Thursday, March 29, 2012

Cawangan Shaklee Yang Sah

Jika anda berhampiran dengan cawangan  Shaklee boleh dapatkan produk di alamat dibawah. Untuk pengetahuan pembaca blog ini, Shaklee tiada stokis ye!


Ibu Pejabat Shaklee Malaysia
Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Telefon :603-5622 3188
Fax : 603-5622 3199

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam

 KL Branch 
 31 Jalan 2A/27A Section 1 Wangsa maju Setapak, KL.
 No tel 03-41426442
Hubungi :
Ida ( Penyelia Cawangan)
Waktu perniagaan
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m
  Penang Branch
A-2 Jalan Todak Pusat Bandaraya Seberang Jaya , Perai.
No tel 04-3974325

Hubungi : Cannie Teoh
(Penyelia Cawangan)

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m
 
Ipoh Branch
32 Medan Istana 1 Bandar Ipoh Raya , Ipoh .
No tel 05-2418260

Hubungi : Eunice Lau
(Penyelia Cawangan)

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m
 
 Johor Bahru Branch
14 Jalan Molek 1110 Taman Molek , JB.
No tel 07-3525188

Hubungi : Fiona Chow
(Penyelia Cawangan)

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


Kota Bharu Branch
319 Section 25 Bandar Kora Bharu Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.
No tel 09-7478688

Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m

 Kota Kinabalu Branch
Lot 7, Ground Floor Wisma Damai Jalan Damai Luyang Kota Kinabalu.
No tel 088-272087

Hubungi : Amir Bin Kissi
(Penyelia Cawangan)

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m

Hubungi saya untuk maklumat lanjut ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sebab Apa ESP Popular ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bila ada yang bertanya, apa rasa ESP ni ? strukturnya halus. Pada saya kurang rasa soya. Tiada gula tambahan dan rasanya memang tawar. ESP dihasilkan dari kacang soya yang tidak bersifat GMO iaitu bukan organisma yang diubah secara genetik. Selain itu ia dicuci dengan air bukan alkohol bagi mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin bagi membolehkan kita menikmati manfaatnya untuk kesihatan.

Cara penyediaannya mudah hanya bancuh dengan air sejuk atau suam. Boleh dipelbagaikan cara untuk menikmati contohnya sirap bandung ke, aiskrim ke... Asal tidak dengan air panas, kopi dan teh. Secara peribadi saya hanya bancuh dengan air sejuk saja untuk menikmati. Manakala anak saya suka bancuh bersama PD, katanya ada rasa oren! Asal bahagialah nak.... Oh! Ye seawal usia setahun setengah kanak-kanak sudah boleh nikmati ESP kecuali sukatannya adalah berbeza dengan orang dewasa.

Bagi ibu yang menyusukan anak, ESP membantu mempercepatkan penghasilan susuibu dengan syarat ibu KONSISTEN dan RAJIN MENGEPAM ! Bagi ibu yang tidak menyusu ia membantu memperbaiki sel yang rosak atau mati dengan menggantikan dengan sel yang baik bagi membantu tubuh menyerap vitamin yang kita perolehi dari suplemen atau makanan. Selain itu ia membantu menghaluskan kulit, menghilangkan parut, merapatkan pori kulit dan membantu mengatasi kulit kusam jika diambil secara berterusan.


Bagi anda yang bergelar penuntut, ESP yang mengandungi 9 asid amino mempunyai peranan khas dalam fungsi otak untuk mengawal kebanyakan fungsi otak seperti perasaan, hati, pengeluaran hormon dan cara tidur. Kesemua proses ini jika terganggu boleh mempengaruhi tindakbalas tingkahlaku pelajar dan proses pembelajaran. Bukankah 8% dari otak manusia mengandungi protein ?

