Thursday, October 6, 2011

SET BASIC KECANTIKAN SHAKLEE - siapa tak mahu cantik kan?

Bila dah nama perempuan, wanita atau gadis pasti sinonim dengan kecantikan. Siapa tak mahu kulit yang licin dan bebas dari jerawat dan jeragat.
Secara peribadi ketika melewati usia remaja saya juga menghadapi masalah jerawat, terutama ketika belajar di kampus. Sampai tak ada ruang yang bersih dari jerawat. Bila tamat belajar jerawat semakin kurang, tetapi bekasnya sampai sekarang masih ada lagi kalau diperhatikan dari dekat. Tapi bila berada hampir pertengahan 30-an ini, saya bimbangkan jeragat pula. Kan? tak terlepas persoalan dari satu ke satu persoalan.

Di Shaklee ada sediakan set Skin Care tapi saya suka anggap ia sebagai basic terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kulit muka dan tercari-cari suplemen yang dapat membantu ingin mencuba. Memanglah penjagaan luaran juga penting seperi pencuci, penyegar, pelembab dan pelindung UV. Selalukan kita dengar 'kecantikan bermula dari dalam' ? Nampak klise. Tapi pada hakikatnya kesihatan kulit dari dalam akan menyerlah keluar. 

Salah satu produk yang popular dan sinonim dengan kecantikan kulit yang ada dalam Skin Care Shaklee adalah Vitamin E. Rata-rata orang tahu Vitamin E untuk cantik. Apabila kita amalkan secara konsisten ia akan merapatkan pori-pori yang terbuka,hilangkan jeragat, serikan wajah, kurangkan pigmentasi ketika hamil, hilangkan jerawat dan parut.

Penggunaan yang konsisten juga akan buat kita awet muda sebab vitamin E adalah agen antioksida.Secara semulajadi manusia akan mengalami penuaan seiring dengan peningkatan usia akibat radikal bebas, tetapi ia dilambatkan oleh agen antioksida iaitu vitamin E. Oleh kerana itu kerosakan jaringan yang disebabkan radikal bebas akan berlaku secara perlahan-lahan - kesannya itu yang dikatakan awet muda! 

Dari segi kesihatan pula, antara manfaat Vitamin E ini ia membantu melindungi jantung, paru-paru dari pencemaran udara, rendahkan kolestrol dan meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.


Berapa hari ia akan mula berkesan? Terpulang bagaimana anda mengamalkan dari segi konsisten dan pengambilan air putih sebagai minuman. Kebiasaannya mereka yang menghadapi masalah jerawat yang serius akan beransur pulih apabila mengamalkannya selama 21 hari. 

Saya boleh dihubungi di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau 012-6816979
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...