Saturday, May 19, 2012

Mahu Kurangkan Jeragat ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Ketika usia remaja kita takutkan jerawat, menginjak usia dewasa jerawat sudah segan mahu tumbuh tapi jeragat pula tanpa segan silu datang bertandang. Kadangkala ia bertandang ketika hamil dan kekal disitu walau selepas melahirkan.Walaupun ia bukan penyakit yang perlu digusarkan tetapi ia kadang kala buat seseorang wanita itu menjadi tidak berkeyakinan, iyelah wanita mana yang tak mahu nampak cantik walau untuk kepuasan sendiri.

Saya juga menghadapi masalah jeragat ketika hamil. Jeragat muncul dibawah mata, sedikit ditepi mata dan sedikit di pipi. Walau selepas kelahiran ia kekal disitu. Walaubagaimanapun selepas mengenal Shaklee dan mengamalkan beberapa suplemen yang menjurus pada mengurangkan tompok-tompok coklat atau nama glomournya jeragat, nampak ada perubahan. Jeragat yang dibawah mata sudah lenyap. Di bahagian tepi mata dan sedikit lagi di pipi masih ada lagi walau semakin pudar. Alangkah bagusnya dari selepas bersalin saya mengenal suplemen untuk hilangkan jeragat ini dan konsisten mengamalkannya ?


Suplemen apa yang saya maksudkan ini ? 
Energizing Soy Protien.- untuk memastikan pertumbuhan sel sentiasa sihat dan berganti sebaik sahaja 21 hari.
Vitamin B dan C - B untuk 'beautiful' dan vitamin C untuk mengaktifkan fibroblast iaitu sejenis sel yang menghasilkan kologen. Semakin bagus kologen yang dihasilkan dalam tubuh maka semakin elok la kulit kita.
Vitamin E - sebagai antioksidan yang penting, anti penuaan dan membantu pengawalan pertumbuhan abnormal sel.
GLA - ia membantu keseimbangan hormon dalam badan kita- sebab selain faktor cuaca yang panas dan kulit terdedah tanpa perlindungan, ketidakseimbangan hormon juga adalah di antara penyebab jeragat

Entry upline saya semalam bercerita mengenai jeragat, menurut tulisannya Vitamin A juga membantu mengurangkan jeragat kerana ia berfungsi sebagai antioksidan yang penting selain anti penuaan dan membantu pengawalan pertumbuhan abnormal sel. Jadi selepas ini saya akan masukkan dalam 'menu suplemen' saya vitamin A atau dalam Shaklee ia diberi nama Corotomax.

Jadi saya ringkaskan suplemen yang perlu untuk mengurangkan jeragat.
ESP
Vitamin B
Vitamin C
Vitamin E
Corotomax
GLA

Bagi mereka yang kurang dari segi baget cukuplah sekadar konsisten dengan suplemen dibawah, yang penting konsisten.
ESP
Corotomax
Vitamin C
GLA

Selain itu penjagaan asas kulit yang sesuai dengan kulit amatlah perlu, seperti mencuci, toner dan pelembab. Juga dapatkan juga losyen SPF. Ada juga pelembab yang punya SPF sekarang ini, jadi terpulang pada pilihan anda. Bagi saya, ada ketikanya saya pakai pelembab yang punya SPF20PA, kadang-kadang SPF45PA, Kadangkala gabungkan kedua-duanya sekali. Bergantung kemana saya mahu keluar hari tu.
Bukan itu saja, sama macam guideline pengambilan suplemen untuk tujuan lain, pengambilan air yang mencukupi adalah sangat penting. 3 litter sehari.

Yang tak kurang penting adalah konsisten dalam pengambilan suplemen ini. Jika anda rasa mahu makan pada sesuatu hari anda makan, dan jika tak mahu, maka tak makan -MAKA- kemungkinan besar anda tidak akan mendapat kesan seperti apa yang anda mahukan. 

Berikan 90 hingga 120 hari untuk lihat kesannya, dan teruskan sehingga anda mendapat ton kulit yang sekata.Insyallah hasil konsisten anda akan berbalas.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...