Monday, February 27, 2012

Saya Hilang Selera Nak Makan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pernah tak anda kena ulser dalam mulut ? Tapi bunyi macam menakutkan, jadi saya suka panggil 'mata ikan'. Faktor cuaca panas dan kadang kala saya sendiri kena ingatkan diri sendiri untuk minum air masak dengan banyak.
Bila dah ada ulser dalam mulut, makan pun tidak berselera. bibir pun terasa menggelupas dan pedih. Mahu minum air masak pun terasa pahit. Mahu bercakap pun terasa malas. Bila sakit begini walau sikit, terasa alangkah berharganya menikmati makanan. Terasa mahalnya harga sebuah kesihatan. Seingat saya hanya bubur nasi sahaja yang mampu ditelan. Makanan pedas memang big no ! Masakan selesa bila perut lapar, orang kata mata dan perut lapar, tapi mulut kenyang.(peribahasa apakah ini?)

Lalu Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink (PD) menjadi 'santapan', apalagi masa ni semua vitamin saya 'rehatkan' seketika kecuali Vitamin C. ESP ni mampu mengenyangkan, menyediakan tenaga berkekalan, membantu menahan rasa lapar kerana ia adalah bekalan sumber tenaga yang konsisten.

Manakala PD yang mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membantu badan saya bekalkan tenaga serta merta walau tak selera makan. Ia membantu tubuh kita beri tenaga berterusan. Ia juga membantu menyeimbangkan kandunga air dalam badan.

Vitamin C pula membantu memulihkan luka-luka kat dalam mulut dan bibir. Saya rehatkan semua vitamin sebab kesukaran untuk menjamah makanan, bukankah vitamin perlu di ambil selepas makan ? Selain itu pengamalan vitamin perlu dilengkapi dengan pengambilan air yang banyak sekurang-kurangnya bersamaan dengan 2 botol besar air mineral sehari.

Alhamdulillah selepas empat hari ulser sembuh. Rasa bersyukur sangat sebab boleh kembali menikmati makanan dan minuman dengan selesa, selain tidak menjadi berat mulut. Sesungguhnya bila kita diuji dengan kesakitan walau sedikit mengajar kita untuk bersyukur dan menjaga kesihatan sebaiknya demi sebuah kehidupan yang bahagia.

Saya untuk dihubungi di 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...