Wednesday, February 29, 2012

Makanan Untuk Otak

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ketika menunggu masuk Subuh pagi tadi saya sempat belek sebuah buku hasil tulisan Doktor Tuah Iskandar yang bertajuk Membina Imaginasi Cermelang, berkenaan makanan untuk minda. Sumber utama yang disebut dalam buku itu adalah zat besi, omega, protein dan iodin. Bila berbicara tentang makanan untuk otak mesti ramai yang terbayang, hanya untuk mereka yang bergelar pelajar. Kan ? Hakikatnya setiap kita memerlukan otak untuk berfikir sejenak, walau mungkin sekadar berfikir mahu makan apa hari ini. Apatah lagi kita memerlukan otak untuk berfikir bagi menyelesaikan dalam setiap permasalahan dalam hidup yang memerlukan segala aspek timbang tara.

Bila cerita tentang makanan untuk otak teringat saya ketika masuk ke pejabat selepas dua bulan cuti bersalin. Saya lupa bagaimana mahu menyudahkan satu tugasan. Padahal itu adalah tugas yang saya buat hari-hari. Dua bulan cuti saya 'hilang ingatan'. Melalui pembacaan baru saya tahu masalah pelupa selepas bersalin adalah perkara biasa dan keadaan ini akan pulih tiga bulan selepas bersalin. Tapi tak best kan, asyik-asyik lupa! dan Lupa! Ketika itu saya tidak mengenal Shaklee lagi, tapi beli juga Omega brand lain. Tapi bila dah kenal Shaklee saya setia dengannya, sebab vitamin Shaklee adalah dari sumber asli, paling mudah tengok dalamnya tiada silica. Kan?

Oh! melalui pembacaan, saya mahu berkongsi untuk memastikan otak yang dapat menghasilkan minda cermelang antara tip yang boleh diamalkan adalah cuba bertenang menghadapi apa-apa permasalahan hidup, bersenam seadanya, solat termasuk dalam kategori ini, selalu menghirup udara segar, jangan marah-marah nanti cepat tua sebab marah selalu buat orang bertindak tidak rasional, kurangkan mengumpat, selalu baca buku motivasi.

Apa lagi ? Emm....Saya percaya anda pernah membaca tip di atas atau mungkin anda tahu tentang banyak perkara lagi, yang penting kita tahu dan kita amalkan.

Jika anda ada pertanyaan, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...