan ubat dan rawatan dari doktor.

Secara peribadi perkara yang buat saya tertekan selepas bersalin bila mereka yang datang melawat memberitahu bahawa saya kelihatan begitu GEMUK! Bayangkan apa anda rasa bila yang datang berkata begitu. Padahal bukankah lumrah mereka yang baru lepas bersalin masih berisi. Sebab ketika hamil berat saya mencevah 80kg tau! Takkan lepas bersalin dua minggu terus kurus ke angka timbang bawah 60kg kan? Ditambah lagi dengan bayi yang kerap menangis malam.

Dalam bab ini memang 'salute' dengan Aishwarai Rai, beliau tak kisah pun dengan berat badannya selepas bersalin walau bekas RATU DUNIA, Malah tak kisah pun untuk berjalan di Red Carpet.Katanya, "semua orang menghadapi masalah untuk mengekalkan berat badan tak kira siapa dia, walaupun bekas Ratu Dunia sekalipun!" - Best jawapannya itu! Boleh Copy dan Paste jika orang bertanya tentang berat badan kita. He! He! He!

Sebagai seorang yang beragama Islam ibu perlu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah tak kira ketika hamil atau tidak. Berzikir, membaca Al-Quraan, memasang CD zikir-zikir dan bacaan Al-Quran wajar menjadi amalan walau bukan ketika hamil. Supaya kita dapat mendepani apa sahaja dengan jiwa penuh ketenangan. Dan pendapat peribadi saya semua ayat-ayat Al-Quraan punya mukjizat tidak tertakluk pada surah-surah tertentu untuk di amalkan ketika hamil.

Bercerita mengenai tekanan selepas bersalin ini, saya ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi mengenai kaitan antara RISIKO TEKANAN SELEPAS MELAHIRKAN dengan KEKURANGAN VITAMIN TERTENTU. Menurut kajian yang dijalankan oleh American Pregnancy Association 2011 menunjukkan bahawa risiko tekanan semasa dan selepas bersalin meningkat apabila wanita tidak mengambil kalsium, zat besi, asid folik dan asid lemak omega-3 secukupnya ketika hamil. Menurut kajian itu lagi, omega-3 bukan sahaja penting untuk penghasilan susuibu, perkembangan sistem saraf serta pengurangan risiko alahan bayi tetapi juga untuk kesihatan minda dan mood(angin) ibu.

Selama ini saya atau sebahagian dari kita hanya tahu ibu hamil perlu mengambil makanan berkhasiat dan biasanya kita dibekalkan vitamin oleh doktor bagi membantu memastikan ibu dan anak mempunyai bekalan darah yang mencukupi, manakala vitamin B dan vitamin C untuk imunisasi tubuh. Sesetengah doktor akan membekalkan Omega bagi membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan. Tak tahu pula ia baik untuk mengurangkan risiko depresi selepas bersalin.

Kerap kali saya di ajukan tentang vitamin yang boleh di ambil oleh ibu hamil, ia di terbahagi kepada 2 kumpulan mengikut usia kandungan. Pertama untuk ibu hamil termister pertama iaitu dari awal kehamilan hingga 4 bulan. Set yang dicadangkan adalah B compleks, vitamin C, multivitamin/Vitalea dan kalsium/ostematrix  :-


Kedua, bagi Termister Ke-2 iaitu kehamilan dari 4 bulan ke atas suplemen yang dicadangkan adalah sama seperti di atas cuma perlu tambahan Omega sahaja.
Dan tambahan dan sesuai diambil kedua-dua trismeter adalah :-
Apa istimewanya ESP ini ? Fungsi utamanya adalah untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protien yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. Selain itu ia juga dikatakan dapat membantu masalah hb rendah yang dihadapi sesetengah wanita hamil.

Berminat untuk mendapatkan vitamin ini ? hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
 

Friday, June 15, 2012

Gabungan Istimewa Vitamin E dan Ostematrix/Kalsium

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Malam tadi ibu atau bapa anda telefon dari kampung, bercerita tentang mereka selalu rasa sakit belakang*, lalu hujung minggu ni mungkin anda mahu pulang melawat ibu dan bapa ? Apa agaknya yang anda bawa untuk mereka ? Jika anda tercari-cari suplemen apa yang boleh diberi kepada mereka ? Saya cadangkan Vitamin E dan Kalsium/Ostematrix.

