Wednesday, February 22, 2012

Sesuatu Untuk Kaki Sentap

Setiap pagi saya akan ambil vitamin B bersama Vitalea selepas sarapan. Saya suka ambil Vitamin B pada waktu pagi kerana ia akan memercikkan tenaga dan 'semangat baru' pada permulaan hari. Tak mahu letih-letih atau malas-malas.

Secara peribadi saya juga biasa mengambil vitamin B lebih dari sebiji sehari. Paling banyak adalah 5 biji sehari tetapi mesti diikuti dengan pengambilan air yang banyak dan tidak di ambil vitamin B itu sekaligus. Vitamin B biasa menjadi teman ketika melakukan tuga-tugas berkaitan perakaunan, terutama ketika mahu menyudahkan laporan beraudit syarikat. Sebab apa saya memilih untuk mengambil lebih Vitamin B ? Sebab utama vitamin B mudah hilang dari badan apabila kita berada dalam keadaan penat dan tertekan, jadi kesan kekurangan vitamin B buat kita cepat letih, pemarah dan sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara yang ingin kita lakukan. Kira macam vitamin penenang dan 'happy'.

Bercerita tentang menenangkan, bagi mereka yang 'kaki sentap' adalah amat sesuai mengamalkannya. Walau maksud sentap dalam kamus Dewan adalah menyentap menarik kuat-kuat (dgn tiba-tiba), meragut: ~ nyawa mencabut nyawa, menyebabkan mati (dgn serta-merta), tapi saya maksudnya 'sentap' dalam bahasa double meaning adalah rasa merajuk, suka marah-marah,kecewa, cepat terasa dan sewaktu dengannya.

Selain itu pengambilan air masak yang banyak bagi 'kaki sentap' adalah amat perlu, selain untuk memastikan Vitamin B yang di ambil dapat menyerap sepenuhnya, ia juga mampu 'menyejukkan' perasaan yang mudah panas. Bukankah sifat air itu menyejukkan lagi menenangkan? Bukan itu sahaja, pengambilan Wuduk ketika berada dalam keadaan sentap mampu melegakan. Alang-alang sudah Berwuduk lakukan solat sunat disamping doa agar memperolehi ketenangan walau apa jua yang datang merintangi kehidupan. Kita bukan manusia jika tiada apa yang merintangi perjalanan kehidupan kita.

Saya percaya disamping berusaha mengamalkan vitamin, sentiasa di samping DIA adalah sesuatu yang menenangkan. Bagi anda yang bukan Islam, saya percaya anda juga punya cara mengikut agama anda sendiri untuk mencari ketenagan.

Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang vitamin B boleh hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email sahaja di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...