Friday, August 19, 2011

Suplemen Kerohanian Juga Perlu Dalam Penyusuan Bayi

Pada pendapat saya terdapat dua suplemen penting dan saling berkait keduanya dalam menjayakan proses penyusuan ibu ini.
Pertama, melalui kaedah saintifik iaitu pemakanan suplemen, walaubagaimanapun si ibu yang menyusukan perlu tahu bahawa suplemen tidak membanyakkan susu (kecuali alfalfa iaitu booster penyusuan) manakala yang lain berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sustained sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susuibu kepada si manja. Ada baiknya ibu-ibu mengetahui peranan setiap vitamin yang di ambil setiap hari, kerana setiap vitamin punya fungsi yang berbeza tetapi tetap bersatu untuk memastikan kesihatan si ibu yang menyusukan berada dalam tahap optimum.

Multivitamin lengkap dengan formula zat besi : perlu untuk pembentukan darah dan ianya lengkap untuk semua jenis vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan.

B complex : Menukarkan glukos kepada tenaga, agar si ibu lebih bertenaga, sihat dan ceria sepanjang hari.

Vitamin C : bagus untuk antibodi dan pembentukan kolagen. Ia membantu mengurangkan rasa stress yang dilalui oleh individu.

Alfalfa : mengandungi protien dan zat galian dan ini membantu mempercepatkan penghasilan susuibu.

Keempat-empat ini adalah suplemen yang asas yang dicadangkan, tetapi untuk hasil yang lebih baik boleh di tambah dengan ESP/ kalsium atau kedua-dua sekali.  Pengambilan protein dan kalsium yang seimbang dan mengikut keperluan tubuh sangat membantu mempercepatkan penghasilan susuibu dan ditambah baik apabila si ibu kerap kosongkan payudara melalui direct feeding atau pumping session disamping meminum 3 liter air setiap hari.

Kedua adalah suplement kerohanian juga  perlu supaya mudah-mudahan air susu yang mengalir dalam mulut si anak adalah rezeki barkah yang dapat dapat membentuk hati anak agar lembut dan takut dengan PenciptaNya. Suplement rohani yang dianjurkan adalah membaca Surah Waqiah setiap malam, zikir Asmaul Husna terutama Al-Matin.
Adalah di anjurkan agar amalan pengambilan vitamin ini bukan dijadikan pilihan terahir setelah menghadapi kemeruduman susu kerana kesannya adalah tidak sama dengan pengambilan sedari awal dan secara berterusan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...