Thursday, January 26, 2012

Keajaiban Kolostrum - Hanya Untuk Bayi Kita


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kolostrom juga dikenali sebagai 'cecair emas' kerana warnanya kekuningan yang berfungsi sebagai pembekal imuniti pada seluruh tubuh anak anda. Ia membuat tubuh anak anda kebal dari serangan virus, bakteria dan kuman yang berada diudara sebaik sahaja dilahirkan. Kolostrum dihasilkan dipertengahan kehamilan. Sifatnya pekat dan bertukar warna daripada jernih hingga kekuningan. Jumlahnya tidak banyak hanya sekitar 20-30ml sahaja sebelum air susu matang terhasil pada hari ke-3 atau ke-4. Oleh sebab itu ibu mesti perasan ketika selepas melahirkan terutama mereka yang baru bergelar ibu (termasuk saya) amat bimbang sebab tiada susu. Pada hakikatnya ada susu tapi dalam bentuk kolostrum.

Jom saya kongsi hasil pembacaan saya mengenai kandungan zat dalam kolostrum sehingga ia digelar 'cecair emas' :-
  • Tinggi Protein, vitamin larut lemak(ADEK), zink dan sodium
  • Rendah laktosa (4%), lemak dan vitamin larut air (vitamin B kompleks dan Vitamin C)
  • Tinggi vitamin K, penting bagi mengelak HDN (Haemorhagic Disease of Newborn)
  • Imunoglobulin (SigA) yang tinggi
  • Imunisasi pasif pertama bayi
  • Pelawas 'laxative' yang menggalakkan pembuangan mekonium dan mengelakkan bayi daripada dijangkiti Jaundis Neonate
  • Mempunyai faktor 'bifidus' bagi menggalakkan pembiakan kiloni 'Laktobacillus Bifidus' yang akan membantu mengelakkan pembiakan koloni patogen E-Coli.
  • Mempunyai enzim lipase, laktase, lisozim dalam keadaan aktif
  • Mempunyai anti oksida dan beta karotena yang penting untuk pembiakan sel-sel tubuh
  • Kolostrum yang terhasil adalah berbeza di antara bayi yang matang dengan pramatang. Sebab kolostrum yang terhasil untuk bayi pramtang mengandungi protein yang tinggi, Imunoglobulin igA, laktoferin dan rendah laktosa. 
Hakikatnya penyusuan ibu bererti ibu perlukan ilmu yang berterusan sebagai motivasi diri untuk terus berikan yang terbaik untuk anak.


Catatan Saya
telefon : 012-6816979
email :noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...