Tuesday, May 1, 2012

Kurang Minum Air Punca Diabetis

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Menurut kajian terbaru, orang yang kurang minum air kurang dari 2 gelas setiap hai berisiko tinggi untuk mengalami kadar gula darah yang tinggi dalam tubuh. Kadar gula yang tinggi ini dipanggil pradiabetis kerana tidak cukup tinggi untuk dikategorikan sebagai diabetes.

Menurut kajian ini orang dewasa yang hanya minum setengah liter air atau sekitar dua gelas atau kurang setiap hari lebih mudah mengalami peningkatan kadar gula darah berbanding dengan mereka yang banyak minum air terutamanya air putih.

Adakah dengan minum air putih akan membantu merendahkan diri kepada risiko kadar gula darah yang tinggi? Sebenarnya sejenis hormon yang dikenali sebagai vasopressin atau hormon antidiuretik dikatakan memainkan peranan penting yang fungsinya mengatur retensi air tubuh. Ketika kita mengalami dehidrasi, kadar vasopressin meningkat dan menyebabkan ginjal untuk berjimat dalam penggunaan air.

Melalui kajian terbaru menunjukkan kadar vasopressin yang lebih tinggi ini juga boelh meningkatkan kadar gula darah. Reseptor vasopressin terdapat dalam hati iaitu organ yang bertanggungjawab untuk menghasilkan glukosa dalam tubuh.

Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa orang yang minum sekurang-kurangnya 17 auns air setiap hai berisiko 28 peratus lebih rendah menghadapi peningkatan kadar gula darah berbanding mereka yang minum kurang dari jumlah tersebut.

Sebenarnya TIADA HUBUNGAN yang kuat antara kemasukan air dalam tubuh dengan risiko diabetis, namun satu penjelasan untuk kaitan tersebut, tetapi satu penjelasan untuk kaitan tersebut iaitu sedikit minum air masak dan terlalu banyak minum minuman manis boleh mnyebabkan kenaikan berat badan serta mengganggu sistem gula darah.

(Sumber : Majalah Mingguan Wanita Disember 2011)

Jadi, apa salahnya minum air masak jadi satu amalan. Apatah lagi dengan cuaca yang panas terik akhir-akhir ini. Campurkan air masak anda dengan titisan lemon pun segar.

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...