Thursday, March 15, 2012

Antara Clog Ductus dan Mastitis Mana Lagi Sakit !?

Sila abaikan tajuk di atas, sebab hakikatnya kedua-duanya adalah sakit ! Bagi ibu yang menyusukan bayi perkataan Clog Ductus dan Mastitis saya percaya biasa bermain diminda. Adakah ia sama cuma nama sahaja berlainan ?! Atau bagaimana! Secara umum ia adalah sama iaitu melibatkan kesakitan kepada ibu yang menyusu, tetapi simptom keduanya adalah tidak sama.

Saya mahu kongsi tentang Clog Ductus dan Mastitis hasil pembacaan saya yang diharapkan dapat membantu para ibu atau bakal ibu. Walaubagaimana ia bukan mewakili pendapat mereka yang arif ye!

Tanda-tanda duktus tersumbat bila terdapat benjolan bengkak di bahagian penyusuan yang diikuti rasa sakit. Punca Clog Ductus biasa terjadi disebabkan oleh penghasilkan susu yang banyak berbanding yang susu yang disalirkan keluar. Maksudnya dalam kata lain susu yang dihasilkan tidak dihisap oleh bayi atau dipam secara efektif. 

Pengalaman saya cara untuk menangani Clog Ductus adalah dengan mengepam kemudian 'memaksa' bayi anda menghisap bahagian mana yang mengalami Clog Ductus itu. Pendapat saya cara hisapan bayi adalah lebih efektif berbanding penggunaan pam. Walaubagaimanapun saya akan pam terlebih dahulu sebelum disua kepada bayi bagi mengelakkan bayi 'terlebih beban kerja' yang boleh menyebabkan bayi mengamuk. Selain itu tuam dengan tuala suam juga membantu. Pengambilan vitamin yang serap dalam lemak seperti vitamin E dan Lecithin membantu 'memecahkan' susu yang terkumpul itu.

Tanda-tanda Masistis pula bahagian penyusuan akan jadi merah berkilat. Sakit ? Memanglah teramat sangat dan saya difahamkan untuk angkat tangan pun adalah sukar. Selain itu ia diikuti rasa seram sejuk, sakit kepala, suhu badan yang melebihi 38.5 darjah F, keletihan dan selsema.Mengapa selsema ketika Masistis ? Keadaan ini berlaku bermula apabila susu yang terlalu banyak dihasilkan terpaksa disalirkan ke tisu sekitar, dan badan kita menyangka susu itu sebagai protein asing lalu sistem imuniti badan bertindak melawannya.

Antara punca Masistis adalah dari Clog Ductus sendiri yang dibiarkan berterusan. Selain itu nipple yang luka juga menjadi punca kesan dari pelekapan ketika menyusukan bayi yang tidak betul.Cara terbaik mengatasinya adalah berjumpa dengan doktor dahulu bagi elak sesuatu yang lebih teruk Secara peribadi tiada pengalaman kena Mastitis.

Samada Clog Ductus atau Mastitis tetap sebahagian dari perjalanan breastfeeding yang kena dilalui bagi ibu yang menyusukan bayi. Tiada jalan mudah. Saya percaya bila bayi semakin besar perjalanan akan menjadi semakin mudah. Walaupun saya terlibat dalam dunia breastfeed, untuk melakarkan ia dalam bentuk tulisan tanpa ada pertanyaan adalah agak sukar bagi saya.
Terima kasih kepada yang bertanya.

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...