Friday, April 27, 2012

9 Makanan Terbaik Untuk Jantung

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penyakit koronari jantung (CHD) atau penyakit jantung kronik antara punca kematian terbesar di kalangan penduduk negara ini. Ia juga dikatakan sebagai pembenuh dalam senyap UTAMA seluruh benua di dunia menjelang tahun 2020. Salah satu cara untuk mengurangkan risiko adalah melalui pemakanan yang baik. Berikut adalah 9 makanan yang terbaik untuk jantung kita.

OAT
Mengandungi serat larut yang dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolestrol termasuk kolestrol LDL





IKAN
Sumber asid lemak omega 3 yang baik. Melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah



EPAL
Mengandungi quercetin yang bertindak sebagai anti radang dan membantu mencegah pembekuan darah. Mengandungi vitamin dan serat. Epal dikatakan membantu mengurangkan sehingga 50 peratus risiko penyakit jantung jika di ambil secara berterusan.


SOYA
Sumber protein yang baik bagi menggantikan daging merah


BIJIRIN PENUH
Mempunyai banyak vitamin dan serat yang membuatkan jantung kekal sihat. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti yang dihasilkan daripada bijirin penuh.


TOMATO
Ia kaya dengan vitamin dan lycopene iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam buah-buahan atau sayuran berwarna ungu, merah atau oren. Tomato terbukti membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.


SAYURAN HIJAU
Sayuran hijau bukan sahaja mengandungi vitamin E, malah turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila kita tua

MINYAK ZAITUN
Mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77 peratus membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dengan penurunkan paras kolestrol LDL

BADAM
Seperti kekacang lain ia mengandungi minyak yang menyihatkan, vitamin E dan bahan lain yang membantu mengekalkan paras kolestrol. Ia juga sumber yang baik untuk protein dan serat

Sumber : Majalah Rapi 1 Mei 2012

Saya untuk dihubungi di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau ditalian 012-6816979
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...