Sunday, March 18, 2012

Mengidam Makanan Pelik-Pelik

Pernah tak dengar orang mengidam nak makan pasir ke, sabun ke ? Mesti pernahkan ? Tak pun entah-entah kita yang mengalami sendiri. Persoalannya adakah perlu dilayan?

Apa punca yang menyebabkan rasa mengidam tu ? Melalui pembacaan saya setakat ini, punca utama rasa mengidam itu masih tidak dapat dikenal pasti dan masih menjadi tanda tanya. Tetapai kebanyakkan pakar pemakanan beranggapan faktor hormon dan kekurangan sesetengah jenis zat makanan mungkin menjadi penyebab rasa mengidam.Contohnya jika mengidam mahu makan pasir, sabun ia seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam tubuh. Jika mahu makan coklat bermakna tubuh kekurangan mineral magnesium. Jika mahu makan daging menunjukkan tubuh kekurangan protein. Jika mengidam buah-buahan seperti pic atau lobak merah dalam kuantiti yang banyak bermakna tubuh memerlukan beta karotena.

Selain itu kehamilan yang ditanggung mungkin mendorong seseorang wanita untuk mengalami kemurungan, lalu mengidam makanan tertentu sebagai respon terhadap kemurungan atau rasa tertekan itu. Kalau kita sedang berada dalam kemurungan pun akan ambil makanan itu ini sebagai alasan tension kan ?

Pada pendapat saya jika makanan itu SELAMAT untuk dimakan, makan sahaja dengan senang hati. Tetapi jika yang kita idam bukan makanan, cuba kita alihkan rasa mengidam pelik-pelik itu kepada aktiviti lain yang boleh melupakannya. Contohnya dengan menonton wayang, window shopping, lakukan aktiviti fizikal dan yang dibenarkan oleh doktor dan sebagai orang Islam tentunya mengingati Allah melalui mengaji, berzikir dan solat sunat adalah sangat perlu.

Walaubagaimanapun jika makanan yang kita idam memang selamat tetapi tidak elok diambil berlebihan contohnya terlalu manis atau masin, berkalori tinggi dapatkan ia dalam saiz yang kecil bagi elak berlebihan.

Namun pada saya yang paling penting adalah sokongan moral suami untuk membantu isteri menghadapi 'perang' emosi yang selalu berubah-ubah sewaktu hamil. Jadilah teman isteri yang paling rapat bagi elakkan isteri menjadikan makanan sebagai sahabat baik termasuk yang bukan makanan pun dijadikan makanan. Eh! Bukan ke suami patut jadi teman baik tak mengira waktu, tak kira ketika hamil atau tidak ?

Memang ada suplemen untuk ibu hamil, contohnya Vitalea, Ostematrix, Vitamin B, ESP, Vitamin C dan Omega bagi menampung kekurangan zat dari makanan yang diambil tetapi pemakanan harian juga amat penting sebab bukan ke namanya pun suplemen.

Mahu tahu lebih lanjut hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...