Monday, November 28, 2011

Makanan Untuk Kulit Bermasalah

Selalu kita baca tentang makanan yang perlu untuk dapatkan kulit yang cantik. Bagaimanapula bagi mereka yang sedia mempunyai kulit yang bermasalah ? Apakah makanan yang dapat membantu mengembalikan keserian kulit wajah.Meh! tengok kat bawah ni !

Makanan untuk mereka yang mempunyai wajah yang pucat lebihkan pengambilan zat besi, protein, iodin, kalsium, copper, kobalt dan vitamin B. Antara makanan yang di syorkan adalah kuning telur, keju, ayam, ikan, nasi, kentang, kekacang, bijirin dan pisang.

Makanan yang perlu dilebihkan untuk mereka yang berjerawat pula memerlukan meningkatkan pengambilan daging tanpa lemak, hasil tenusu, lobak merah, aprikot. Semua ini adalah sumber zink terbaik yang meghasilkan kolagen dan elastin demi meningkatkan keanjalan dan kecantikan kulit.

Kulit berminyak pula adalah tanda badan anda kekurangan riboflavin atau vitamin B2. Selain mencuci wajah dengan pencuci bebas minyak dan mengamalkan suplemen tertentu, makanan yang diperlukan untuk mereka yang memiliki kulit berminyak perlu lebihkan pengambilan buah badam, soya, susu rendah lemak dan telur. Ia mampu menghalang pengumpulan minyak di bawah lapisan kulit.

Makanan untuk mereka yang memiliki kulit kering dan mengelupas pula kita perlu lebihkan pengambilan vitamin E dan A. Begitu juga dengan pengambilan susu rendah lemak, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang. Selain itu vitamin A juga perlu kerana berfungsi untuk meningkatkan keanjalan tisu kulit manakala vitamin E yang kaya dengan antioksidan membantu mengurangkan masalah kedutan selain melembabkan kulit.

Walaubagaimanapun, adalah agar sukar untuk memastikan vitamin yang diperlukan kita dapat ambil dengan mencukupi, disinilah peranan suplemen diperlukan TANPA menafikan makanan harian. 

Hubungi saya di 012-6816979
atau 
email : noorazrinnapalil@yahoo.com.my untuk maklumat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...