Thursday, December 8, 2011

Cara Mudah Jaga Kulit

Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Wanita mana tak mahu punya kulit yang sihat dan cantik walau usia di mamah waktu. Tanpa perlu melakukan sesuatu kaedah yang melibatkan perubatan sintetik yang mahal dan adakalanya menyakitkan, kulit tetap sihat.  cara mudah yang patut di amalkan.
1) Jangan lupa cuci muka
Tidak kira anda suka bersolek atau tidak, anda harus mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bagi yang bersolek anda perlu menanggalkan solekan terlebih dahulu sebelum dicuci dengan krim pembersih. Jika wajah tidak dibersihkan, sel kulit mati pada muka akan menebal dan punca masalah JERAWAT dan JERAGAT. Anda mahu ?
from google

2) Pastikan kulit sentiasa lembap
Sekiranya anda tidak bersolek, sapukan krim pelembap pada wajah dengan lebih kerap. Pastikan anda memilih krim pelembap yang berstruktur lembut supaya kulit tidak menggepulas. Bagi yang bersolek, pastikan anda memakai krim pelembap terlebih dahulu sebelum mengenakan solekan. Kulit yang lembap akan mengelakkan penuaan awal. Pilih pelembab tinggi kandungan air.
from google
3) Berlulur dengan teratur
Kotoran dan sel mati pada kulit akan menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Untuk mengatasi masalah ini, lulurlah wajah anda secara teratur. Lulur ni bertindak untuk membuang sel kulit mati dari luar, memudahkan kulit bernafas, dan memudahkannya menyerpa zat dari pelembab dengan optimum.
from google

4) Lari dari matahari
Bukan mudah nak elak dari sang suria ni. Bagi mengelakkan masalah kulit yang serius, pakailah krim pelindung matahari setiap kali sebelum keluar berjalan di luar. Ini bagi memastikan kulit tidak kurang air.
from google

5) Minum air masak yang secukupnya
Mana-mana tip pun akan selitkan betapa pentingnya minum air masak secukupnya bagi memastikan kulit tidak kering
from google

6) Kawal apa yang masuk dalam mulut
Kita biasa sangat dengar tip untuk kulit sihat adalah kurangkan makan berminyak dan bersantan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan. Tip ni bukan untuk kulit saja tapi untuk mereka yang berazam untuk kurangkan berat badan.
from google

7) Senaman
Semua orang tahu kepentingan senaman ni, kerana badan yang sihat akan menghasilkan kulit yang sihat.