Friday, February 24, 2012

Persoalan Tentang Vitamin B

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertama kali saya mencuba B complex adalah tiga tahun lepas. Ketika itu ada dua persoalan yang bermain dalam fikiran saya. Mungkin juga persoalan ini turut bermain di fikiran anda yang baru pertama kali mencuba Vitamin B complex Shaklee. 

Persoalan Pertama
Mengapa vitamin B berbau semacam termasuk bila kita lepaskan urin turut bau B complex serta berwarna kekuningan?
  • Vitamin B berbau disebabkan ia vitamin B lengkap yang mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan serta dihasilkan dari sumber asli tanpa perisa dan pewarna.
  • Bau semacam itu juga adalah juga disebabkan Thiamin iaitu salah satu komponen dalam vitamin B. 
  • Selain itu Vitamin B Complex juga adalah vitamin larut air, oleh sebab itu urin anda berbau serta kekuningan. 
  • B complex adalah vitamin larut air, oleh kerana itu urin akan bertukar warna. Bertenang!
  • Cara untuk mengurangkan bau adalah dengan menyimpan vitamin B dalam peti sejuk. Bagi selain meminum air masak lebih banyak bagi mengurangkan bau dan warna kekuningan B complex pada urin.
Persoalan Kedua
Betulkah Vitamin B buat bertambah lapar? Pertama kali kita kena tahu salah satu fungsi B Complex adalah untuk membantu badan metabolisme kan karbohidrat, lemak dan protein menjadi tenaga. Mungkin ada benarnya kita jika kita mudah rasa lapar, walaubagaimanapun melalui pembacaan saya jika kita mudah rasa lapar walaupun baru lepas makan, apa kata kita minum air masak. 

Tetapi jika selepas 5 minit masih terasa lapar bermakna kita memang benar-benar perlukan makanan. Sebab tubuh badan kita sebenarnya gagal untuk mengenal rasa lapar atau haus. Bagi anda yang kerap rasa lapar boleh cuba petua ini. Jika merasa lapar ambillah makanan dalam kuantiti yang kecil. Adalah lebih baik ambil makanan yang berserat seperti roti atau biskut berserat atau buah-buahan.

Jadi jika anda berhajat mahu mencuba B complex jangan takut dengan benda-benda di atas, kerana ia bersifat sementara. Oleh itu adalah penting mencari sedikit ilmu sebelum memulakan pengamalan suplemen dan tidak sekadar mengikut!

Mahu maklumat lanjut hubungi saya di talian 012-6816979 atau email noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...