Wednesday, November 9, 2011

Mahu Upgrade Krim Malam Anda Dengan Vitamin E Shaklee ?

Mesti anda masih ingat lagi 'resepi masker + Vitamin E' dari Cery dalam entry saya di sini, bagaimana pula kali ni saya tunjukkan 'resepi krim malam + Vitamin E Shaklee' menggunakan campuran krim malam anda atau krim mata bersama vitamin E Shaklee ? Mari saya tunjukkan.

Bahan-bahannya:-

1) Krim malam yang biasa kita pakai, tak kira jenama apa. Tetapi jika belum pernah cuba sila sesuaikan diri dengan pelembab itu dulu. Melalui pembacaan saya, pelembab siang juga boleh digunakan pada waktu malam walau punya kandungan pelindung UV.
2) Krim mata (jika mahu letak di mata juga)
3) Sebiji vitamin E Shaklee

Cara-Cara :-

Letakkan sedikit krim malam atau mata secukup rasa kat apa-apa bekas, penutup bekas krim pun boleh. Guris sedikit vitamin E shaklee dan titiskan sedikit ke atas krim itu. Sebatikan dengan jari sebelum di sapu di sekitar mata (bagi krim mata), muka dan jangan lupa leher.
Pada mulanya macam melekit sikit kat muka, tapi dalam masa satu jam ia meresap dan tak lagi melekit-lekit. Jadi taklah tidur dengan muka berminyak-minyak. Oh! ye vitamin E yang lebih tu jangan membazir, cepat-cepat telan dan minum bersama segelas air, jika dibiarkan lama-lama nanti tak efektif pula. Jadi jangan membazir!

Imege from google
Mengikut pemerhatian saya, bila bangun pagi rasa kulit lebih lembab dan kulit lebih lembut. Selain itu biasa wanita di usia 30-an akan mula muncul garis-garis kedutan halus bukan pada kulit wajah tetapi leher juga - dengan petua ini garis-garis itu kelihatan semakin 'menipis'.

Saya baru mencuba untuk beberapa kali, mungkin jika anda lebih rajin dari saya akan dapat kesan lebih baik. Jika anda tidak punya masa memadailah hanya mengamalkan vitamin E setiap hari untuk tampil awet muda dari usia sebenar.

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...