Vitamin E bukan saja sebagai agen antioksida, awet muda tetapi ia juga memainkan dalam mempertahankan fungsi otot dan saraf. Manakala Ostematrix bukan sahaja untuk tulang, tetapi ia punya peranan dalam membantu otot berfungsi dengan baik. Malah ia juga membantu untuk dapat tidur yang lebih nyenyak dan mudah untuk bangun pagi. Oleh sebab itu ia terbaik untuk mengurangkan sakit belakang*.

Selain itu bagi mereka yang kerap sakit tumit tak kira kiri atau kanan* juga boleh mencuba dua produk ini. Pengamalan secara konsisten akan nampak hasilnya.

Ia juga sesuai untuk kita hadiahkan kepada suami, sebab biasanya lelaki sukar mahu mengamalkan vitamin apatah lagi dalam jumlah yang pelbagai bukan ? Jadi dua jenis vitamin di bawah adalah cukup baik sebagai satu permulaan.
Mahu mencuba ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, June 14, 2012

Family Wellness

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Istimewa untuk seisi keluarga. Sebab kalau boleh kita nak seisi keluarga sihat dan ceria selalu. Tak mau lah kita aje yang sihat dan muda jelita, sedangkan ada ahli keluarga kita yang selalu tak sihat. Jika ada seorang yang sakit, rasanya macam kita juga akan sakit, terutama emosi. Jom cuba Familly Wellness di samping jangan lupa amalkan penjagaan kesihatan yang biasa kita amalkan.



Apa ada dalam Family Wellness ni ?

ESP : untuk bina dan perbaiki tisu sel.

Vitalea : multivitamin yang lengkap dengan formula zat besi. Pemakanan lengkap kepada sel.

Vitamin C : penting dalam imunisasi dan penyokong pembentukan kolagen.

B com : vitamin B yang lengkap dengan 8 kumpulan B. ia bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon. Juga penting dalam menyokong pembentukan kolagen.




Mahu dapatkannya ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, June 12, 2012

Tip Kesihatan Ketika Berpuasa

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ramadhan lama lagi la ! 
Mungkin itu yang anda fikirkan. Tapi sebenarnya tak sampai 2 bulan lagi pun. Sekarang ni pun ramai yang mengambil kesempatan untuk berpuasa sunat atau ganti puasa. Malah ada sebahagian kita mengamalkan puasa pada Isnin dan Khamis. Jadi tip ini adalah relevan sepanjang waktu.

Kat bawah adalah cara tip kesihatan serta suplemen yang boleh di ambil. Sebab berpuasa bukan bererti kita letih dan mengantuk selalu.

Pemakanan
  • Elakkan makan kanji (nasi) di waktu sahur. Gantikan dengan protein yang lebih mengenyangkan. Ini kerana protein akan dihadamkan menjadi asid amino dan salah satu dari asid amino tersebut iaitu 'tyrosine' dapat meningkatkan tenaga dan kesegaran mental
    Manakala kanji pula akan mengubah tahap 'serotonin' yang akan memberikan rasa tenang dan boleh menyebabkan rasa mengantuk. Contoh menu seperti sebiji telur, ikan, ayam dan sayur.
    Ataupun kita boleh memilih Energizing Soy Protein (ESP) dengan hanya mencampurkan dengan minuman kegemaran anda kecuali teh dan kopi dengan menggunakan air suam. Saya suka bersahur dengan ESP dan Performance Drink.



  • Tingkatkan pengambilan zat besi kerana wanita sentiasa kehilangan zat besi ketika haid. Zat besi penting sebagai komponen darah yang akan membawa lebih oksigen ke seluruh badan kita. Contoh hidangan adalah daging merah, hati dan limpa. 
    Jika keberatan untuk mengambilnya diawal pagi atau anda rasa tidak cukup sukatan zat besinya boleh ambil Vitalea Shaklee. Selain punya zat besi ia juga mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang penting dalam satu rumusan seimbang yang diperlukan oleh tubuh.
  • Elak makanan yang manis berlebihan kerana makanan ini akan meningkatkan tahap insulin dengan cepat dan menurunkannya dengan cepat yang mana kita mungkin mendapat tenaga segera dan kemudian pula akan merasa letih.
    Boleh juga mengambil Performance Drink (PD) yang mengandungi karbohidrat unik Shaklee yang diberi nama 'opticarb' yang memberi tenaga tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Ia juga sesuai di ambil oleh mereka yang punya diabetis.

