Wednesday, January 25, 2012

Minuman Waktu Aktif Dan Ceria Saya

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jalan-jalan ketika cuti-cuti Tahun Baru Cina kadang kala bukan sahaja buat anak-anak lupa minum air masak, tetapi kita sendiri lupa. Mungkin terlalu seronok atau takut mahu ke 'bilik kecik' sahaja. Saya mahu berkongsi tentang PERFORMANCE DRINK (PD) dari Shaklee. Sebenarnya PD sama tapi tak serupa dengan air isotonik biasa kerana ia mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehydration tetapi ia ada ciri lain yang tidak ada pada air isotonik yang membolehkan kanak-kanak yang berumur setahun setengah ke atas boleh mengambilnya, terutama ketika demam. Tengok kat bawah ciri unik Performance Drink ini :-
  1. Tidak bergas
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina
  3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  4. Sesuai juga untuk ibu mengandung dan menyusukan bayi 
  5. Sesuai juga untuk penghidap diabetis kerana ia tidak menganggu kestabilan gula dalam darah. 
Selepas penat berbasikal, saya dan anak juga suka mengambil Performance Drink sebab ia dapat mengurangkan rasa letih selepas bersenam. Ditambah lagi akhir-akhir ini cuaca dah terasa bahang kepanasannya walaupun masih awal pagi.
Bagaimana mahu menyediakannya ? Mudah sahaja, tuangkan air masak atau sejuk ke dalam gelas atau jag kemudian curahlah PD ke dalamnya mengikut selera kita mahu pekat atau cair. Kadangkala saya juga perahkan sedikit lemon untuk rasa yang lebih segar. pastikan anda simpan PD dalam peti sejuk dan gunakan sudu yang kering bagi elak ia berketul.
Catatan Saya :-
Telefon : 012-6816979
Email : noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...