Thursday, November 3, 2011

Saya Jatuh Cinta Dengan E

Saya mengenali E selepas mengenali N tiga tahun lepas. Saya cuma tahu E untuk saya kelihatan muda dari usia. Bukan ke orang kata wanita akan nampak lebih tua berbanding lelaki ? Sebab tu saya selalu bertanyakan tentang E dari N. Seingat saya selepas sebulan saya mengenali E kakak tuan punya kedai dobi bawah pejabat saya tegur, "Awak pakai krim jenama apa?" Saya pun jawab "jenama murah-murah aje". Bila dua , tiga orang bertanya barulah buat saya terfikir yang saya sedang amalkan E. Apa yang saya maksudkan ? Ni dia...

Apa kaitan Vitamin E dengan awet muda ? Vitamin E adalah salah satu agen antioksida yang fungsinya adalah untuk melambatkan proses kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang seperti kita tahu ia akan menyebabkan kulit wajah menjadi kusam dan nampak berusia selain penyebab kepada berlakunya pelbagai jenis penyakit kronik. Vitamin E ini bertindak sebagai antioksida larut lemak paling banyak dan ia paling berkesan memecahkan rantaian kimia yang terkandung dalam badan.

Vitamin E juga dapat membantu menyelesaikan masalah kulit berjerawat yang kerap di alami oleh remaja. Pengambilan yang betul, disokong bersama vitamin B dan C, minum 3 liter air masak serta penjagaan kebersihan diri dapat membantu masalah jerawat yang kadang-kadang buat kita rasa malu.

Hubungi saya unuk maklumat lanjut di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...