Tuesday, October 18, 2011

Benarkah Terapi Warna Membantu Pengeluaran Susuibu?

Petang ni saya tertarik nak kongsi apa yang saya baca dalam Majalah Rapi keluaran 15 Oktober 2011 mengenai Warna Sebagai Terapi. Pada pendapat saya warna yang kita kenakan sebagai pakaian atau perhiasan rumah mampu memberi keceriaan dan kebahagiaan kepada kita.

Lagi satu ada satu yang saya rasa baru tahu, iaitu bagaimana warna mampu meningkatkan pengeluaran susuibu. Jadi para ibu yang menyusukan bayi, selain mengamalkan 3 cara wajib dalam penyusuan yang terdiri dari pengepaman yang berkala secara konsisten, minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari dan berdoa kepada Allah, dapatkan suplemen Shaklee yang bermutu tinggi apa kata anda tambah satu lagi, iaitu banyakan menggunakan warna berkenaan dalam kehidupan seharian. Warna apa tu ? Anda cari sendiri kat senarai warna di bawah.

MERAH
  • Membantu meningkatkan tenaga dan rangsangan. Ia juga dikatakan mampu kurangkan rasa sakit dan radang

OREN
  • Merangsang semangat dan ketenangan
  • Mengatasi masalah berkaitan pencernaan contohnya kejang perut atau akibat menstrual.
  • Untuk ibu yang menyusukan anak warna oren dipercayai boleh merangsang kilang susu dan menambah pengeluaran susu

KUNING
  • Sebagai terapi
  • Membantu menyihatkan sistem pencernaan dan saraf
  • Menaikkan selera makan

HIJAU
  • Dikatakan mampu membantu keseimbangan keseluruhan tubuh.
  • Perangsang otak dan juga berfungsi untuk mendapatkan kesan yang menenangkan

BIRU
  • Merangsang kecergasan
  • Membantu meningkatkan tahap komunikasi kepada lebih baik

INDIGO - benarkah ini warna indigo
  • Menenangkan
  • Sesuai cat kat bilik tidur sebab ia membantu tidur lebih nyenyak

VIOLET -begitu juga ini, saya kurang pasti. Benarkah ini warna violet!?
  • Membantu menceriakan
  • Dikatakan mampu merangsang ketenangan dan relaksasi
Sila hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email pertanyaan anda di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...