Friday, August 12, 2011

Ramadhan Terakhir.....

Ramadhan ini bermakna mungkin berakhir tugas saya sebagai ibu yang menyusukan bayi kanak-kanak kerana Danish telah menolak susuibu. Kalian boleh baca catatan saya DISINI. Tapi kenangan pahit manis ketika 3 tahun membawa peralatan mengepam tersemat dalam hati. Saya mengepam sehingga anak 3 tahun bukan dua tahun. Pada saya menyusukan kanak-kanak lebih seronok berbanding ketika bayi sebab dia pandai cakap terima kasih selepas menyusu ! ump!

Sepanjang melaksanakan misi ini, selain Set Euphoria Breastfeeding (SEB) ini saya juga mengambil ESP dan Ostematrik bagi melengkapkan misi saya ini. Saya perasan apabila anak sudah hampir melebihi 2 tahun "operasi pengepaman" semakin sukar untuk mencukupkan bekalan susuibu. Walaupun hasil tidak semeriah dulu tetapi setiap kali pam hasil tidak menghampakan. Maksud saya tidaklah mendapat Ooz. Anda ketawa? Benar! Sebab ketika mengepam susuibu selepas anak berusia 2 tahun kadang2 hasil 15 minit pengepaman adalah Ooz. Tetapi dengan pengambilan ESP bersama Ostematrik dan ESP ia membantu mempercepatkan urusan pengeluaran susuibu. Tetapi dengan 3 syarat yang wajib dipatuhi, iaitu :-
1) Pam ikut jadual iaitu setiap 3 jam sekali
2) Minum 3 liter air masak
3) Memohon kepada yang Maha Esa agar dipermudahkan urusan 

Mungkin ada pembaca yang ingin bertanyakan soalan mengenai penyusuan ibu boleh email saya di noorazrinnapalil@yahoo.com.my saya akan cuba jawab atau saya akan dapatkan pendapat kawan-kawan laktasi lain dan akan saya keluarkan dalam entry akan datang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...