Thursday, August 4, 2011

Terlalu Letih Ketika Berpuasa

Kadang-kadang kita terlalu letih bila berpuasa walaupun ketika cuaca mendung dan hujan seperti cuaca di Muar ketika ini ! Sejuk dan lembab ! Saya harap panduan ini dapat membantu kita menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya.

Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah menjalani pemeriksaan menyeluruh, kerana keletihan mungkin tanda sesuatu penyakit. Seandainya kita disahkan sihat ada beberapa tip yang boleh di amalkan.

Pemakanan
  • Elakkan makan kanji (nasi) di waktu sahur. Gantikan dengan protein yang letih mengenyangkan. Ini kerana protein akan dihadamkan menjadi asid amino dan salah satu dari asid amino tersebut iaitu 'tyrosine' dapat meningkatkan tenaga dan kesegaran mental. Manakala kanji pula akan mengubah tahap 'serotonin' yang akan memberikan rasa tenang dan boleh menyebabkan rasa mengantuk. Contoh menu seperti sebiji telur, ikan, ayam dan sayur. Ataupun kita boleh memilih Energizing Soy Protein (ESP) dengan hanya mencampurkan dengan minuman kegemaran anda kecuali teh dan kopi dengan menggunakan air suam.
  • Tingkatkan pengambilan zat besi kerana wanita sentiasa kehilangan zat besi ketika haid. Zat besi penting sebagai komponen darah yang akan membawa lebih oksigen ke seluruh badan kita. Contoh hidangan adalah daging merah, hati dan limpa. Jika keberatan untuk mengambilnya diawal pagi atau anda rasa tidak cukup sukatan zat besinya boleh ambil Vitalea Shaklee. Selain punya zat besi ia juga mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang penting dalam satu rumusan seimbang yang diperlukan oleh tubuh.
  • Elak makanan yang manis kerana makanan ini akan meningkatkan tahap insulin dengan cepat dan menurunkannya dengan cepat yang mana puan mungkin mendapat tenaga segera dan kemudian pula akan merasa letih. Boleh juga mengambil Performance Drink (PD) yang mengandungi karbohidrat unik Shaklee yang diberi nama 'opticarb' yang memberi tenaga tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Elakkan minuman berkafein ketika sahur. Ia akan merangsang buat seketika akan tetapi setelah kesannya pudar, tenaga juga akan turut pudar. Selain itu, kafein juga akan menyebabkan kita kerap buang air kecil yang boleh menyebabkan kita kekurangan air.
  • Minum air yang secukupnya iaitu 3 liter air diantara waktu berbuka sehingga sahur.
Senaman
  • Senaman boleh meningkatkan pembakaran tenaga.
  • Lakukan senaman ringan di waktu tengahari supaya membantu meningkatkan metabolisme dan menghasilkan tenaga di waktu petang.
Rehat
  • Jika terlalu letih di waktu tengahari, puan boleh tidur sebentar tetapi jangan melebihi 20 minit jika tidak akan bertambah letih.
Vitamin Lain Yang Dicadangkan
  • Vitamin B yang dapat membantubadan dalam metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Vitamin C yang dapat membantu penyerapan zat besi selain agen antioksida yang baik disamping meningkatkan antibodi badan.
Mahu mendapatkan maklumat, sila hubungi saya di 012-6816979
atau email saja di noorazrinnapalil@yahoo.com.my 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...