Bagi mereka yang berniat untuk diet, boleh bancuh 1-2 sudu ESP untuk sarapan pagi. Sepanjang pengalaman saya jika saya minum pukul 7 pagi bersama dengan sedikit sarapan, kadang-kadang hanya 2-3 keping biskut, akan rasa lapar semula sekitar pukul 11 pagi. Maka tidak perlulah makan pagi pada pukul 9.30 pagi.

Bagi yang mahu tahu lagi mengenai ESP boleh hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, March 26, 2012

Tidak Bengkak Susu

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pernah tak ibu yang menyusukan bayi merasa tidak punya susu yang mencukupi sebab tidak pernah bengkak susu ? Sebelum tu kena tahu bagaimana bengkak susu itu berlaku dulu. Bila penghasilan susu telah diset mengikut jadual pam yang ibu sediakan dan badan sudah dapat menyesuaikan diri maka susu akan terbocor dan bengkak susu terjadi pada waktunya jika anda skip mengepam. Atau bayi anda menyusu setiap 2 jam sekali dan pada suatu ketika dia enggan menyusu pada tempoh waktu itu maka bengkak susu juga boleh terjadi. Saya juga mahu ingatkan amalan mengepam tidak konsisten akan beri signal pada otak bahawa susu semakin tidak diperlukan dan kesannya susu akan merundum

Mengikut pengalaman saya rasa 'excited' atau teruja terhadap sesuatu makanan kadangkala boleh buat bengkak susu. Jadi nikmati makanan kesukaan anda dengan penuh rasa teruja. Walaubagaimanapun jika makanan itu berkalori tinggi, terlalu manis nikmatilah berpada-pada. Begitu juga jika anda mengambil suplemen nikmati dengan rasa 'excited' tentang rasanya (jika anda ambil ESP, MealShakle atau PD lah ye !Jika ambil dalam bentuk tablet rasakan perbezaan kesihatan anda).

Apa kata rasa 'excited' itu kita panjangkan pada ruang lingkup kehidupan kita, perlu berfikiran positif dan bersikap happy selalu. Rasa tension, gagal untuk belajar bertenang akan mengganggu perjalanan penyusuan anda. Set kan dalam minda bahawa susu kita mencukupi untuk tumbesaran anak. Saya tak maksudkan happy sampai terlompat-lompat atau mengilai-ngilai pula. Cukup sekadar rasa bertenang selalu. Selain banyakkkan berdoa agar perjalanan penyusuan ini dipermudahkan, membaca Ya Mattin, Surah Waqiah setiap hari antara amalan ibu yang menyusu. Teringat kata-kata seseorang, bukan berdoa mahu susuibu melimpah ruah, tetapi dipermudahkan perjalanan penyusuan ini. Makna yang cukup mendalam pada saya.

Selain itu tidak perlu bandingkan hasil pengepaman anda dengan rakan-rakan anda. Jika hasil pengepaman anda banyak nanti timbul riak dalam sukma dan buat orang lain rasa tertekan dan jika sikit pula buat kita pula tertekan.

Seharusnya ibu harus bersyukur dengan hasil pengepaman sendiri walau tak semewah orang lain. Siapa tahu dengan susu yang tidak semewah orang lain anda mampu menyusukan bayi lebih dari dua tahun. Siapa tahu kan? Sebab secara peribadi saya menemui kes ibu yang mewah dengan hasil pengepaman tetapi mewah itu tidak bertahan lama kerana rasa terlalu banyak susu dalam peti beku lalu skip mengepam buat susu merundum. Walaubagaimana cerita saya ini bukan untuk menidakkan mereka yang mewah dengan susuibu ini. Tidak sesekali tidak. Cuma sekadar pengajaran agar tidak lalai untuk bersyukur dan mengepam walau stok susu terlalu banyak dalam peti beku. 

Jika anda mahu bertanya sila hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, March 22, 2012

Diari Kurus Saya : Mahu Kurus Dapat Cun !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sungguh perasan tajuk di atas! Tidak dinafikan. Sebenarnya saya mahu cerita tentang pengambilan Omega dan Alfalfa untuk menghapuskan lemak berkrim.

