Thursday, December 1, 2011

Mahu Ubat Tahan Rasa Mengantuk ? Terutama Untuk Penuntut IPT

Seringkali saya di tanya oleh para penuntut, apa ubat tahan rasa mengantuk. Lalu saya jawab,
"Tengok life  macamana dulu".
Apa maksudnya ?

Rasa mengantuk disebabkan tidur yang tidak kualiti. Maksud tidur berkualiti ni bukan tidur berjam-jam ye! Maksudnya tidur yang benar-benar tidur untuk berehat. Tak kira berapa jam sebab setiap orang tak sama berapa jam tidur yang diperlukan. Taklah dalam tidur tu boleh lagik jiwa kacau. (Hello! saya pun pernah bergelar penuntut IPT jugak!)

Tengok apa yang kita makan seharian.
  1. Kalau ada kelas waktu tengahari kurangkanlah makan nasi sebelum kelas sebab nasi ada kanji yang akan mengubah tahap 'serotonin' yang akan buat kita mengantuk dalam kelas.  
  2. Banyakkan makanan berprotein sebab protein akan dihadamkan menjadi asid amino dan salah satu dari asid amino tersebut iaitu 'tyrosine' dapat meningkatkan tenaga dan kesegaran mental.  
  3. Sesekali ambil hidangan yang mengandungi banyak zat besi, contohnya daging merah, hati dan limpa sebab zat besi penting sebagai komponen darah yang akan membawa lebih oksigen ke seluruh badan kita.  
  4. Elak dari makan makanan rapu terutama yang manis-manis, sebab makanan manis akan meningkatkan tahap insulin dengan cepat dan menurunkannya dengan cepat yang mana kita mungkin mendapat tenaga segera dan kemudian pula akan merasa letih dengan cepat lalu mahu ZZzzzz.....  
  5. Air masak! Air masak! 3 litter sehari jangan dilupa.
Beri tumpuan dalam kelas dengan buat persediaan dengan membaca sebelum kelas bermula. (boleh juga bayangkan apa jadi kalau teruna atau gadis pujaan anda terlihat anda tersengut-sengut dalam kelas - yang ini jangan diikut!)

Ambil masa untuk beriadah, sebab senaman boleh meningkatkan pembakaran tenaga jadi tak letih. Walaupun beriadah memenatkan sebab tenaga yang keluar tetapi 'balasannya' kita akan dapat lebih tenaga.

Selepas itu, baru ditimbangkan tentang suplemen untuk kurangkan rasa mengantuk. Saya senaraikan kat bawah ni :-
ESP
Vitamin B
Vitamin C
Vitalea/multivitamin
Lecithin
Nampak banyakkan ? Ambil yang penting sahaja iaitu Vitamin B dan Lecithin  boleh baca detail kat sini

Ada lagi tak ubat tahan mengantuk selain kat atas ? ADA! Ubat paling mujarab tak lain tak bukan - tidur sebentar waktu tengahari cukup 5-10 minit bagi yang bekerja. Bagi yang penuntut carilah tempat lelap yang sesuai. Kajian mengatakan tidur sebentar pada waktu tengahari dapat menyegarkan badan dan menajamkan minda yang digelar power nap

Saya untuk dihubungi di 012-6816979 
Email : noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...