    Foto dari member Shaklee
  • Elakkan minuman berkafein ketika sahur. Ia akan merangsang buat seketika akan tetapi setelah kesannya pudar, tenaga juga akan turut pudar. Selain itu, kafein juga akan menyebabkan kita kerap buang air kecil yang boleh menyebabkan kita kekurangan air.
  • Minum air yang secukupnya iaitu 3 liter air diantara waktu berbuka sehingga sahur.
Senaman
  • Senaman boleh meningkatkan pembakaran tenaga.
  • Melalui sumber internet yang saya dapat, senaman ringan di waktu tengahari supaya membantu meningkatkan metabolisme dan menghasilkan tenaga di waktu petang. Terpulang ikut keselesaan.
Rehat
  • Jika terlalu letih di waktu tengahari, kita boleh tidur sebentar tetapi jangan melebihi 20 minit jika tidak akan bertambah letih.
Vitamin Lain Yang Dicadangkan
  • Vitamin B yang dapat membantubadan dalam metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Vitamin C yang dapat membantu penyerapan zat besi selain agen antioksida yang baik disamping meningkatkan antibodi badan.

     Mahu dapatkannya, saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Keliru Memilih Set penyusuan ?

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Ramadhan sudah semakin hampir, lalu anda berhasrat untuk mengumpul stok susuibu sebab sesetengah orang akan menghadapi sedikit kekurangan pada hasil perahan. Ada sesetengah orang tidak mengalami masalah. Orang kata sediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik. Lalu anda mahu mencuba Set Penyusuan, tetapi tak tahu nak pilih mana satu. Sebab ada Set B, Set E, Set Eu For Pack dan Tripple M. 

"Kawan saya kata yang paling mahal itu yang bagus. Tapi saya tak punya baget yang banyak untuk membeli set penyusuan". 

Pesanan saya, kenalpasti apa yang kita perlukan sebenarnya,  kadang-kadang anda cuma memerlukan suplemen paling asas iaitu Set B yang terdiri daripada Vitalea/multivitamin, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa sahaja, sebab anda tak punya masalah penyusuan pun, cuma selalu tak sihat contohnya demam atau selsema yang silih berkunjung, atau mungkin ada hanya perlukan Set Eu Four You sebab kerap rasa penat hingga menjejaskan proses penyusuan.

Walaubagimanapun set penyusuan pilihan anda, paling penting anda kena memerah pada waktunya dan menyusukan bila bersama dengan anak. Bagi ibu yang direct feeding pula, susuilah bayi anda dengan kerap kerana ia membantu stimulasi pengeluaran susuibu. Sebab konsep asas penyusuan adalah supply dan demand, tanpa konsep itu tiada makna apa sahaja suplemen yang anda makan.

Kat bawah ini saya sertakan tip memilih Set Penyusuan :-

1. Set B
Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
Nota : Alfalfa membantu membantu menghasilkan susuibu dengan lebih cepat
Untuk Siapa ?
  • Ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan(sekali pam dapat 3oz lebih)
  • Ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bayi yang mempunyai masalah eczema
  • Ibu yang mahu kekal sihat dan cantik
  • Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu
Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan atau sedang berpantang disebabkan ada sesetengah bayi yang mengalami jaundice dan sesetengah bayi mengalami cirit birit 
2. Set Eu Four Pack
Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium 
Nota : Kalsium Shaklee di kenali dengan nama Ostematrix yang dilengkapi dengan kalsium, magnesium dan vitamin D

Untuk Siapa
  • Ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur.
  • Ibu yang hamil tetapi masih mampu menyusukan bayi (dengan nasihat doktor)
  • Ibu yang selalu cramp dan sakit belakang

3. Set E
Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
Nota : Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.

Untuk Siapa ?
  • Ibu yang sering keletihan melampau.
  • Ibu yang alah dengan susu lembu.
  • Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium
  • Ibu yang stress dengan kerja seharian.

