Monday, December 12, 2011

Penyusuan Ibu Perlukan Ilmu Yang Berterusan

Bila sebut "penyusuan susu ibu" saya pasti ramai yang membayangkan istilah mudah dan jimat wang! Tapi tahukah anda ia tidak semudah yang disangka, terutama lagi jika anda seorang ibu ang bekerjaya. Ketika saya minta penerangan di klinik yang berkaitan penyusuan susuibu, seringkali mendapat jawapan penyusuan susuibu adalah mudah, iaitu pam dan simpan dalam peti sejuk. Biasa dengarkan?
Tetapi bagaimana dengan persoalan mengenai PAM ini ?
  • Bila mahu mula nak pam ?
  • Berapa minit sekali pam?
  • Sekali pam boleh dapat sampai 10 oz tak?
  • Waktu malam perlu pam kah?
Banyakkan persoalan ? Itu baru mengenai pam. Bagaimana pula persoalan mengenai SIMPAN pula ?
  • Kalau pam pagi boleh campur dengan yang di pam petang tak?
  • Kalau tiba-tiba black-out bagaimana dengan susu yang disimpan?
Belum lagi persoalan begini, PERLUKAH MAKANAN TAMBAHAN DALAM PENYUSUAN SUSUIBU? Jawapan saya TIDAK PERLU. Tetapi jika ibu mengamalkan piramid makanan yang sebenar seperti di bawah ini.


Benarkah vitamin dapat membanyakkan susuibu? Jawapan saya TIDAK. Tetapi ia dapat membantu membantu menampung kekurangan vitamin dari makanan yang di ambil, melancarkan sistem badan si ibu  supaya kekal cergas bertenaga, sihat, ceria untuk meneruskan misi penyusuan ini. 
Berdasarkan pengalaman saya ketika misi penyusuan susuibu ini KURANG TIDUR adalah perkara biasa. Sebab bila anak tidur saya akan melakukan power pumping. Oleh kerana itu pengambilan vitamin saya perlukan supaya tidak mudah letih dan lesu juga mengantuk di siang hari.
Oleh itu, jika anda sedang menyusukan bayi, atau berhajat untuk menyusukan bayi, ilmu penyusuan adalah sangat perlu. Jangan kerana kawan-kawan anda menyusukan bayi, anda juga mahu lakukan tetapi tanpa apa-apa ilmu persediaan.

Saya untuk dihubungi : 012-6816979 
Email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...