Thursday, May 10, 2012

Makan Vitamin, Makin Banyak Jerawat Tumbuh

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Selalu saya terima komplen dari pembeli yang mengatakan sejak mengambil vitamin, muka jerawat makin banyak tumbuh. Mana taknya ambil suplemen mahu hilangkan jerawat, tapi makin banyak umpama cendawan lepas hujan pula. Hati mana tak rawan memikirkannya. Meh! nak kongsilah 2 sebab ni, mungkin anda salah seorang daripadanya. (1) Tak ada kena mengena dengan vitamin (2) Memang ada kena mengena dengan vitamin.

Mari tengok sebab pertama dulu, tak ada kena mengena dengan vitamin. Kadang-kadang pada minggu kita ambil vitamin kita tukar skincare atau mekap. Jadi kulit mungkin mengambil masa untuk sesuaikan diri. Atau mungkin kulit telah menunjukkan reaksi tidak sesuai dan kebetulan pada minggu itu pertama kali ambil vitamin. Mungkin juga selalu rajin cuci cadar dan sarung bantal, tapi akhir-akhir ni busy yang amat dengan exam atau aktiviti kolej, jadi - tak sempat cuci cadar. Di tambah lagi dengan badan berpeluh-peluh sebab bersukan atau balik dari kelas lalu merebahkan diri kat tilam. Memang heaven ! Anda bayangkan gabungan tak cuci cadar + berpeluh-peluh = agak-agak apa terjadi pada kulit ?

Sebab kedua, memang ada kait mengait dengan vitamin. Tapi bukan kesan sampingan tetapi ia dinamakan healing crisis. Begini konsepnya, vitamin terdiri dari bentuk yang pekat dan padat, sebab tu ia kecil sahaja. Contoh sebiji vitamin C bersamaan dengan 5 biji oren. Padat, pekat dan mampat kan ? Lalu badan memerlukan cecair untuk menyerap dan mengangkut keseluruh tubuh. Oleh itu kita perlu banyak minum air. Teorinya mudah, jika kurang minum air, mana vitamin yang badan tidak perlukan dan perlu dibawa keluar sepatutnya melalui urin, tidak keluar keluar melalui urin sebab badan kurang air. Jadi ia lalu jalan mudah, keluar lalu liang roma. Kesannya bukan setakat kulit muka berjerawat, tetapi belakang badan pula.

Jadi panduan dibawah harap dapat membantu bukan setakat mereka yang ambil suplemen untuk  mengatasi masalah jerawat, tetapi juga untuk yang lain-lain.
  • Minum air masak secukupnya. Cara mahu tahu cukup atau tidak adalah cara : setiap 25kg berat, anda memerlukan 1 liter air
  • Minum air kelapa muda seminggu sekali untuk proses detox sebab air kelapa muda ini mengandungi serat yang hebat.
  • Makan pelbagai jenis buah-buahan. Ia kaya dengan pelbagai vitamin dan serat
Mungkin ada yang bertanya perlu ke ambil buah-buahan sebab dah makan pelbagai suplemen ? Nama pun suplemen yang bererti pemakanan tambahan. Berfungsi mengisi ruang kosong kekurangan vitamin dan mineral yang ditinggalkan oleh makanan seharian kita. Jadi, siapa kata makan pelbagai vitamin tak perlu makanan berkhasiat ?

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...