Sunday, April 29, 2012

Resepi Pancake Oat Di Hujung Minggu

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Oat sejenis serat mudah larut yang mengandungi beta glucan yang membantu memerangkap tahap kolestrol dari makanan dalam saluran pencernaan dan dikeluarkan sebagai bahan buangan. Jadi ini bermakna tubuh hanya menyerap kolestrol yang sedikit sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Walaupun oat sebenarnya memang tinggi karbohidrat tetapi ia juga tinggi serat dan mempunyai glisemik indeks(GI) yang rendah. Sebab kebanyakan karbohidrat mengandungi kanji yang apabila dimetabolisma ia bertukar terus menjadi glukos. Apa itu GI ni ? GI ni mengukur kadar kecepatan kadar kenaikan glukos dalam darah apabila karbohidrat dihadamkan. Serat tidak dimetabolisma menjadi glukos dan GI  yang rendah akan menyebabkan kadar kenaikan glukos dalam proses penghadaman adalah lambat. Oat yang dimaksudkan adalah jenis rolled oat bukan oat hancur dalam minuman 3 dalam 1 dan sebagainya ye!
Bagaimana rupa rolled oat ni ? Tengok gambar bawah ni ?











 
 
Mungkin resepi dari oat di bawah boleh dijadikan menu sarapan yang lain dari lain dan menyihatkan untuk pagi minggu anda ni.Pagi ni saya nak share tentang pancake oat. Cek bahan-bahannya kat bawah.

Bahan A
Oat
Air
Susu segar
Kelapa parut (guna kelapa parut yang muda)
Baking powder (Secubit aje)
Garam secukup rasa
Mungkin perlukan sedikit air

Bahan B
Tepung gandum atau tepung kacang kuda
Mungkin perlukan sedikit air

Bahan C
Butter atau minyak jagung untuk menggoreng

(Tiada sukatan yang tepat. Semua saya main campak-campak sahaja)

Cara-caranya :-
Campur semua bahan A di atas termasuk garam secukup rasa. (Saya suka di blend sekejap. Tak perlu sampai halus. Bagi menghidap diabetis, adalah digalakkan untuk dijadikan resepi tanpa blend bagi mengelakkan GI menjadi lebih cepat dari biasa).Selepas itu masukkan sedikit tepung. Terpulang kepada anda samada mahu menggunakan tepung gandum atau tepung kacang kuda. Bagi mereka yang menghidap diabetis, better pilih tepung kacang kuda berbanding tepung gandum. Tujuan di campurkan tepung adalah supaya adunan jadi kental.Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Jika rasa terlalu pekat campur sedikit air.

Selepas itu letak sedikit butter atau minyak jagung di kuali leper. Lecerkan adunan nipis-nipis di kuali. Jangan tebal-tebal sangat, sebab nanti dalamnya macam tak masak. Goreng sehingga kekuningan. Makan ketika masih panas.





Sudah siap. Sedikit rentung ha!ha!ha!

Selamat mencuba !

Saya untuk dihubungi di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau telefon di 012-6816979

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...