Friday, May 4, 2012

Suplemen Apa Sesuai Ketika Cuaca Panas Luar Dan 'Berasap' Dari Dalam ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Cuaca yang panas membahang buat kita rasa perit kat kulit kita, walau pakai payung bagai. Tekak pulak rasa masih perit walau dah minum banyak sangat air. Bila dah cuaca kat luar panas, hati kita juga mudah betul rasa ‘panas’. Silap sikit aje mulalah rasa nak menjerit biar satu alam tahu kita sedang ‘panas’. Op! tidak menyentuh sesiapa, sebab itu adalah sebahagian ‘kehidupan’ saya atau....... Mungkin anda kot!

Bila menyentuh tentang perit akibat panahan sang mentari, cuba anda periksa, adakah kosmetik anda punya SPF? Nak share tentang perlunya SPF atau nama penuhnya Sun Protector Factor hasil pembacaan. Cahaya matahari menyimpan sinaran yang mampu merosakkan kulit, terutama pada waktu dari pukul 11 pagi hingga 5 petang(panas kan?). Sinaran yang merosakkan kulit terdiri daripada ultra unggu (UV), A, B dan C. Dalam kulit manusia, melanin adalah bahan aktif yang bertanggungjawab menyerap sinaran UV. Tapi amat sedikit dan melanin tak boleh bertindak bersendirian. Jadi kat sini pentingnya produk yang mengandungi SPF sebagai alat bantu untuk melanin ‘beraksi’. Contoh masa SPF melindungi kulit, jika selepas 20 minit berada kat bawah matahari kulit anda dah rasa sunburn maka penggunaan SPF anda cuma mampu melindungi kulit selama 40 minit sahaja. SPF15 pula mampu melindungi kulit selama 5 jam. Jadi, pilihlah produk yang ada SPF yang bersesuaian dengan anda. Jenama ? IKUT POKET ANDA!

Air! Air! Air! Sangat diperlukan oleh kita. Sebab 2/3 dari badan kita sendiri terdiri dari air. Mungkin anda kata dah minum banyak air tapi tekak masih terasa sakit. Apa kata anda mencuba Performance Drink. Produk paling popular dari Shaklee ketika bulan Ramadhan. Tekak tak rasa sakit lagi. Ia juga tidak akan mengubah kandungan gula dalam badan jadi sesuai untuk mereka yang menghidap diabetis. Jika ditanya produk apa lagi dari Shaklee yang dapat membantu mengurangkan ‘panas’ tu. Saya katakan ini :-


Vitalea + Vitamin B Complex + Vitamin C + 
GLA complex + Vitamin E

Cukup untuk kesihatan dalaman dan kulit yang MEMANG berada diluar. Mana ada kulit kat dalam pulak?!

Paling penting bagaimana kita menjaga spiritual kita agar sentiasa tenang. Cuba baca catatan Ibnul Qayyim ini;
"Manusia bukan sekadar tubuh, tetapi juga memiliki unsure-unsur mental dan spiritual. Ada penyakit-penyakit manusia yang tidak boleh disembuhkan oleh doctor. Oleh itu, terdapat penyakit-penyakit tertentu yang boleh disembuhkan dengan bersedekah, solat, taubat, puasa, berbuat baik kepada manusia dan sebagainya. Kita berulangkali mengamalkan cara-cara seperti ini dan terbukti membara manfaat yang tidak diperolehi daripada ilmu perubatan ilmiah"

Salam Jumaat dan saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...