Antara kesan awal yang saya rasakan dengan pengambilan 3 biji Omega dan Alfalfa 2 biji sehari (Herbalax saya belum ambil lagi setakat saya menulis ni) adalah haus sangat-sangat. Lalu mahu minum dan minum air sebanyaknya. Tentang selera makan pula ? Bila sudah minum banyak air maka selera untuk makan semakin kecil. Bukan langsung kita tak de selera ye! Hilang nikmat hidup!

Selain itu, sesuatu yang saya perasan tentang bintik-bintik putih yang tumbuh disekeliling mata, memang tak banyak cuma ada sebiji dua sahaja, tetapi sejak ambil Omega ia hilang. Melalui pembacaan saya salah satu sebab mengapa bintik putih itu tumbuh adalah kerana kandungan kolestrol yang banyak dalam badan kita, tidak semestinya anda kurus anda tiada kolestrol! Bermakna saya ada banyak kolestrolkah?! ~ Sendiri kena jawab.

Faktor kedua disebabkan penggunaan pelembab muka yang tidak sesuai, contohnya menggunakan pelembab muka lalu disapu juga disekeliling mata. Jadi jika mahu menggunakan pelembab untuk mata pastikan ia adalah dicipta KHAS UNTUK MATA, selain pastikan ia sesuai dengan kulit mata. Sebab sesetengah orang adalah sangat alah dengan pelembab yang agak berminyak lalu tumbuh biji-biji putih keliling mata.

Bila di tanya, saya sudah kuruskah ? Alamak! Saya tidak mahu menghilangkan 10kg pun. Cuma mahu kurangkan barang 2 hingga 3 kilo sahaja. Lagipun baru mencuba untuk minggu kedua. Nanti saya akan catatkan diari ini selepas 90 HARI.

Melalui pembacaan saya yang mahu saya kongsi adalah pengambilan Omega juga bagus untuk kulit. Menurut Pakar Dermatologi Yale Nicholas Perricon MD mengatakan Omega 3 bertindak menyuburkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan dan menjadikan kulit lebih muda dan gebu. ~ Ini saya belum termasuk dalam golongan ini.

Mahu kurus dapat hilang bintik-bintik putih dan kulit gebu. Bukankah tajuk di atas Mahu Kurus Dapat Cun ?

Mahu maklumat lanjut hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, March 20, 2012

Suplemen Untuk Sakit Tumit

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Pernah tak ada mengalami sakit tumit ? Samaada tumit kanan atau kiri atau kedua-dua sekali. Sakit bukan ? Mahu berjalan berjengkit-jengkit. Memang cukup terasa bila bagnun dari tidur atau apabila anda duduk dan mahu berdiri. Tu belum lagi kesakitannya kadang-kadang sampai ke pinggang. Secara peribadi setakat ini saya mengalami sakit tumit sebanyak dua kali. Pertama ketika selepas bersalin dan kedua beberapa bulan yang sudah. Melalui pembacaan saya salah satu punca sakit tumit adalah kurang kalsium. Ditambah habit kita wanita yang suka pakai kasut tumit tinggi. Ehem!~Salah seorang darinya.

Lalu saya mengambil kalsium Shaklee yang diberi nama Ostematrix yang semua orang tahu kalsium bagus untuk tulang. Ia bukan sekadar mengandungi kalsium, tetapi juga Vitamin D dan Magnesium bagi membantu penyerapan dengan lebih baik selain untuk mengelakkan berlaku masalah kepada pengamalnya pada kemudian hari seperti penyakit batu karang atau buah pinggang. Pengambilan harus 4 biji sehari bagi mereka yang mengalami sakit tumit ye!