4. Set 3M
Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP
Nota : ESP membantu pengeluaran susuibu dengan lebih cepat
3M sebab punya 3 suplemen yang bukan sahaja menambah zat pada badan ibu, tetapi juga membantu pengeluaran susuibu atau milk booster iaitu alfalfa,kalsium dan ESP
Untuk Siapa ?
  • Untuk ibu yang ada mengalami masalah penyusuan,maksud masalah penyusuan adalah :-
    • Tiada peningkatan pada kuantiti susuibu walau ibu telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3 litter sehari dan mengambil makanan seimbang.
    • Masalah hasil perahan lambat keluar
    • Peranan set ini adalah untuk membantu membaiki kekurangan  zat dari pemakanan yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Mempunyai stok susu yang sedikit
  • Untuk ibu yang baru mula nak menyimpan stok
  • Untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation
  • Ibu yang punya anak kembar 
Saya tertarik dengan testimoni di bawah ini : 
(* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut)


SET B
SET EU FOUR YOU


SET 3M 





Jika anda masih keliru, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my





Monday, June 11, 2012

ACE Macamana Ia Berfungsi ?

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Bila sebut antioksida mesti terbayang perkataan ACE bukan ? Bagaimana ia berfungsi ? Kat bawah ni saya kongsi tentang ACE hasil pembacaan.

Vitamin A - Ia mampu menutralkan radikal bebas dengan berkesan, kerana ia membantu melancarkan kitaran pertukaran dan penghasilan sel baru.

 
Vitamin C - Antioksida larut air yang paling banyak terkandung di dalam tubuh. Bertindak di dalam cecair selular. Ia melawan pembentukan radikal bebas yang disebabkn oleh pencemaran dan asap rokok. Vitamin C juga membantu mengembalikan bentuk aktif vitamin E. 
Pilih yang yang berlabel sustained release atau pelepasan masa iaitu ia akan release sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Ia juga tidak mengandungi pewarna dan perasa tambahan kerana ianya tidak mendatangkan kesan yang baik untuk tubuh kita.
Vitamin E - Antioksida larut lemak paling banyak terkandung dalam badan. Salah satu daripada antioksida yang paling berkesan memecahkan rantaian kimia akibat radikal bebas.Pilih yang bersifat semulajadi (ada di tulis pada botol bahagian label).
Pilihlah vitamin E yang dibekalkan dengan selenium. Ini kerana ia bersifat sinergistik iaitu diserap bersama, keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan satu sama lain.



Harap dapat membantu untuk anda buat pilihan. Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Saturday, June 9, 2012

Suplemen Selepas Bersalin/Ketika Berpantang

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Setiap masyarakat punya pengamalan berbeza tentang bagaimana berpantang. Tetapi yang pasti mana-mana masyarakat menekankan tentang makanan yang berkhasiat bagi ibu selepas bersalin. Namun terdapat kekangan dalam pemakanan, contohnya biasa wanita selepas bersalin tidak dibenarkan memakan makanan yang 'sejuk', berbisa, gatal dan sebagainya. Lalu suplemen digalakan untuk menampung kekurangan zat. Paling penting supaya cepat sembuh.
Vitalea/multivitamin
kerana didalamnya dilengkapi iron yang membantu mengatasi masalah kekurangan darah 
Zink
Ia berperanan mempercepatkan penyembuhan luka sama ada melalui proses bersalin normal atau C-Section.
Vitamin B
'B' bukan sahaja untuk beautiful tapi ia memberi ketenangan kepada ibu yang baru lepas bersalin
Vitamin C
mempercepatkan proses pemulihan luka



Saya tertarik dengan testimoni ini:
Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazinnapalil@yahoo.com.my

Friday, June 8, 2012

Sisi Lain Vitamin E Yang Kita Tak Tahu

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Biasakan kita dengar kenyataan begini :

"Makan vitamin E untuk awet muda"
"Vitamin E dan selenium membantu mengurangkan risiko kanser"
"Vitamin E membantu menangani jerawat"
"Vitamin E mempercepatkan proses penyembuhan luka"

Bagaimana pula dengan kenyataan ini :
"Vitamin E membantu menguruskan badan"

Pernah dengar ? Saya ambil sedikit dari blog perkongsian MommyLyna di http://vitaminsemulajadi.com/vitamin-e-untuk-kuruskan-badan/ Menurut University of Michigan Health System, vitamin E membekalkan kesihatan muskular yang penting dalam pembakaran lemak.

