Wednesday, April 25, 2012

Senaman Bukan Untuk Kurus Sahaja

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Suatu hari kita rasa bersemangat untuk bersenam. Mula-mula panaskan badan, lepas tu mulakan dengan berjogging keliling taman. Selepas itu lakukan senaman tubi pula. Fuh.... Penat! Penat! Pulang dari bersenam kita pun menimbang berat badan. Berapa berjaya diturunkan dengan menghabiskan 3 jam bersenam tadi. Sekali timbang...... langsung tak turun. Kita rasa frust!

"Esok malas aku bersenam lagi. Dah lah berat tak turun. Penat. Berpeluh-peluh pulak tu!"

Biasakan dengan dialog tu ? Mungkin anda, atau mungkin saya yang ucap dialog itu!?- Tak mustahil.
Sebab kita selalu set dalam minda bersenam untuk kurus ! Memang betul, bersenam membantu untuk kurus. Tapi kena lihat sejauh mana komitmen, konsisten kita melakukannya. Bagaimana lemak mahu 'cair' jika hanya melakukan senaman seminggu sekali, sedangkan kita makan hari-hari. Sudahlah makan yang berlemak lagi berkrim, duduk ditempat yang punya penghawa dingin pula tu! JAWAPANYANYA ? Sendiri mahu ingat!- Ingatan untuk diri sendiri jugak!


Image From Google
Apa makna kurus ? Kurus tu maknanya keadaan seseorang tu yang mempunyai kurang daging pada bahagian tubuhnya. Kurus bukan bererti melidi tapi berbadan sederhana, iaitu tidak gemuk tetapi tidak berlalu kurus. 

Kali ini saya menulis sekadar perkongsian ilmu hasil bacaan saya. Mudah-mudahan akan beri manfaat kepada anda dan juga saya, tentang FAEDAH BERSENAM SELAIN UNTUK KURUS!

  • Bersenam untuk meningkatkan kelenturan otot dan membina kekuatan otot, tulang dan sendi bagi mengurangkan risiko dari mendapat kecederaan. Kesannya ia membantu memperbaiki postur atau posisi tubuh dan dalam masa yang sama ia membantu mencegah sakit belakang. Senaman secara konsisten mampu meningkatkan kandungan mineral dalam tulang sekaligus membantu mengurangkan risiko mendapat osteoporosis.

  • Jantung dapat bekerja dengan lebih efisyen ketika kita bersenam. Secara tidak langsung kita dapat meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah. Apabila peredaran darah meningkat, kadar nadi turut meningkat yang akan membantu mencegah pengerasan arteri. Arteri yang keras atau tersumbat merupakan punca utama penyakit darah tinggi yang membawa kepada strok. Jadi risiko untuk mendapat sakit jantung juga rendah.

  • Meningkatkan kadar metabolisme badan sebab individu yang punya lebih banyak otot akan membantu mempercepatkan proses metabolisme badan berbanding dengan mereka yang banyak lemakiaitu pembakaran kalori

  • Menggalakkan keuapayaan badan untuk mengawal paras glukosa - Sebab itu bagi mereka yang menghidap diabetis digalakkan bersenam secara berkala. Bagaimanapun ikuti panduan dari doktor jika anda menghidap diabetis dan mahu mula bersenam.

  • Mengawal berat badan sebab dengan melakukan senaman yang berterusan serta konsisten dan pada yang sama mengamalkan diet yang seimbang sebagaimana yang tercatat dalam piramid makanan, ia dapat membantu mengawal masalah berat badan berlebihan. Apa itu piramid makanan ? Tengok gambar di bawah ni.

Image from Google

  • Mengurangkan tekanan (Stress) dan perasaan bimbang sebab bersenam mampu meningkatkan perasaan menghargai diri sendiri dan menjadikan seseorang itu lebih positif dan tenang dalam apa jua masalah yang mendatang.

  • Bagi wanita yang suka menjadikan senaman sebagai amalan, ia mampu mengurangkan simptom kesakitan prahaid dan ketika haid

  • Jika senaman dilakukan dengan konsisten, disertakan dengan makanan yang sihat, maka hasilnya otot akan terbina dan lemak dibakar setiap hari. Sebab proses metabolisme akan menjadi lebih tinggi jika badan punya otot lebih banyak dari lemak kesannya badan lebih segar sepanjang hari dan daya tahan penyakit juga terbina secara semulajadi.

Semuanya untuk kesihatan bukan ? Tapi seriously, untuk memulakan sesuatu senaman adalah sukar, TETAPI untuk mengekalkan momentum bersenam secara konsisten adalah lebih sukar. Jadi, memang perlukan keazaman yang tinggi selain memastikan makanan kita juga seimbang, baru boleh dikatakan senaman + makanan seimbang = sehati sejiwa.
Ingatan untuk saya juga sebab bila angin malas datang, mahu mengayuh basikal juga malas!

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...