Tuesday, November 15, 2011

Vitamin C Dalam Kecantikan

Sebut pasal cantik semua orang mahu kelihatan cantik. Selain vitamin E, A, dan B peranan vitamin C juga tidak kurang pentingnya sebab vitamin C dikaitkan dengan pembentukan kologen dengan mengaktifkan fibroblast iaitu sel yang menghasilkan kologen. Semakin bagus kologen yang dihasilkan dalam tubuh makan semakin anjal dan cerahlah kulit.

Vitamin C juga adalah antioksida larut air yang paling banyak terkandung di dalam tubuh. Bertindak di dalam cecair selular. Ia melawan pembentukan radikal bebas yang disebabkan oleh pencemaran dan asap rokok. Vitamin C juga membantu mengembalikan bentuk aktif vitamin E.

Antioksida ini penting untuk kecantikan kulit kerana ia membantu memperlahankan tindakan radikal bebas yang akan menyebabkan berlakunya proses penuaan seperti kulit tidak lagi anjal, berkedut dan bintik-bintik pigmen kecoklatan di kulit. Selain itu radikal bebas ini penyumbang kepada penyakit kronik seperti kanser.

Walaubagaimanapun mengambil vitamin C bukan bererti tak perlu makan buah-buahan, sebab buah-buahan selain kaya dengan vitamin C ia juga kaya dengan serat yang baik untuk kesihatan. Bila namanya suplemen ia bertujuan untuk mengisi kekurangan vitamin yang kita ambil melalui makanan.
Secara peribadi saya ambil sebiji vitamin C setiap hari, kecuali saya demam saya ambil 4 biji tapi bukan serentak ya! Biasa saya ambil bersama vitamin yang larut air lain iaitu Vitalea atau multivitamin dan B pada awal pagi. Sebab kalau saya ambil tengahari selalu 'terlupa' nak makan.

Berapa biji vitamin C dalam botol ni ? Ada 180 biji. Jika anda ambil setiap hari sebiji boleh tahan 6 bulan Jimat bukan ?

Mahu tahu tentang vitamin C Shaklee lagi? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...