Monday, March 26, 2012

Tidak Bengkak Susu

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pernah tak ibu yang menyusukan bayi merasa tidak punya susu yang mencukupi sebab tidak pernah bengkak susu ? Sebelum tu kena tahu bagaimana bengkak susu itu berlaku dulu. Bila penghasilan susu telah diset mengikut jadual pam yang ibu sediakan dan badan sudah dapat menyesuaikan diri maka susu akan terbocor dan bengkak susu terjadi pada waktunya jika anda skip mengepam. Atau bayi anda menyusu setiap 2 jam sekali dan pada suatu ketika dia enggan menyusu pada tempoh waktu itu maka bengkak susu juga boleh terjadi. Saya juga mahu ingatkan amalan mengepam tidak konsisten akan beri signal pada otak bahawa susu semakin tidak diperlukan dan kesannya susu akan merundum

Mengikut pengalaman saya rasa 'excited' atau teruja terhadap sesuatu makanan kadangkala boleh buat bengkak susu. Jadi nikmati makanan kesukaan anda dengan penuh rasa teruja. Walaubagaimanapun jika makanan itu berkalori tinggi, terlalu manis nikmatilah berpada-pada. Begitu juga jika anda mengambil suplemen nikmati dengan rasa 'excited' tentang rasanya (jika anda ambil ESP, MealShakle atau PD lah ye !Jika ambil dalam bentuk tablet rasakan perbezaan kesihatan anda).

Apa kata rasa 'excited' itu kita panjangkan pada ruang lingkup kehidupan kita, perlu berfikiran positif dan bersikap happy selalu. Rasa tension, gagal untuk belajar bertenang akan mengganggu perjalanan penyusuan anda. Set kan dalam minda bahawa susu kita mencukupi untuk tumbesaran anak. Saya tak maksudkan happy sampai terlompat-lompat atau mengilai-ngilai pula. Cukup sekadar rasa bertenang selalu. Selain banyakkkan berdoa agar perjalanan penyusuan ini dipermudahkan, membaca Ya Mattin, Surah Waqiah setiap hari antara amalan ibu yang menyusu. Teringat kata-kata seseorang, bukan berdoa mahu susuibu melimpah ruah, tetapi dipermudahkan perjalanan penyusuan ini. Makna yang cukup mendalam pada saya.

Selain itu tidak perlu bandingkan hasil pengepaman anda dengan rakan-rakan anda. Jika hasil pengepaman anda banyak nanti timbul riak dalam sukma dan buat orang lain rasa tertekan dan jika sikit pula buat kita pula tertekan.

Seharusnya ibu harus bersyukur dengan hasil pengepaman sendiri walau tak semewah orang lain. Siapa tahu dengan susu yang tidak semewah orang lain anda mampu menyusukan bayi lebih dari dua tahun. Siapa tahu kan? Sebab secara peribadi saya menemui kes ibu yang mewah dengan hasil pengepaman tetapi mewah itu tidak bertahan lama kerana rasa terlalu banyak susu dalam peti beku lalu skip mengepam buat susu merundum. Walaubagaimana cerita saya ini bukan untuk menidakkan mereka yang mewah dengan susuibu ini. Tidak sesekali tidak. Cuma sekadar pengajaran agar tidak lalai untuk bersyukur dan mengepam walau stok susu terlalu banyak dalam peti beku. 

Jika anda mahu bertanya sila hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...