Wednesday, January 11, 2012

Berbahayakah Terlebih Ambil Vitamin ?

Saya pernah beritahu seorang kawan bahawa saya kadangkala akan makan lebih dari sebiji vitamin B Comleks Shaklee ketika menjelang kesibukan membuat tugas-tugas berkaitan perakaunan dan audit. Lalu kawan saya berkata 
"Janganlah amalkan makan vitamin banyak-banyak, Bahaya tau!"

Persoalannya, benarkah?

Sebelum itu kita kena tahu jenis vitamin apa yang mahu kita makan. Samada vitamin itu jenis larut air atau lemak. Vitamin larut air ini tidak disimpan lama dalam badan dan ia perlu diganti setiap hari. Vitamin larut air adalah vitamin B dan C. Ia tidak berbahaya walau di ambil berlebihan kerana ia akan keluar bersama urin sekiranya tubuh cukup vitamin tersebut dan tidak memerlukan vitamin ini. Asalkan pengambilan air masak yang mencukupi iaitu 3 liter sehari.

Manakala vitamin larut lemak adalah vitamin E, A, D dan K. Ia boleh di simpan dalam badan dalam tempoh yang lebih lama. Oleh sebab itu ia tidak boleh di ambil melebihi dos yang ditetapkan. Contohnya vitamin E sukatan yang diperlukan oleh tubuh setiap hari tidak melebihi 400iu. Kecuali untuk sebab-sebab tertentu. Sebab itu pengetahuan dan konsaltansi dalam pengambilan vitamin adalah sangat perlu.

Maka, keterangan di atas saya percaya dapat menjawab persoalan di ataskan yang kerap berlegar-legar dalam minda anda ?

Telefon 012-6816979 
Email noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...