Sebenarnya Vitamin E membantu secara tidak langsung bagi mereka yang mahu menguruskan berat badan melalui senaman. Tak kiralah anda kaki gym ke, kaki jogging ke, kaki arobik ke, atau mungkin hanya melalui rutin mengemop, penyapu rumah. Jangan tak tahu dengan membersihkan rumah selama 1 jam mampu membakar 100-200 kalori.

Bercerita tentang Vitamin E untuk kurus, saya tertarik dengan testimoni customer Shaklee ini dengan salah satu vitamin yang di ambil ketika dalam pantang adalah vitamin E.
Anda mahu mencuba ? Boleh hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, June 7, 2012

Jangan Makan Manis-Manis, Nanti........

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Anda suka makanan manis ?

Dalam sehari berapa kali anda minum minuman manis ?

Kalau kat pejabat berapa kali anda keluar minum samaada pada waktu rehat atau bersama klien ? - kalau keluar minum takkan minum air kosong kan ?

Biasa sangat kita dengar suka makan dan minum manis-manis nanti kena kencing manis kan ? Pernah tak anda dengar suka makan manis-manis nanti jadi PELUPA ?

Sebab, menurut kajian penyelidik dari University California Los Angeles (UCLA), gula boleh mengurangkan daya ingatan kita, malah jika makan manis-manis dalam jangkamasa yang lama boleh mengubah keupayaan otak untuk belajar dan mengingati maklumat.

Walaupun kajian ini tidak dilakukan ke atas manusia, tetapi tikus dijadikan kajian dan tidak mengatakan kemungkinan yang berlaku kepada manusia, tetapi kajian ini membuktikan wujudnya kesan terhadap ingatan dan tubuh.

Melalui kajian itu, sekumpulan tikus dibahagikan kepada 3 kumpulan, diberikan senarai cecair dibawah sebagai minuman selama 6 minggu.

Melalui kajian yang dijalankan menunjukkan kumpulan tikus yang diberi fruktosa telah menunjukkan kesan gangguan insulin dalam keupayaan sel menggunakan dan menyimpan gula yang perlu untuk memproses ingatan dan emasi.
Melalui artikal yang saya baca ini menggalakkan peminat gula mengambil Omega dalam makanan bagi mengurangkan kemusnahan akibat gula ini. Omega boleh diperolehi tentunya dari ikan. Jika anda tak suka makan ikan, kata sesetengah orang ikan itu hanyir maka suplemen adalah pengganti ikan itu.

Saya petik kata-kata salah seorang penyelidik tersebut yang bernama Profesor Fernando Gomez-Pinilla "Penemuan kami menggambarkan apa yang dimakan memberikan kesan kepada pemikiran dan ingatan"
Jadi kalau tuan-tuan dan puan-puan selalu lupa-lupa, semak gaya pemakanan anda, banyakkah gula dalam makanan atau minuman kita, maka ambillah Omega jika rasa memang tak lalu dengan ikan.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Wednesday, June 6, 2012

Mengapa Antioksidan Dikaitkan Dengan Awet Muda ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Dialog pertama
"Cik nak minum apa, err... cik kan ?"
 Dialog kedua
"You buat apa dengan muka you ni, nampak awet muda betul la ! Share la sikit "

Lalu di jawab begini oleh si pulan.

Jawapan untuk dialog pertama :-
"Bukan cik, tapi mak cik! Saya nampak awet muda ke ?"

Jawapan untuk dialog kedua :-
"Ai makan vitamin antioksidan aje !"

Biasa tak dengar ayat begitu ? Atau kita pernah menuturkan salah satu dari ayat tersebut !?

Apamenda  vitamin antioksida tu ? Vitamin antioksida itu terdiri daripada vitamin E, C, A dan Selenium.

Apa kaitan antioksidan dengan awet muda ?

