Saturday, May 26, 2012

Penyakit Kronik : Adakah Diwarisi ?

Saya cukup tertarik dengan topik mengenai teori penyakit yang diwarisi ini, kerana latar belakang keluarga saya, dan saya lagi cukup bimbang dengan risiko penyakit kronik yang bakal anak saya warisi. Namun, artikel dalam Majalah Rapi yang bertarikh 1 Disember 2010 ini memberi sedikit kelegaan kepada saya. Jadi saya mahu berkongsi info mengenainya.

Menurut Dr Grace Judio-Kahl seorang Sarjana dalam bidang neurosains dan 'behaviour science' dari Klinik Shape-Up Indonesia mengatakan bahawa gen memang boleh diwarisi. Didalam gen mengandungi informasi genetik yang terlihat secara fizikal misalnya ketinggian dan yang tidak terlihat misalnya kecenderungan terkena penyakit tertentu. Walaupun penyakit boleh diwasiri, informasi genetik turut dipengaruhi oleh pesekitaran. bermaksud jika ibu bapa mempunyai tubuh yang tinggi belum tentu anak punya tubuh yang tinggi mungkin disebabkan pemakanan yang di ambil oleh parent dan anak berbeza. Begitu juga jika bapa punya penyakit kencing manis belum tentu ia akan diwarisi oleh anak.

Maksud persekitaran yang saya faham disini adalah bagaimana caa hidup kita. Contohnya adakah kita menitikberatkan pemakanan yang dapat mengurangkan risiko penyakit diwarisi ini ? Adakah kita punya kehidupan yang aktif ? Adakah kita selalu melakukan ujian kesihatan?

Jadi, masih ada peluang untuk kita kurangkan risiko dari dihidapi penyakit warisan yang kronik ini. Apa tunggu lagi, hari minggu mari kita penuhi agenda dengan bersenam dan bersihkan rumah-itupun gaya hidup aktif tau!

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...