Selain itu pengambilan Vitamin E juga perlu. Eh! Tapi tidak perlu ambil 4 biji juga. Cukup sebiji sehari. Selalu kita dengar dan baca Vitamin E baik untuk jantung, kulit bagi awet muda dan selesaikan masalah jerawat, tetapi ia melangkaui semua tu sebenarnya. Vitamin E ni bagus untuk membaiki peredaran darah selain dapat mengendurkan otot yang kekejangan sebab itu ia bagus untuk mereka yang punya masalah sakit tumit.

Walaubagaimanapun, pengambilan haruslah konsisten untuk 90 hingga 120 hari untuk nampak kesannya. Sebab sel-sel 'sakit' dalam badan kita memerlukan masa untuk bertukar ganti kepada sel yang sihat bagi menerima suplemen yang di ambil lalu bagi 'memperbaiki' apa yang sakit dengan izin Allah.Selain itu saya juga pergi berurut mana tau ada 'simpulan' urat kat kaki yang buat saya berjalan jengkit-jengkit. Memang rasa selesa. Tak kiralah anda mahu berurut dengan bidan ke atau di spa. Secara peribadi saya lebih suka berurut dengan bidan. Serius!


Bagi anda yang sedang menghadapi masalah yang pernah saya hadapi dan mahu tahu lebih lanjut boleh hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, March 18, 2012

Mengidam Makanan Pelik-Pelik

Pernah tak dengar orang mengidam nak makan pasir ke, sabun ke ? Mesti pernahkan ? Tak pun entah-entah kita yang mengalami sendiri. Persoalannya adakah perlu dilayan?

Apa punca yang menyebabkan rasa mengidam tu ? Melalui pembacaan saya setakat ini, punca utama rasa mengidam itu masih tidak dapat dikenal pasti dan masih menjadi tanda tanya. Tetapai kebanyakkan pakar pemakanan beranggapan faktor hormon dan kekurangan sesetengah jenis zat makanan mungkin menjadi penyebab rasa mengidam.Contohnya jika mengidam mahu makan pasir, sabun ia seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam tubuh. Jika mahu makan coklat bermakna tubuh kekurangan mineral magnesium. Jika mahu makan daging menunjukkan tubuh kekurangan protein. Jika mengidam buah-buahan seperti pic atau lobak merah dalam kuantiti yang banyak bermakna tubuh memerlukan beta karotena.

Selain itu kehamilan yang ditanggung mungkin mendorong seseorang wanita untuk mengalami kemurungan, lalu mengidam makanan tertentu sebagai respon terhadap kemurungan atau rasa tertekan itu. Kalau kita sedang berada dalam kemurungan pun akan ambil makanan itu ini sebagai alasan tension kan ?

Pada pendapat saya jika makanan itu SELAMAT untuk dimakan, makan sahaja dengan senang hati. Tetapi jika yang kita idam bukan makanan, cuba kita alihkan rasa mengidam pelik-pelik itu kepada aktiviti lain yang boleh melupakannya. Contohnya dengan menonton wayang, window shopping, lakukan aktiviti fizikal dan yang dibenarkan oleh doktor dan sebagai orang Islam tentunya mengingati Allah melalui mengaji, berzikir dan solat sunat adalah sangat perlu.

Walaubagaimanapun jika makanan yang kita idam memang selamat tetapi tidak elok diambil berlebihan contohnya terlalu manis atau masin, berkalori tinggi dapatkan ia dalam saiz yang kecil bagi elak berlebihan.

Namun pada saya yang paling penting adalah sokongan moral suami untuk membantu isteri menghadapi 'perang' emosi yang selalu berubah-ubah sewaktu hamil. Jadilah teman isteri yang paling rapat bagi elakkan isteri menjadikan makanan sebagai sahabat baik termasuk yang bukan makanan pun dijadikan makanan. Eh! Bukan ke suami patut jadi teman baik tak mengira waktu, tak kira ketika hamil atau tidak ?

