Monday, November 14, 2011

Sembelit ?

Apa yang dikatakan sembelit ? Ia berlaku apabila kita buang air kurang dari tiga kali dalam seminggu. Apa punca sembelit ni ? Ada banyak sebab terjadinya sembelit saya sertakan kat bawah sebahagian saja :-
  • Satu yang menarik perhatian saya adalah suka menahan dari buang air besar, tindakan ini akan mampu melemahkan usus sehingga akhirnya ia tidak lagi efektif untuk menghantar 'signal' ketika masa pelawasan bakal berlaku. 
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit, depresi, tekanan darah tinggi dan Parkinson boleh sebabkan masalah sembelit. 
  • Produk tenusu juga adakalanya menyebabkan sembelit, tetapi masalah ini jarang terjadi. 
  • Percutian juga mampu menyebabkan sembelit kerana kadang kala kita perlu mengubah jadual pemakanan, berada dalam kapal terbang dalam tempoh yang lama. Gangguan emosi boleh menyebabkan sembelit kerana tekanan yang melampau mampu mengganggu tubuh.
Cara mengatasinya:-
  • Minum banyak air masak 
  • Bersenam mampu memulihkan tekanan
  • Berurut juga dikatakan mampu meredakan ketegangan otot abdomen yang menyokong kepada saluran usus
  • Makan makanan berserat. Serat tidak larut air adalah serat yang diperlukan untuk membantu sistem penghadaman, contoh sumber roti mil penuh.
  • Prun dikatakan penawar hebat, ia kaya dengan serat tidak larut dan juga laksatif (ubat sembelit) semulajadi. Selain ia dikenali sebagai 'sorbitol' iaitu berfungsi untuk 'menarik' air menuju usus besar supaya dapat merangsang pergerakan usus besar. Prun juga dikenali 'dihydrophenylisatin' Iaitu bahan pelawas.
  • Pengambilan Shaklee Ostematrik. Sejenis gabungan kalsium karbonat, kalsium sirat dan kalsium malet disamping magnesium dan vitamin D yang dapat membantu pelawasan. Ramai yang telah mencuba dan sukakannya. Bukan setakat sembelit, bagi anda yang punya masalaah pra haid, sering keletihan, kekejangan, sakit belakang atau sedang hamil, Ostematrik dapat mengubah anda menjadi lebih baik!

Apa anda perlu buat jika semua cara kat atas tak berkesan? SILA BERJUMPA DENGAN DOKTOR ! sebab jika sembelit terlalu lama dan kronik maka ini memberi petunjuk bahawa kita ada masalah kesihatan lain, sebab sembelit adalah tanda kepada penyakit diabetis, lemah kelenjar tiroid, parkinson atau stok.

Saya untuk dihubungi : 012-6816979 
atau 
email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...