Thursday, March 29, 2012

Sebab Apa ESP Popular ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bila ada yang bertanya, apa rasa ESP ni ? strukturnya halus. Pada saya kurang rasa soya. Tiada gula tambahan dan rasanya memang tawar. ESP dihasilkan dari kacang soya yang tidak bersifat GMO iaitu bukan organisma yang diubah secara genetik. Selain itu ia dicuci dengan air bukan alkohol bagi mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin bagi membolehkan kita menikmati manfaatnya untuk kesihatan.

Cara penyediaannya mudah hanya bancuh dengan air sejuk atau suam. Boleh dipelbagaikan cara untuk menikmati contohnya sirap bandung ke, aiskrim ke... Asal tidak dengan air panas, kopi dan teh. Secara peribadi saya hanya bancuh dengan air sejuk saja untuk menikmati. Manakala anak saya suka bancuh bersama PD, katanya ada rasa oren! Asal bahagialah nak.... Oh! Ye seawal usia setahun setengah kanak-kanak sudah boleh nikmati ESP kecuali sukatannya adalah berbeza dengan orang dewasa.

Bagi ibu yang menyusukan anak, ESP membantu mempercepatkan penghasilan susuibu dengan syarat ibu KONSISTEN dan RAJIN MENGEPAM ! Bagi ibu yang tidak menyusu ia membantu memperbaiki sel yang rosak atau mati dengan menggantikan dengan sel yang baik bagi membantu tubuh menyerap vitamin yang kita perolehi dari suplemen atau makanan. Selain itu ia membantu menghaluskan kulit, menghilangkan parut, merapatkan pori kulit dan membantu mengatasi kulit kusam jika diambil secara berterusan.


Bagi anda yang bergelar penuntut, ESP yang mengandungi 9 asid amino mempunyai peranan khas dalam fungsi otak untuk mengawal kebanyakan fungsi otak seperti perasaan, hati, pengeluaran hormon dan cara tidur. Kesemua proses ini jika terganggu boleh mempengaruhi tindakbalas tingkahlaku pelajar dan proses pembelajaran. Bukankah 8% dari otak manusia mengandungi protein ?

Bagi mereka yang berniat untuk diet, boleh bancuh 1-2 sudu ESP untuk sarapan pagi. Sepanjang pengalaman saya jika saya minum pukul 7 pagi bersama dengan sedikit sarapan, kadang-kadang hanya 2-3 keping biskut, akan rasa lapar semula sekitar pukul 11 pagi. Maka tidak perlulah makan pagi pada pukul 9.30 pagi.

Bagi yang mahu tahu lagi mengenai ESP boleh hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...