Saturday, October 1, 2011

Gula Untuk Kecantikan Kulit

Kita selalu di momokkan bahawa gula dengan penyakit diabetis. tahukah anda bahawa gula bermanfaat untuk kecantikan kulit kita? Biar betul ! Betul.... Saya tak tipu. 

Caranya dengan menjadikan gula sebagai scrub badan dan muka sebab gula mengandungi zat-zat pelembut yang berkhasiat untuk membantu menghilangkan sel-sel kulit mati. Malah beberapa spa di dunia menggunakan gula sebagai bahan unuk mencantikkan kulit. Caranya dengan basahkan muka atau badan dahulu kemudian gosok dengan gula perlahan-lahan. biarkan seketika supaya 'aura manis' gula menyerap dalam kulit dan hasilkan muka yang manis.( Bab 'aura manis' ni petua orang lama, terpulang pada anda nak percaya atau tidak)

Tetapi jangan jadikan gula sebagai bahan yang perlu ada dalam makanan kita, kerana ia tidak mengandungi sebarang khasiat, vitamin mahupun mineral. Ini kerana semua gizi gula telah terurai sewaktu proses pembuatannya. Jumalah kalori gula sekitar 394kalori dalam setiap 100 gram gula. Malahan untuk mengurai gula agar ia menjadi tenaga bagi satu tin minuman gas memerlukan 5 biji vitamin B complex (itu untuk air gas saja, belum lagi makanan lain yang berasaskan karbohidrat yang boleh bertukar menjadi gula tau!)

Jadi, mari kita jadikan gula sebagai salah satu bahan regim kecantikan tapi bukan dalam makanan kita!

Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...