Memang ada suplemen untuk ibu hamil, contohnya Vitalea, Ostematrix, Vitamin B, ESP, Vitamin C dan Omega bagi menampung kekurangan zat dari makanan yang diambil tetapi pemakanan harian juga amat penting sebab bukan ke namanya pun suplemen.

Mahu tahu lebih lanjut hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my. 


Thursday, March 15, 2012

Antara Clog Ductus dan Mastitis Mana Lagi Sakit !?

Sila abaikan tajuk di atas, sebab hakikatnya kedua-duanya adalah sakit ! Bagi ibu yang menyusukan bayi perkataan Clog Ductus dan Mastitis saya percaya biasa bermain diminda. Adakah ia sama cuma nama sahaja berlainan ?! Atau bagaimana! Secara umum ia adalah sama iaitu melibatkan kesakitan kepada ibu yang menyusu, tetapi simptom keduanya adalah tidak sama.

Saya mahu kongsi tentang Clog Ductus dan Mastitis hasil pembacaan saya yang diharapkan dapat membantu para ibu atau bakal ibu. Walaubagaimana ia bukan mewakili pendapat mereka yang arif ye!

Tanda-tanda duktus tersumbat bila terdapat benjolan bengkak di bahagian penyusuan yang diikuti rasa sakit. Punca Clog Ductus biasa terjadi disebabkan oleh penghasilkan susu yang banyak berbanding yang susu yang disalirkan keluar. Maksudnya dalam kata lain susu yang dihasilkan tidak dihisap oleh bayi atau dipam secara efektif. 

Pengalaman saya cara untuk menangani Clog Ductus adalah dengan mengepam kemudian 'memaksa' bayi anda menghisap bahagian mana yang mengalami Clog Ductus itu. Pendapat saya cara hisapan bayi adalah lebih efektif berbanding penggunaan pam. Walaubagaimanapun saya akan pam terlebih dahulu sebelum disua kepada bayi bagi mengelakkan bayi 'terlebih beban kerja' yang boleh menyebabkan bayi mengamuk. Selain itu tuam dengan tuala suam juga membantu. Pengambilan vitamin yang serap dalam lemak seperti vitamin E dan Lecithin membantu 'memecahkan' susu yang terkumpul itu.

Tanda-tanda Masistis pula bahagian penyusuan akan jadi merah berkilat. Sakit ? Memanglah teramat sangat dan saya difahamkan untuk angkat tangan pun adalah sukar. Selain itu ia diikuti rasa seram sejuk, sakit kepala, suhu badan yang melebihi 38.5 darjah F, keletihan dan selsema.Mengapa selsema ketika Masistis ? Keadaan ini berlaku bermula apabila susu yang terlalu banyak dihasilkan terpaksa disalirkan ke tisu sekitar, dan badan kita menyangka susu itu sebagai protein asing lalu sistem imuniti badan bertindak melawannya.

Antara punca Masistis adalah dari Clog Ductus sendiri yang dibiarkan berterusan. Selain itu nipple yang luka juga menjadi punca kesan dari pelekapan ketika menyusukan bayi yang tidak betul.Cara terbaik mengatasinya adalah berjumpa dengan doktor dahulu bagi elak sesuatu yang lebih teruk Secara peribadi tiada pengalaman kena Mastitis.

Samada Clog Ductus atau Mastitis tetap sebahagian dari perjalanan breastfeeding yang kena dilalui bagi ibu yang menyusukan bayi. Tiada jalan mudah. Saya percaya bila bayi semakin besar perjalanan akan menjadi semakin mudah. Walaupun saya terlibat dalam dunia breastfeed, untuk melakarkan ia dalam bentuk tulisan tanpa ada pertanyaan adalah agak sukar bagi saya.
Terima kasih kepada yang bertanya.

