Friday, May 18, 2012

Mengapa Protein Penting Kepada Fungsi Otak

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Saya rasa banyak betul saya berkongsi tentang protein dalam ESP yang sangat baik untuk menggalakan pertumbuhan sel baru dan untuk kulit yang cantik, ia juga dapat membantu mempercepatkan proses pengeluaran susuibu dan mesti diikuti dengan direct feeding dan mengepam sekurang-kurang setiap 3 jam sekali bukan ?

Kali ini saya mahu kongsi mengenai kepentingan protein untuk otak. Walau siapapun kita, amat penting untuk kita beri ‘makanan’ pada otak sebab setiap tindakan yang kita lakukan memerlukan kita berfikir sejenak walau berfikir mahu makan apa hari ini? Selalu kita dengar perkataan omega untuk otak, jadi hari ini mahu berkongsi hasil pembacaan saya tentang pentingnya protein untuk otak.

Hasil penyelidikan menunjukkan protein adalah komponen utama dalam sel otak. Pengambilan protein penting pada peringkat perkembangan otak yang pesat iaitu 2 tahun awal. Sebab itu kandungan susuibu pada awal kelahiran bayi mengandungi protein yang tinggi berbanding lemak. Apatah lagi jika anda melahirkan bayi pra-matang maka kandungan protein dalam susu anda lebih tinggi dari bayi yang dilahirkan normal. Itulah keistimewaanya susuibu, ciptaan Allah, anugerah yang diberi kepada ibu untuk bayi. Sebab apa protein penting pada awal kelahiran ? Sebab kekurangan tenaga protein pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak akan menjejaskan perkembangan mental dalam jangkamasa panjang.

Bagi kita yang dah menginjak usia dewasa ni, tetap perlukan protein, sebab bahan utama protein iaitu asid amino yang mempunyai peranan khas dalam fungsi otak. Asid amino 22 jenis, terbahagi kepada 2 iaitu asid amino perlu mempunyai 9 jenis dan asid amino tidak perlu mempunyai 13 jenis. Asid amino perlu  kita mesti  perolehi dari makanan sebab tubuh tak dapat hasilkan. Protein ini penting kerana ia pesat melalui batasan darah otak (selaput membrane) jadi tentu ia amat diperlukan oleh otak. Sesetengah asid lemak perlu ini pula digunakan sebagai pembawa maklumat otak pancar saraf yang mengawal kebanyakan fungsi otak seperti perasaan, hati, pengeluaran hormon dan cara tidur. Kesemua proses ini boleh mempengaruhi tingkahlaku kita pada persekitaran, proses kita mempelajari sesuatu atau melaksanakan tugas.
Kita boleh memperolehi sumber protein dari haiwan dan tumbuhan terutama kekacang dan biji-bijian. Walaubagaimanapun sumber protein ini akan menjadi semakin 'kekurangan' protein kerana melalui memasak. Biasa kita memasak perlukan makanan kita bukan. Sebab itu bagi mereka yang mencuba protein dari Shaklee samada ESP atau Mealshake anda digalakan membancuh minuman dengan air sejuk bukan dengan air panas mendidih.

Mahu cuba Shaklee ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...