Tuesday, August 16, 2011

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Dulu ketika belum mengenali Shaklee dan belajar mengenai kepentingan vitamin, saya sering terfikir pentingkah vitamin untuk ibu hamil? Apatah lagi dimomokkan dengan kata-kata "makan vitamin nanti bayi besar susah nak keluar". Tapi kini setelah mengenal kepentingan vitamin barulah saya tau setiap dari kita memerlukan vitamin tambahan jika pengambilan makanan harian tidak dapat memenuhi keperluan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan.

Bagi ibu hamil pasti rasa risau akan kesihatan dan perkembangan bayi dalam kandungan. Terutama pada trimeter 1 kerana ramai ibu yang akan mengalami alahan dan tidak berselera untuk makan, kalau berselera pun makanan yang sedap kat tekak aje, tapi tolak tepi akan khasiatnya untuk kesihatan ibu dan bayi, contohnya makanan rapu lah! Masa tu la yang sedap, padahal sebelumnya memang tak jamah pun makanan rapu ( ni sayalah!). Disinilah peranan makanan tambahan diperlukan oleh ibu hamil.

SET 1 - 1st Termister
Vitalea @ Multivitamin
B Complex
Vitamin C
Ostematrix (Kalsium Magnesium)

SET 2 - 2nd Termister
Vitalea @ Multivitamin
B complex
Vitamin C
OMEGA GUARD 

Supplements lain jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah,
Energizing Soy Protein

Sebab apa vitamin ini Sebab apa vitamin-vitamin ini penting kepada ibu hamil ? Setiap vitamin punya peranan yang tersendiri tetapi 'bersatu' untuk membantu perkembangan dan kesihatan bayi dalam kandungan mengikut usia kehamilan dan memastikan si ibu kekal sihat dan cergas ketika melalui fasa kehamilan. Kat bawah ni kepentingan setiap vitamin yang ibu hamil perlu miliki :-

B Complex
Terdiri daripada lapan vit B beserta Folic Acid dan Biotin. Perlu bagi urat saraf dan sangat penting bagi ibu hamil.

Vitamin C
Melindungi sel , penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat besi di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

Multivitamin (Vitalea)
Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Tidak mengandungi pewarna dan ianya adalah produk pertama yang ditemui oleh founder Shaklee.

Omega 3 (Omega Guard)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari petingkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.

Kalsium (Ostematrix)Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Energizing Soy Protein (ESP)
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protien yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

Cubalah, rasakan perbezaannya, ramai ibu yang telah mencuba. Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...