Wednesday, December 28, 2011

Tiada Suplemen Untuk Sedentary Lifestyle

Bangun pagi ke pejabat dengan menaiki kereta, lalu kereta di parkir berdepan dengan pejabat. Naik tangga ? Penatlah! Jadi naik lif. Di pejabat komunikasi dengan rakan sekerja tanpa perlu berdiri apatah lagi berjalan ! Semua di hujung jari. Mudahkan? Duduk di kerusi empuk dan bertemankan penghawa dingin dari pagi hingga petang, bangun untuk ke tandas atau keluar makan saja. Petang pulang ke rumah, makan dan malam duduk dihadapan televisyen sambil tangan melayari internet. Cukup masa, mengantuk dan tidur. 
Esok ulang jadual kehidupan yang sama.

Tahukah kita itulah yang dinamakan Sedentary Lifestyle dalam istilah perubatan yang bermakna cara hidup yang kurang pergerakan fizikal dengan menghabiskan masa dengan duduk, tidur, makan, menonton televisyen atau melayari internet saban hari tanpa ada aktiviti fizikal.

Sedentary Lifestyle membawa risiko penyakit kronik kepada pengamalnya, antaranya adalah :-
  • Penyakit kardiovaskular
  • Obesiti
  • Meningkatkan kolestrol dan triglycerides
  • Mengurangkan paras HDL
  • Penyakit darah tinggi
  • Diabetis
  • Osteoporosis
  • Batu karang
Cara yang paling mudah untuk menjauhkan Sedentary Lifestyle adalah dengan memulakan berjalan sebanyak 10,000 langkah sehari bersamaan 6.5km, contohnya meletakkan kereta jauh sedikit dari pejabat, berjalan kaki ke tempat makan, menggunakan tangga berbanding life, berjalan untuk berkomunikasi berbanding teknologi. Anda rasa cukupkah dengan berjalan kaki ? Bagi permulaan ia adalah aktiviti yang baik sebab berjalan kaki sejauh 9 batu seminggu dapat mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 21 peratus berbanding mereka yang berjalan hanya 3 batu seminggu.

TIADA SUPLEMEN yang dapat membantu mengantasi Sedentary Lifestle ini, kecuali empunya diri kena berubah dan tahu kesan dari cara hidupnya. Tetapi Shaklee punya suplemen untuk  membantu anda kekal aktif sepanjang hari, selebihnya bergantung kepada cara hidup anda untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko dari berdepan dengan penyakit kronik.
Catatan Saya:
Telefon: 012-6816979 
Email : noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...