Wednesday, December 14, 2011

Pulihkan Diri Selepas Pembedahan 'C-Section'

Bersalin samada normal atau melalui kaedah C-Section tetap punya persamaan dan memerlukan penjagaan rapi. Salah satu persamaan kesan daripada proses kedua kelahiran itu adalah sembelit. Bagi mereka yang menjalani proses bersalin melalui C-section sembelit terjadi akibat proses pembedahan itu telah mengganggu laluan makn ke usus buat sementara waktu. Kesannya penghasilan gas akan dirembeskan secara berlebihan dan ini akan mengakibatkan sembelit.
Bagi yang bersalin normal sembelit terjadi akibat kekurangan minum air, kerana proses berpantang itu adalah permulaan penyusuan bayi selain pengeluaran darah nifas yang memerlukan banyak air.Untuk itu beberapa amalan aktiviti dan pemakanan dibawah dapat membantu melalui pengalaman dan pembacaan saya.

  • Banyakkan berjalan walaupun sekadar disekeliling rumah. Aktiviti ini dapat menyelesakan usus agar proses penghadaman dapat berjalan dengan lancar.
  • Makanan makanan berserat seperti bijirin, mil penuh, sayur dan buah-buahan
  • Minum air secukupnya. Formular 1litter air untuk 25kg berat badan anda
  • Boleh amalkan sebiji kurma pagi dan sebiji lagi waktu petang
  • Minum jus prun sewaktu perut kosong diikuti beberapa gelas air suam
  • Dapatkan Ostematrik dari Shaklee kerana salah satu fungsinya membantu penghadaman.



Selain itu beberapa suplemen yang anda ambil ketika hamil perlu diteruskan bagi mempercepatkan proses pemulihan bagi memberikan keselesaan untuk anda menyusukan bayi. Antara vitamin yang di syorkan adalah :
  • Vitalea/multivitamin -kerana didalamnya dilengkapi iron yang membantu mengatasi masalah kekurangan darah 
  • Vitamin C - mempercepatkan proses pemulihan luka
  • Protein - Mempercepatkan proses memulihan luka selain ia juga membantu tubuh memulihkan 'dirinya' sendiri dari dalam.
Beberapa suplemen juga diperlukan, walaubagaimanapun vitamin di bawah ini tidak boleh di ambil ketika hamil.
  • Vitamin E - Untuk mencantikkan kesan parut pembedahan. Ia juga dapat membantu ibu yang menghadapi blocked duct atau bengkak susu pengambilan vitamin E dapat membantu.
  • Zink - juga berperanan mempercepatkan penyembuhan luka.
Suplemen ini sebenarnya bukan hanya dikhaskan untuk ibu hamil atau ibu berpantang sahaja, ia juga sesuai di ambil untuk mereka yang belum menjadi ibu atau isteri lagi. Sesuai juga untuk mereka yang bergelar suami atau belum bergelar suami.

Saya untuk dihubungi : 012-6816979
Email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...