Sunday, October 30, 2011

Sebab apa Popeye sukakan bayam ?!

Sejak di zaman persekolahan kita sudah di ajar oleh cikgu kita tentang dari mana kita perlu perolehi untuk dapatkan zat besi atau iron. Anara sumber makanan yang banyak kandungan zat besi adalah roti berserat tinggi, daging, tiram, tauhu, kekacang dan tiram. Oh ye ! Satu lagi makanan yang menjadi 'booster' Popeye bagi menentang kejahatan Bluto iaitu - BAYAM. Tahu tak kita sebab apa Poyeye mengambil bayam ? Poyeye tahu bayam punya kandungan zat besi yang tinggi serta ia dapat meningkatkan tenaga serta menguatkan badan. Bukan setakat itu, ada banyak tentang zat besi atau iron yang perlu kita ketahui ; 
  • Zat besi memainkan peranan penting terutamanya dalam sistem biologi dan perjalanan oksigen dalam tubuh manusia oleh sebab itu ia digelar zat penyegar darah
  • Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia, meningkatkan risiko kanser dan hepatitis
  • Khasiat zat besi tidak akan rosak sekiranya dimasak bersama makanan masam mahupun sekiranya terkena matahari tetapi ia tetap akan berkurang sebanyak 20 peratus akibat proses memasak
  • Wanita lebih banyak memerlukan zat besi berbanding lelaki sebab wanita melalui proses menstrual dan hamil. Wanita hamil memerlukan lebih zat besi kerana ia perlu mengeluarkan sel darah merah untuk memastikan kesihatan bayi yang dikandung serta memastikan bayi yang dikandung serta memastikan fetus yang menyokong kedudukan bayi daam perut sentiasa dalam keadaan baik dan mempunyai oksigen yang mencukupi. Bagi wanita selepas bersalin pula memerlukan zat besi bagi mempercepatkan luka bersalin sembuh.
  • Zat besi merupakan salah satu daripada 6 nutrien yang didapati sering kurang dalam tubuh manusia.
  • Zat besi berperanan dalam proses pengeluaran dan pembebasan tenaga dalam badan.
  • Kafein menganggu proses penyerapan kandungan zat besi dalam badan. Jadi elak memakan makanan yang mempunyai zat besi bersama kafein. Contohnya teh mengandungi asid tonik yang menghalang penyerapan zat besi.
  • Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, jadi makanlah buah-buahan segar, sayur-sayuran dan jus tetapi sumber besi terbanyak adalah dari haiwan iaitu 20 hingga 40 peratus berbanding dari tumbuhan iaitu 5 hingga 20 peratus.
  • Zat besi yang terkandung dalam kulit kentang lebih tinggi dari isinya.
  • Keperluan zat besi yang diperlukan leh kita tidak sama berdasarkan umur, jantina dan situasi, berikut adalah maklmat yang diperolehi dari RDA (Recommended Dietary Allowance)
          Bayi hingga setahun >> 15 mg
          Kanak-kanak  yang berumur bawah 4 thn >> 10 mg
          Kanak-kanak yang berumur atas 4 tahnun dan orang dewasa >> 18 mg
          Wanita hamil dan menyusukan memerlukan >>18mg


Bagi anda yang rasa kurang pengambilan iron boleh mendapatkan Vitalea atau multivitamin dari Shaklee yang dilengkapi dengan 19 nutrien iaitu 12 vitamin dan 7 mineral termasuk iron. Cukup sebiji Vitalea setiap hari bersamaan dengan 9 miligram iron.Cukupkah ? Bagi anda yang sihat ia adalah mencukupi. Bagi anda yang masih dalam proses berpantang selepas bersalin di sarankan ambil Vitalea sebanyak 2 biji sehari iaitu sebiji pagi dan sebiji malam untuk mempercepatkan proses pemulihan luka. Suplemen atau vitamin adalah untuk menampung kekurangan zat yang anda perolehi daripada makanan. Jadi, siapa kata makan vitamin kita tak perlu makan berkhasiat ?
Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email saya di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...