Mula-mula kena kena tengok apa itu radikal bebas, yang terjadi melalui sumber dalaman iaitu yang dihasilkan oleh tubuh ketika proses metabolisme biasa, ada kalanya sel sistem imun tubuh secara sengaja mewujudkan radikal bebas untuk meneutralkan virus dan bakteria. Sumber luaran pula contohnya faktor alam sekitar yang tidak bersih, asap rokok, makanan yang tidak sihat dan pendedahan terlalu lama kepada matahari.an cepat diubah menjadi sumber yang tidak lagi membahayakan tubuh. Sebenarnya ia tidak berbahaya tetapi, apabila radikal bebas sempat bertemu dengan enzim atau asid lemak tak tepu, ia merupakan petanda awal kerosakan sel lain dan menjemput pelbagai jenis penyakit sama.

Tengok pula antioksida ? Antioksida ini bertindak menuetralkan radikal bebas dengan 'mendermakan' salah satu elektronnya dan menamatkan tindak balas 'mencuri' elektron. Iyela dari biar orang mencuri, baik kita derma kan ? Jadi kesan 'pendermaan' ini tidak akan jadi radikal bebas kerana keadaannya begitu stabil dalam apa jua bentuk.

Shaklee di muar Azrinna-kiosk
Selain itu, Antioksida bertindak sebagai 'pemburu', membantu mencegah kerosakan selular dan tisu yang boleh membawa kerosakan sel dan penyakit. Ia juga menggalakkan pertahanan semulajadi melawan proses penuaan pra matang dan melanjutkan hayat.

Kat situ kita boleh kaitan dengan proses penuaan dan awet muda, proses penuaan ini adalah seperti kulit tidak lagi anjal, berkedut dan bintik-bintik pigmen kecoklatan di kulit. Secara semulajadinya manusia mengalami penurunan seiring dengan peningkatan usia akibat radikal bebas itu sendiri, ia tetap akan berlaku walau anda ambil vitamin antioksida, tetapi bezanya ia akan berlaku perlahan-lahan dan tidak secara drastik. Itulah yang dinamakan awet muda. Bukan bererti kita tak tua langsung dengan ambil vitamin antioksidan. Salah tu!


Vitamin antioksidan yang saya maksudkan adalah :-

Vitamin E & Selenium
Vitamin C
Corotomax @ Vitamin A
Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, June 5, 2012

1st Termister Pregnancy : Suplemen Apa Yang Sesuai ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Biasakan kita dengar orang hamil mengidam pelik-pelik ? Tahu tak punca salah satu mengidam pelik-pelik di sebabkan oleh kekurangan sesetengah jenis zat makanan, yang penyebab rasa mengidam.Contohnya jika mengidam mahu makan pasir, sabun ia seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam tubuh. Jika mahu makan coklat bermakna tubuh kekurangan mineral magnesium. Jika mahu makan daging menunjukkan tubuh kekurangan protein. Jika mengidam buah-buahan seperti pic atau lobak merah dalam kuantiti yang banyak bermakna tubuh memerlukan beta karotena.

Bagaimana pula jika morning sickness ? Ada pendapat mengatakan ia akibat kekurangan kalsium dalam badan si ibu atau bapa. Bapa ? Sebab ada sesetengah bapa yang mabuk teruk, tapi si ibu relax aje kan ? Jadi pastikan bapa juga mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi.

Sesetengah ibu yang sudah beberapa kali hamil akan kehilangan gigi. Orang tua kata gigi bagi kat anak. Betul ke ? Sebenanya kalsium yang diberikan pada anak tidak diganti oleh ibu melalui pengambilan kalsium yang mencukupi. Mahu ke kita belum berusia 40 tahun tapi dah kehilangan gigi ? Gigi bahagian depan pula tu ! Tak mahu kan ?

Banyak lagi simptom pelik-pelik yang bermula dari termister pertama kehamilan lagi. Jadi apa kata ibu yang hamil mengamalkan suplemen dari Shaklee seperti yang di bawah ini.

Vitalea @ Multivitamin
B Complex
Vitamin C
Ostematrix (Kalsium Magnesium)

Tapi kalau masih mengidam juga, mesti memang betul-betul mahukannya dan tidaklah mengidam yang pelik-pelik atau jika masih mabuk-mabuk juga, tidaklah sebegitu teruk

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...