Friday, December 16, 2011

Kahwin Hari-Hari.....

KEBANYAKAN wanita akan bertungkus lumus untuk tampil cantik ketika hari bahagia mereka. Sibuk berdiet, bersenam, makan macam-macam vitamin untuk punya kulit cantik mulus lagi berseri. Bukan apa, biarlah muat baju pengantin serta nampak berseri. 
Apa kata anda bayangkan yang anda mahu berkahwin setiap hari ? 
Pasti anda akan mendapat semangat untuk menjaga pemakanan anda. Baju pengantin bukan sekadar yang anda sarungkan pada hari bahagia anda sahaja. ANDAIKAN semua busana yang ada di dalam almari sebagai baju pengantin. Begitu juga anda bukan setakat mahu berseri pada hari bahagia, tetapi cantik berseri sepanjang masa.
Sebab, selepas berkahwin makin bertambah tanggungjawab. Bukan lagi sebagai pekerja yang menyumbang tenaga untuik memajukan organisasi, tetapi seorang isteri dan ibu. Kalau semua usaha anda untuk tampil sihat dan menarik terhenti selepas berkahwin, cuba anda fikir, anda sibuk menjaga orang disekeliling anda, tetapi siapa mahu jaga anda, jika tidak kita sendiri!

Saya untuk dihubungi 012-6816979 
Email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...