Monday, March 5, 2012

Tentang Rasa

Saya rasa tersentuh dengan cerita seorang sahabat yang suka berkongsi. Kongsi apa ni?
Tidak, saya maksudkan berkongsi kebaikan Shaklee dengan ibunya. Setiap kali beliau beli vitamin dia kan ke rumah ibunya dulu, lalu minta ibunya mengambil berapa banyak biji atau sukatan yang ibunya mahukan, sebelum dia ambil yang lebih.

Katanya mahu belikan full pack memang jauh dari kemampuan, jadi caranya adalah berkongsi. Katanya dia mahu ibunya juga sihat macam dia rasa. Ibunya paling suka dengan Energizing Soy Protein (ESP), mungkin sebab faktor usia buat ibunya rasa mudah untuk menikmatinya selain rasanya yang sedap.

Walau dalam diam beliau percaya ibunya rasa gembira dengan pemberiannya itu. Tidak mampu memberikan hadiah yang mahal-mahal beliau percaya apa yang dilakukannya hari ini lebih bernilai.

Saya percaya hasil perkongsian itu juga beri dia dan suami rezeki yang sentiasa melimpah ruah. Rezeki bukan bererti wang ringgit dan harta, tapi kebahagian, kesihatan juga adalah rezeki yang selalu kita lupa.

Ia juga satu ingatan buat saya, tentang pemberian yang kita nampak kecil sebegitu sebenarnya amat dihargai oleh ibu kita. Tapi jika kita mampu juga beri intan permata apa salahnya berikan juga dia kebaikan suplemen untuk meniti usia emas.

Salam Ketemu Lagi

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...