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, March 12, 2012

Meal Shakle dan B Complex Kesukaan Ibu Ini

Saya satu pertanyaan dari seorang ibu yang menyusukan bayinya secara tandem bersama seorang kanak-kanak yang berumur dua tahun. Ceritanya selalu keletihan kerana punya 5 orang anak selain sibuk dengan tugas seorang guru. Lalu bertanya kepada saya suplemen apa yang baik untuk ibu yang menyusu tetapi tidak memerlukan banyak vitamin dalam bentuk pil.

Lalu saya cadangkan untuk ambil Meal Shakle dan vitamin B. Mengapa Meal Shakle dan Vitamin B ? Sebab Mealshake adalah multivitamin beserta iron dalam bentuk susu yang mudah diminum beserta minuman kegemaran kita kecuali air kopi dan teh. Tetapi 'big no' untuk air panas. Gunakan sahaja air suam atau sejuk. Selain itu Meal Shakle juga mengandungi 70 peratus protein yang amat diperlukan untuk seorang ibu yang menyusukan bayi sebab sebahagian besar komposisi susuibu adalah terdiri dari protein yang penting untuk membentuk otot dan tisu badan bayi. Selain itu pengambilan protein yang mencukupi membantu pengeluaran susuibu dengan lebih cepat, disertai dengan pengepaman mengikut jadual. Bagi bayi pula ia membantu meningkatkan berat badan bayi.Vitamin B pula amat diperlukan untuk buat ibu rasa lebih bertenaga serta membantu beri rasa lebih tenang kepada si ibu. Rasa bertenaga dan bertenang dapat membantu ibu meneruskan misi penyusuan yang pada saya bukan mudah dan bukan calang-calang orang mampu melakukannya.

Beberapa minggu yang sudah ibu ini menghubungi saya bercerita tentang 'rasa happy sangat-sangat' nya. Tiada lagi keletihan. Masistis ! Alamak saya ni rasa gembira ke apa bila sebut masistis ni. Mood saya berada dipersimpangan. Sebab baca perkataan Mastitis tu! Saya akan ulas tentang Mastitis pada lain entry.

Selain itu ibu ini juga bercerita tentang 'perkongsian' MealShakle dengan anak-anaknya. Mari ikuti :-
Menarikkan ? Suplemen yang dikongsi oleh seisi rumah ? Jika anda mahu tahu lebih lanjut hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, March 5, 2012

Tentang Rasa

Saya rasa tersentuh dengan cerita seorang sahabat yang suka berkongsi. Kongsi apa ni?
Tidak, saya maksudkan berkongsi kebaikan Shaklee dengan ibunya. Setiap kali beliau beli vitamin dia kan ke rumah ibunya dulu, lalu minta ibunya mengambil berapa banyak biji atau sukatan yang ibunya mahukan, sebelum dia ambil yang lebih.

Katanya mahu belikan full pack memang jauh dari kemampuan, jadi caranya adalah berkongsi. Katanya dia mahu ibunya juga sihat macam dia rasa. Ibunya paling suka dengan Energizing Soy Protein (ESP), mungkin sebab faktor usia buat ibunya rasa mudah untuk menikmatinya selain rasanya yang sedap.

Walau dalam diam beliau percaya ibunya rasa gembira dengan pemberiannya itu. Tidak mampu memberikan hadiah yang mahal-mahal beliau percaya apa yang dilakukannya hari ini lebih bernilai.

Saya percaya hasil perkongsian itu juga beri dia dan suami rezeki yang sentiasa melimpah ruah. Rezeki bukan bererti wang ringgit dan harta, tapi kebahagian, kesihatan juga adalah rezeki yang selalu kita lupa.

Ia juga satu ingatan buat saya, tentang pemberian yang kita nampak kecil sebegitu sebenarnya amat dihargai oleh ibu kita. Tapi jika kita mampu juga beri intan permata apa salahnya berikan juga dia kebaikan suplemen untuk meniti usia emas.

Salam Ketemu Lagi

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...