Tuesday, April 17, 2012

Kulit Tampuk Manggis, Boleh Putih Melepak Ke Makan Shaklee ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


"Mahu putih melepak dengan Shaklee"

Jika ada pencarian unik di atas pasti akan mengundang senyum saya di remang mentari. Sebab penulis ini pun tidak putih, apa lagi melepak. Hanya sawo matang. Bagi saya kulit putih atau hitam tak penting, yang penting kita sihat, masih dapat menghirup udara setiap hari dengan rasa bahagia.  Kulit kita putih atau hitam adalah warisan genetik, jika tidak dari ibu bapa kita, mungkin dari datuk nenek atau moyang kita. Terima seadanya dan jagalah sebaiknya. Mungkin ada produk yang mampu buat anda cerah tapi tidak putih melepak. Kata orang kalau nak tahu 'sejauh' mana kulit boleh putih, cuba anda lihat di mana nadi tangan anda, dibahagian kulit itulah cerah kulit yang anda boleh perolehi.

Dari kita pening-pening memikirkan cara untuk putih melepak ada baiknya kita fikir untuk dapatkan tubuh badan yang sihat. Bagi melancarkan urusan harian kita. Melakukan amal ibadah dengan mudah. Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat sudah pasti dari apa yang kita makan setiap hari. Menu klise tapi benar yang biasa kita dengar adalah minum air masak 3 liter sehari, banyakkan makan sayuran dan buah-buahan. Sebab tubuh badan yang sihat akan membiaskan kulit tampil berseri. 

Bagi menampung kekurangan nutrisi dari makanan yang kita ambil, disinilah peranan suplemen diperlukan. Set kecantikan yang merangkumi Vitamin B, Vitamin C dan Vitamin E adalah antara yang popular, bukan untuk luaran tapi juga untuk kecantikan dalaman. Tetapi jika jerawat bertandang adalah elok seandainya disertakan dengan GLA. Bagi menghilangkan bekas jerawat yang berkampung itu ESP adalah jawapannya. Selain membantu menghilangkan bekas jerawat (jika diambil konsisten bersama aturan yang betul) ia dikatakan mampu memberi kecerahan kepada kulit. Kecerahan disini tidak bermaksud putih macam salji ye!

Bagi yang berjerawat, elak dari memijit jerawat sebab ia akan menyebabkan parut dan kulit gelap lebih terdedah untuk pembentukan keloids. Menurut pembacaan saya keloids adalah sejenis parut jerawat, tapi ia berbentuk gelembung. Ia bewarna lebih coklat dari kulit asal dan bertambah teruk jika anda berkulit gelap.

Senaman ini juga komponen penting bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan, tetapi untuk memiliki kulit sihat dan menawan. Senaman berkala membantu kulit tampil lebih anjal. Maka, jadikan senaman adalah rutin harian kita.

Bagi penjagaan luaran boleh gunakan pelembab, krim tabir suria, pencuci yang sesuai, penyegar. Jika anda kaki mekap boleh menusuri blog cara-cara bermekap untuk kulit gelap. Sebab saya tidak bermekap, jadi tidak boleh beri idea tentang mekap. 

Cerita tentang kulit tampuk manggis ni saya teringatkan pantun lama di bawah.

Hitam-hitam si tampuk manggis
Bunga kemuning gugur bunganya
Hitam-hitam kupandang manis
Putih kuning tiada gunanya

Mahu tahu lebih lanjut hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...