Sunday, January 8, 2012

Histamine


Pernah tak anda dalam sebulan paling tidak seminggu anda 'di serang' selsema ? Mesti anda rasa tidak selesa dengan hidung tersumbat, berair dan mahu bernafas pun sukar.
Tahukah anda yang selsema berkait rapat dengan histamine? Ia berada dalam kulit samada luaran atau dalaman seperti dalam hidung atau tekak. Ia sentiasa berada dalam kerongsong yang dipanggil mast cell. Bila mast cell ini dirangsang histamine akan keluar ke sekeliling kawasan bahagian kulit itu.
From:google
  Ini pula bentuk mast cell yang mengandungi histamine di dalamnya.
From : google
Histamine dari mast cell berfungsi untuk mencegah jangkitan kuman dan menyembuhkan luka-luka. Tetapi apabila mast cell dirangsang dengan banyaknya histamine akan keluar ke sekitarnya dan membuatkan saluran darah mengembang. Kesannya kulit tersebut jadi bengkak dan gatal lalu terjadinya bersin, gatal, berair dan tersumbat.
Oleh kerana selsema disebabkan oleh bahan histamine yang terkeluar dari mast cell maka anti-histamine diperlukan untuk merawat selsema. Antihistamine ini berfungsi untuk menghalang histamine yang terkeluar dari mast cell dari terus bertindak.
Salah satu vitamin yang bersifat anti-histamine melalui pembacaan saya adalah Vitamin C.

Telefon : 012-6816979
Email: noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...